Seorang ibu, Fatimah Shasni meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas tuntutan insurans anaknya ditolak walaupun memiliki pelan takaful bernilai RM1.2 juta sejak anaknya berusia 42 hari.
Anak Dilindungi Takaful RM1.2 Juta Tapi Keluar Hospital Kena Bayar Sendiri RM59,250
Menurut ibu ini, anaknya dimasukkan ke hospital swasta selama 20 hari akibat sawan berulang dan pulih sepenuhnya pada hari ke 17 dan rawatan dibuat menggunakan surat jaminan takaful pada usia anaknya setahun lima bulan.
Namun, selepas rawatan selesai dia diminta membayar sendiri bil hospital sebanyak RM59,250,20 di mana alasan penolakan penyakit anak dianggap congenital (sejak lahir) walaupun tiada laporan doktor yang menyatakan begitu.
Menurut ibu ini, anaknya dimasukkan ke hospital bermula 22 Oktober hingga 11 November 2024 selepas mengalami serangan sawan berulang. Lebih 10 kali sehari di mana dirinya melalui situasi yang sangat merisaukan. Selama hampir tiga minggu, dirinya dan suami setia menemani anak mereka di wad dan turut terlibat dalam sesi konsultasi bersama pakar neurologi yang merawat.
Rawatan intensif yang berterusan akhirnya berjaya menghentikan serangan sawan pada hari ke-17 dan anak dibenarkan pulang tiga hari kemudian dengan ubat-ubatan susulan.
Namun apa yang mengecewakannya, selepas anaknya kembali sihat dan pulang ke rumah, pihak takaful telah menolak tuntutan insuran tersebut sekali gus menjadikan dirinya berhutang dengan pihak hospital.
Dalam memperjuangkan haknya sebagai pemegang polisi insuran, Fatimah turut memaklumkan pakar neurologi yang merawat anaknya turut menafikan secara lisan bahawa punca penyakit adalah bersifat semula jadi.
“Kami tak pernah diberitahu penyakit anak congenital. Doktor sendiri kata puncanya tak dikenal pasti dan kemungkinan besar akibat jangkitan. Tapi bila tuntutan ditolak, mereka guna alasan tu. Macam mana boleh jadi begitu?”, luahnya.
Lebih mengejutkan, selepas lebih 200 hari sejak tuntutan pertama dikemukakan, dirinya mengakui tiada sebarang panggilan atau komunikasi aktif dari pihak syarikat. Dirinya perlu menguruskan segalanya termasuk menghubungi pihak insuran berkali-kali namun gagal bercakap dengan pegawai bertanggungjawab.
Ibu Kongsi Kekecewaan
Viral Di Media Sosial, Baru Syarikat Bertindak
Kecewa dengan layanan yang diterima, dirinya berkongsi kisahnya secara terbuka di media sosial melalui platform Threads pada awal Mei 2025. Dalam posting pertamanya, beliau turut mendedahkan jumlah bil hospital mencecah RM59,250.20 dan syarikat takaful tidak membayar satu sen pun.
Posting itu menjadi tular dalam masa 24 jam meraih lebih sejuta tontonan (kini sudah mencecah 2 juta) menjadikan ia antara isu viral paling hangat minggu ini. Ramai netizen menyuarakan sokongan moral dan berkongsi pengalaman dilalui bersama syarikat insuran masing-masing.
Selepas isu ini viral, barulah pihak takaful terlibat menghubunginya namun pertemuan pertama agak mengecewakan termasuk dirinya dimaklumkan pihak insuran belum menerima ringkasan discaj dan laporan perubatan lengkap.
Ads
“Selesai pertemuan semalam.
Outcome? Tak ada apa.
Minggu lepas declined. Harini decide nak reinvestigate. Lagi.
Medical reports yang HLMT belum dapat dari hospital sebelum ni, baru nak amek dari aku hari ni selepas hampir 200 hari. SELAMA NI BUAT APA???!!!
“Pastu nak salahkan third party, nak salahkan hospital, nak salahkan doctor, nak salahkan client. Semua lah salah, kau je betul,” luahnya di threads miliknya @fatimahshasni.
Meluahkan apa dilaluinya kini ibarat satu trauma, jelas Fatimah Shasni ketik anaknya sakit dirinya sudah cukup trauma dan melalui karenah syarikat insuran juga semakin membebankan perasaannya.
Ads
“Anak masuk hospital 20 hari sudah cukup bagi trauma dalam hidup aku. 1 episode yang aku tak nak ingat dah bila anak discharged. Jadi bila aku terpaksa go through balik semua medical reports yang ada kat tangan aku, recall balik chronology yang berlaku, recall apa doctor cakap secara verbal…
Sangat trigger mental aku. Aku menangis berhari-hari hadap document, tulis chronology, call mak menangis2 macam orang tak betul. Bayangkan kalau terpaksa buat benda sama tapi anak tu dah takda?
Sehingga kini, dirinya masih “berperang” dengan insuran tafakulnya dan ianya masih belum selesai. Dan pastinya bagi orang ramai khususnya yang mempunyai medical card ternanti-nanti apa akhirannya.
Mungkin sudah kecewa dengan pengalaman buruk dilaluinya, Fatimah Shasni turut menyindir agen insuran yang menurutnya hanya pandai menunjuk kemewahan dan gaya hidup senang atas duit orang lain.
“Boleh dah berhenti flex rumah mewah, kereta, percutian mewah, award mewah, komisen mewah, grand dinner mewah. Kau bermewah-mewahan atas HASIL kesengsaraan orang lain?
“Ini ke visi asal Takaful / Life Insurance? Untuk beri hidup mewah kepada agents & agency? Sumber :- Threads@fatimahshasni.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wawa Zainal selamat bersalin anak keempat akui proses bersalin kali ini lebih menyakitkan dan mencabar.
Benarlah pengalaman melahirkan setiap anak itu berbeza jalan ceritanya. Begitu juga yang dilalui pelakon, Wawa Zainal yang telah selamat melahirkan anak keempatnya.
Hasil perkahwinan bersama Aeril Zafrel, pasangan ini turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.
Wawa Zainal Selamat Bersalin Anak Keempat
Bersyukur selamat melalui proses bersalin namun dirinya akui kali ini prosesnya agak mencabar dan lebih menyakitkan berbanding sebelum ini.
“Alhamdulillah, selamat melahirkan pagi tadi. Pukul 2 pagi menahan sakit tak sampai hati nak kejut Aeril.
“Tunggu la sampai 5 pagi, sampai-sampai hospital dah sembilan sentimeter (bukaan). Lain macam sakit dia walaupun anak keempat dah. Belum ada nama, ada cadangan ke?” luahnya menerusi perkongsian di Instagram.
Pada perkongsian yang sama Wawa juga menyatakan jantina bayi keempatnya itu.
Aeril Zafrel Mohon Doakan Kesejahteraan Isteri
Pada masa yang sama, suami Wawa Zainal yang juga pelakon dan usahawan berjaya, Aeril Zafrel mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan isterinya.
“Assalamualaikum anakku. Terima kasih semua atas doanya,” luahnya.
Dimarahi Wawa Sedang Menahan Kesakitan
Menerusi hantaran berbeza juga, Aeril turut berkongsi video dirinya dimarahi Wawa yang sedang menahan kesakitan.
“Waktu ini saya kena marah sebab puji dia. ‘Sakit-sakit pun cantik’… salah ke puji macam tu,” katanya.
Jika tindakan Khairul Aming menjual produk sambalnya dan disalurkan untuk membantu rakyat Palestin mendapat sokongan ramai, lain pula halnya dengan usahawan terkenal Vivy Yusof.
Tidak Raih Keuntungan Hasil Jualan Koleksi Palestin
Vivy Yusof turut menyalurkan bantuan ke Palestin dengan caranya yang tersendiri. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh jenamanya, dUCk, ia menawarkan koleksi skaf dan selendang bertemakan bendera Palestin. Lebih membanggakan, setiap keuntungan yang diperolehi dari jualan tersebut akan disalurkan sepenuhnya ke pertubuhan amal, Viva Palestina.
Namun, di sebalik kemurnian hatinya untuk sama-sama membawa jenamanya membantu umat Islam yang memerlukan, ia disalah tafsir oleh sesetengah pihak di mana warga maya menyelar pendekatannya yang dilabelkan sebagai ‘opportunist’ yang menggunakan situasi ini untuk menjana pendapatan.
Memetik temubual bersama akhbar tempatan, Vivy Yusof menegaskan bahawa koleksi tema Palestin yang dibawakan oleh jenamanya membawa maksud solidariti.
“Koleksi kali ini mengetengahkan rekaan yang sama seperti rekaan pada tahun 2021. Ketika itu, berlaku pergolakan antara Israel-Palestin. Kami membuat projek yang serupa untuk mengumpul dana bagi membantu saudara di sana.
“Skaf koleksi Palestin ini berada di pasaran atas permintaan orang ramai yang ingin memakai simbol Palestin sebagai sokongan dan solidariti, sekaligus menyumbang untuk membantu rakyat Palestin.
Tambah Vivy Yusof lagi, sambutan yang diterima amat memberangsangkan di mana ia mendapat sambutan luar biasa dari para peminat jenama tersebut. Malah untuk koleksi kali ini, ia turut menambah beg tote Palestin dan cawan. Menjengah ke laman web https://www.getducked.com/, pra tempahan koleksi ini boleh dibuat sehingga 17 Oktober ini.
Vivy Yusof Jalin Kerjasama Bersama Viva Palestin
Tambah Vivy lagi, ia merupakan projek amal sepenuhnya dan dUCk berkolaborasi dengan Viva Palestina. Dana yang berjaya dikumpul akan dimanfaatkan Viva Palestina cawangan Malaysia untuk menghantar bantuan berbentuk bekalan perubatan, makanan, tempat perlindungan sementara dan bahan api hospital ke Palestin.
Koleksi tema Palestin dUCk ini terdiri daripada skaf dan selendang berwarna hitam dan putih pada harga RM300 sehelai. Selain itu, ia turut mempunyai koleksi tote bag dan cawan pada harga RM40 sahaja.
Kapal dinaiki Ardell tidak dapat dihubungi, dua aktivis Malaysia gagal dikesan. Dalam perkembangan terkini dikeluarkan oleh facebook Sumud Nusantara Official sekitar jam 11.30 pagi tadi, dilaporkan dua aktivis Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Ardell Aryana dan Razali Awang gagal dikesan.
Ardell yang menaiki bot Mikeno dilaporkan terputus hubungan sementara Razali Awang yang menaiki bot Inana juga tidak dapat dihubungi selepas terjadinya serangan oleh pengganas Israel di perairan antarabangsa.
Dalam perkembangan terkini, dilaporkan tiga aktivis Malaysia yang menaiki kapal Free Willy telah ditahan iaitu Hareez Adzrami (Haroqs), Haikal Luqman serta Dr Taufiq sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel selepas kapal mereka dipintas rejim zionis di perairan antarabangsa pada jam 7:53 pagi waktu Gaza sekaligus penahanan tidak sah.
Dilaporkan lebih 200 aktivis dari seluruh dunia yang menyertai misi kemanusiaan ini telah ditahan secara salah oleh tentera pendudukan Israel (IOF) yang terus menghalang misi kemanusiaan ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.