Berita

Anak Dilindungi Takaful RM1.2 Juta Tapi Keluar Hospital Kena Bayar Sendiri RM59,250, Ibu Kongsi Kekecewaan

Share

Anak dilindungi takaful RM1.2 juta tapi keluar hospital kena bayar RM59,250,ibu luah kekecewaan.

Seorang ibu, Fatimah Shasni meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas tuntutan insurans anaknya ditolak walaupun memiliki pelan takaful bernilai RM1.2 juta sejak anaknya berusia 42 hari.

Anak Dilindungi Takaful RM1.2 Juta Tapi Keluar Hospital Kena Bayar Sendiri RM59,250

Menurut ibu ini, anaknya  dimasukkan ke hospital swasta selama 20 hari akibat sawan berulang dan pulih sepenuhnya pada hari ke 17 dan rawatan dibuat menggunakan surat jaminan takaful pada usia anaknya setahun lima bulan.

Namun, selepas rawatan selesai  dia diminta membayar sendiri bil hospital sebanyak RM59,250,20 di mana alasan penolakan  penyakit anak dianggap congenital (sejak lahir)  walaupun tiada laporan doktor yang menyatakan begitu.

Menurut ibu ini, anaknya dimasukkan ke hospital bermula 22 Oktober hingga 11 November 2024 selepas mengalami serangan sawan berulang. Lebih 10 kali sehari  di mana dirinya melalui situasi yang sangat merisaukan. Selama hampir tiga minggu, dirinya dan suami setia menemani anak mereka di wad dan turut terlibat dalam sesi konsultasi bersama pakar neurologi yang merawat.

Rawatan intensif yang berterusan akhirnya berjaya menghentikan serangan sawan pada hari ke-17 dan anak dibenarkan pulang tiga hari kemudian dengan ubat-ubatan susulan.

Namun apa yang mengecewakannya, selepas anaknya kembali sihat dan pulang ke rumah, pihak takaful telah menolak tuntutan insuran tersebut sekali gus menjadikan dirinya berhutang dengan pihak hospital.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Isu Insuran INSAN, Prof Dedah Bahaya Anak Muda Terjebak Hutang Kerana Tawarkan Servis WavPay

Pesakit Wanita Cabut Lari, Insurans Tak ‘Cover’ Bil Rawatan Hospital

Kereta Kemalangan, Doktor Ini Pantang Kalah Tuntut Hak Dari Syarikat Insurans Yang Banyak Helah

Dalam memperjuangkan haknya sebagai pemegang polisi insuran, Fatimah turut memaklumkan pakar neurologi yang merawat anaknya turut menafikan secara lisan bahawa punca penyakit adalah bersifat semula jadi.

“Kami tak pernah diberitahu penyakit anak congenital. Doktor sendiri kata puncanya tak dikenal pasti dan kemungkinan besar akibat jangkitan. Tapi bila tuntutan ditolak, mereka guna alasan tu. Macam mana boleh jadi begitu?”, luahnya.

Lebih mengejutkan, selepas lebih 200 hari sejak tuntutan pertama dikemukakan, dirinya mengakui  tiada sebarang panggilan atau komunikasi aktif dari pihak syarikat. Dirinya perlu menguruskan segalanya termasuk menghubungi pihak insuran berkali-kali namun gagal bercakap dengan pegawai bertanggungjawab.

Ibu Kongsi Kekecewaan

Viral Di Media Sosial, Baru Syarikat Bertindak

Kecewa dengan layanan yang diterima, dirinya berkongsi kisahnya secara terbuka di media sosial melalui platform Threads pada awal Mei 2025. Dalam posting pertamanya, beliau turut mendedahkan jumlah bil hospital mencecah RM59,250.20  dan syarikat takaful tidak membayar satu sen pun.

Posting itu menjadi tular dalam masa 24 jam meraih lebih sejuta tontonan (kini sudah mencecah 2 juta)  menjadikan ia antara isu viral paling hangat minggu ini. Ramai netizen menyuarakan sokongan moral dan berkongsi pengalaman dilalui bersama syarikat insuran masing-masing.

Selepas isu ini viral, barulah pihak takaful terlibat menghubunginya namun pertemuan pertama agak mengecewakan termasuk dirinya dimaklumkan pihak insuran belum menerima ringkasan discaj dan laporan perubatan lengkap.

“Selesai pertemuan semalam. 

Outcome? Tak ada apa.

Minggu lepas declined. Harini decide nak reinvestigate. Lagi.

Medical reports yang HLMT belum dapat dari hospital sebelum ni, baru nak amek dari aku hari ni selepas hampir 200 hari. SELAMA NI BUAT APA???!!!

“Pastu nak salahkan third party, nak salahkan hospital, nak salahkan doctor, nak salahkan client. Semua lah salah, kau je betul,” luahnya di threads miliknya @fatimahshasni.

Meluahkan apa dilaluinya kini ibarat satu trauma, jelas Fatimah Shasni ketik anaknya sakit dirinya sudah cukup trauma dan melalui karenah syarikat insuran juga semakin membebankan perasaannya.

“Anak masuk hospital 20 hari sudah cukup bagi trauma dalam hidup aku. 1 episode yang aku tak nak ingat dah bila anak discharged. Jadi bila aku terpaksa go through balik semua medical reports yang ada kat tangan aku, recall balik chronology yang berlaku, recall apa doctor cakap secara verbal…

Sangat trigger mental aku. Aku menangis berhari-hari hadap document, tulis chronology, call mak menangis2 macam orang tak betul. Bayangkan kalau terpaksa buat benda sama tapi anak tu dah takda?

Sehingga kini, dirinya  masih “berperang” dengan insuran tafakulnya dan ianya masih belum selesai. Dan pastinya bagi orang ramai khususnya yang mempunyai medical card ternanti-nanti apa akhirannya.

Mungkin sudah kecewa dengan pengalaman buruk dilaluinya, Fatimah Shasni turut menyindir agen insuran yang menurutnya hanya pandai menunjuk kemewahan dan gaya hidup senang atas duit orang lain.

“Boleh dah berhenti flex rumah mewah, kereta, percutian mewah, award mewah, komisen mewah, grand dinner mewah. Kau bermewah-mewahan atas HASIL kesengsaraan orang lain?

“Ini ke visi asal Takaful / Life Insurance? Untuk beri hidup mewah kepada agents & agency? Sumber :- Threads@fatimahshasni.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros