Penjagaan Anak

Anak Dah Hafal ABC Tetapi Sukar Menjawab Soalan Mudah? Ini Mak Ayah Kena Bimbang

Share

Anak saya dah hafal ABC, siap boleh nyanyi Baby Shark sampai habis.”

Bagi ramai ibu bapa, ayat itu cukup untuk membuatkan mereka berasa lega. Mereka percaya anak yang petah menyebut huruf, nombor dan lagu kegemaran pasti tidak mempunyai masalah perkembangan bahasa.

Namun menurut Puan Aishah Kassim, inilah antara salah faham yang paling kerap berlaku dalam kalangan ibu bapa.

Anak Dah Hafal ABC Tetapi Sukar Menjawab Soalan Mudah?

Aishah Academy membimbing anak-anak menguasai bukan saja membaca tetapi berfikir melontarkan pertanyaan. Tiada lagi masalah anak ah hafal ABC tetapi sukar jawab soalan mudah.

Melalui perkongsian dan program pendidikan yang dijalankan, Puan Aishah Kassim sering menemui ibu bapa yang menyangka anak mereka sudah menguasai bahasa dengan baik hanya kerana mampu menghafal huruf, nombor atau lagu sejak usia kecil.

Hakikatnya, ada anak yang boleh menyebut A hingga Z dengan lancar tetapi masih tidak tahu bagaimana meminta air apabila dahaga. Ada juga yang mampu menyanyi satu lagu penuh namun sukar memberitahu bahawa dia sedang sedih atau sakit.

Menghafal Tidak Sama Dengan Berkomunikasi

Menurut Puan Aishah Kassim, menghafal ialah kebolehan menyimpan dan mengingati maklumat. Komunikasi pula adalah kebolehan menggunakan bahasa untuk menyampaikan keperluan, perasaan, idea dan pengalaman kepada orang lain.

Sebab itu, seorang anak mungkin tahu banyak perkataan tetapi masih sukar menjawab soalan mudah atau menyatakan apa yang dimahukannya.

Dalam kehidupan seharian, kebolehan meminta bantuan, meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman sebenarnya jauh lebih penting daripada sekadar menghafal fakta.

Video Pendidikan Tidak Dapat Menggantikan Interaksi

Ramai kanak-kanak belajar melalui video pendidikan yang membantu mereka mengenal huruf, nombor dan pelbagai maklumat baharu.

Walaupun ia membantu meningkatkan daya hafalan, komunikasi berkembang melalui interaksi dua hala apabila anak berbual, bertanya, mendengar dan memberi respons kepada orang lain.

Di situlah mereka belajar menggunakan bahasa dalam situasi sebenar.

Jangan Hanya Lihat Apa Yang Anak Tahu

Sebaliknya, cuba perhatikan bagaimana anak menggunakan bahasa setiap hari.

Bolehkah dia meminta sesuatu yang diinginkannya?

Adakah dia mampu memberitahu apabila lapar, sakit atau sedih?

Bolehkah dia berkongsi apa yang berlaku sepanjang harinya?

Menurut Puan Aishah Kassim, persoalan-persoalan inilah yang memberi gambaran lebih jelas tentang perkembangan komunikasi sebenar seorang anak.

Ini Mak Ayah Kena Bimbang

Bagi ibu bapa yang risau anak belum bercakap, boleh sertai sesi konsultasi percuma di Aishah Kassim Academy

Kesedaran Awal Membawa Perbezaan

Ramai ibu bapa hanya mula menyedari cabaran komunikasi anak apabila mereka memasuki usia prasekolah sedangkan tanda-tandanya mungkin sudah muncul lebih awal.

Sebab itu Puan Aishah Kassim menggalakkan ibu bapa mendapatkan saringan perkembangan sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan berkaitan pertuturan atau komunikasi anak.

Kerana pada akhirnya, matlamat bahasa bukan untuk menghafal sebanyak mungkin maklumat. Yang lebih penting ialah apabila anak mampu berkata:

“Mama, saya haus.”

“Saya sedih.”

“Saya perlukan bantuan.”

Ingat, anak yang boleh menyebut ABC belum tentu boleh berkomunikasi. Tetapi anak yang boleh berkomunikasi akan lebih mudah belajar ABC.

Untuk lebih banyak perkongsian berkaitan speech delay dan perkembangan komunikasi kanak-kanak, ikuti:

Facebook & Instagram: Aishah Kassim TikTok: aishah.kassim

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros