Anak bongsu Sheila Rusly selamat bernikah. Tahniah diucapkan buat pelakon senior Sheila Rusly yang selamat menerima menantu kedua. Anak bongsunya Luth Mikail Azman telah selamat bernikah dengan gadis mualaf yang bernama Beatrice Chitra bertempat di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.
Anak Bongsu Sheila Rusly Selamat Bernikah
Perkhabaran gembira itu dikongsi sendiri oleh Sheila yang memuatnaik video di akaun Instagamnya di mana mempelai di atas pelamin menggayakan persalinan serba putih.
Malah Sheila juga turut memuatnaik momen malam berinai bersama ahli keluarga serta kenalan terdekat dia dan suaminya, Azman Yahya atau Jinggo.
Menantu sulungnya, juga pelakon Elisya Sandha juga tidak ketinggalan mengabadikan hari bersejarah pasangan terbabit dalam laman sosialnya.
Ads
Suasana meriah jelas tergambar sepanjang acara yang menyaksikan bakal pengantin duduk pentarana sambil berinai.
Untuk rekod, sekitar Ogos tahun lalu Sheila pernah memberi bayangan bakal bermenantukan Beatrice. Mereka sekeluarga juga pernah menemani wanita terbabit mengucapkan syahadah memeluk Islam di sebuah masjid.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mak mentua dengki dengan menantu, anggap nak rampas anak lelaki. Dalam kehidupan berumah tangga, hubungan antara menantu perempuan dan mentua, terutamanya mak mentua, sering menjadi topik hangat.
Ada yang harmoni seperti ibu dan anak sendiri, tetapi tidak kurang juga yang bermasalah. Salah satu konflik yang kerap berlaku ialah perasaan iri hati atau dengki daripada mak mentua terhadap menantu perempuan. Mereka menganggap menantu sebagai “perampas” kasih sayang anak lelaki mereka.
Hubungan ibu mentua dan menantu perempuan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia boleh diperbaiki dengan usaha kedua-dua pihak. Ibu mentua perlu memahami bahawa anak lelakinya kini mempunyai tanggungjawab baru sebagai suami.
Menantu pula harus sentiasa menghormati dan menghargai ibu mentua. Jika kedua-duanya saling bertolak ansur dan memahami perasaan masing-masing, hubungan kekeluargaan yang lebih harmoni pasti dapat dibina.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam tragedi menyayat hati sekitar jam 5.29 petang itu, percutian keluarga ini bertukar tragedi apabila terlibat insiden di kawasan pantai berhampiran Bayu Camp Site. Dalam insiden lemas ini, Siti Fatimah yang tidak pandai berenang berjaya menyelamatkan anak keduanya, Muhammad Daniel Rifqie, 10 yang lemas dan seorang lagi anak saudara menemui ajal. Turut lemas dalam percutian keluarga ini adalah Nur Arisya Hanan binti Mohd Salleh berusia 13 tahun.
Dalam pada itu, memetik Sinar Harian, Abu Mansur Ahmad Musa, 43 tahun yang juga suami kepada arwah memaklumkan, panggilan video pertama yang diterimanya dari isteri merupakan panggilan terakhir baginya. Dirinya turut terlibat dalam percutian keluarga itu namun ketika kejadian, dirinya pulang ke rumah mereka kerana mahu mengambil barang.
Jelas bapa kepada tiga anak ini, arwah isterinya telah membuat panggilan video sekitar jam 5 petang sebelum insiden lemas itu. Katanya, wajah isterinya lain dari kebiasaan di mana amat berseri-seri ketika panggilan dibuat.
“Wajahnya kelihatan begitu cantik ketika panggilan video itu. Saya pelik dia tidak pernah buat panggilan video sebelum ini. Saya sempat usik isteri, minta dia ucap ‘I love you’ tetapi dia malu. Panggilan kemudian ditutup.
Tambahnya lagi, tidak lama selepas itu, dirinya menerima panggilan dari seorang anak saudara yang memaklumkan yang isteri dan anak saya lemas selain beberapa orang anak saudara. Saya bergegas dari rumah kami di Ulu Tiram ke pantai,” katanya.
“Masa itu saya sempat cakap kepada anak saudara agar tenang, pesan kepada isteri saya supaya jangan ‘gabra’, tetapi dalam kelam kabut saya mahu ke sana, saya terima panggilan telefon lagi yang menyatakan isteri lemas.
“Rupanya isteri lemas disebabkan mahu selamatkan mereka, padahal dia pun tidak pandai berenang,” katanya.
Bercerita lanjut, Abu Mansur menyifatkan arwah Siti Fatimah adalah isteri dan ibu yang sangat baik, bahkan semua orang di sekelilingnya amat sayang kepada isterinya yang suka bersedekah.
Katanya, banyak perubahan dilihat pada isterinya sejak dua tiga minggu lalu, termasuklah tidak mahu berjauhan dengannya.
“Antaranya setiap kali lepas solat, dia akan menangis. Akan cium peluk anak-anak dan dia ajak anak sulung dan kedua (along dan angah) supaya jaga adik yang autism.
“Biasanya dia yang uruskan semua hal anak bongsu dan tidak benarkan anak-anak lain buat, tapi katanya dia mahu ajar along dan angah untuk jaga adiknya.
“Isteri juga berpesan kepada saya, supaya solat berjemaah di masjid mulai tahun ini. Kami sekeluarga memang biasa solat berjemaah di rumah. Mungkin dia nak suruh saya terima yang selepas ini, saya sudah tidak lagi dapat solat berjemaah dengannya,” katanya sayu.
Menurut Abu Mansur, anak keduanya, Muhammad Daniel Rifqie, 10, yang terselamat kini dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa Hospital Kota Tinggi.
“Dia tahu maknya sudah tiada. Semalam, dia berulang-ulang cakap rindu pada maknya.
“Saya memang reda pemergian isteri. Dia adalah isteri dan ibu yang terbaik buat kami,” katanya yang memaklumkan isterinya dan anak saudaranya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tiram.
Mak ayah sakit terlantar, jangan ada anak lepas tangan, pikul tanggungjawab sama-sama. Menjaga ibu bapa yang sakit bukan sekadar ujian untuk mereka yang sedang menanggung sakit, tetapi juga merupakan ujian besar untuk anak-anak.
Ketika ini, anak-anak biasanya sudah memiliki keluarga sendiri, sibuk dengan kerjaya yang sedang berkembang. Namun, apabila ibu atau bapa tiba-tiba jatuh sakit, situasi ini boleh mengubah kehidupan keluarga besar secara keseluruhan.
Menjaga ibu bapa yang sakit bukanlah tugas mudah. Namun, penting untuk kita tidak menganggapnya sebagai beban. Sebaliknya, anggap ia sebagai peluang keemasan yang Allah SWT berikan untuk menabung pahala.
Setiap khidmat yang diberikan kepada ibu bapa adalah ruang untuk kita berbakti kepada mereka di saat mereka paling memerlukan. Rugi sekiranya peluang ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak.
Ya, memang betul. Jaga orang sakit bukan mudah lebih-lebih yang dah terlantar. Ia tak sama dengan menjaga bayi. Kalau bayi, kita tak perlukan tenaga yang banyak untuk uruskan mandi dan sebagainya.
Bila jaga orang tua, memang perlukan tenaga lebih-lebih lagi kalau kena angkat mereka untuk dimandikan dan sebagainya. Tapi anak-anak kena sentiasa ingat dalam diri, tiap khidmat kita untuk mak ayah yang sakit itu, ganjaran pahala besar menanti!
Sekali lagi, sangat mencabar bila jaga orang tua yang sakit. Mungkin tubuhnya tak larat, tapi mulutnya masih bercakap. Bila sakit, emosi juga tak stabil. Mulalah anak yang menjaga jadi mangsa. Sabarlah. Anggap itu cara dia nak luahkan tekanan terhadap dirinya yang sakit. Dulu bebas bergerak, kini serba serbi perlukan bantuan orang lain.
Tak terfikirkah anak-anak, mungkin mak ayah itu tertekan kerana mereka sedar mereka telah menyusahkan anak-anak dengan keadaan mereka itu? Sebab itu mungkin mereka marah-marah sebenarnya mereka ‘marahkan’ keadaan diri mereka sendiri. Jadi sabarlah!
Mungkin ada orang tertentu yang diberikan tanggungjawab untuk menjaga mak ayah sakit itu. TAPI INGAT! Yang lain jangan lepas tangan ye! Ada yang cakap, dia sibuk dan dia hanya boleh sumbangkan duit saja. Oh tidak! Tak sama ye. Dia sepatutnya kena ada giliran untuk jaga mak ayah itu juga, sama dengan adik beradik yang lain.
Sebaiknya, ringankan beban yang menjaga itu dengan cara tertentu. Misalnya bergilir menjaga mak ayah itu pada hari cuti. Misalnya bawa mak ayah itu ke rumah sendiri pula. Kena ingat, jaga orang sakit ini bukan saja penat fizikal, mental pun penat. Jadi adik beradik lain kena bertimbang rasa.
Atau bawa makanan dan barang keperluan lain ke rumah si penjaga itu. Tentu besar hatinya. Bukan dia minta tapi itu menunjukkan adik beradik lain menghargai jasanya menjaga mak ayah.
Sebaiknya, peruntukkan sedikit sagu hati pada si penjaga yang menjaga itu tanda penghargaan daripada adik beradik yang lain.
Jangan lepas tangan soal menjaga mak ayah sakit pada seorang saja. Kalau ada 10 empat beradik, kena empat orang ambil peduli. Sentiasa berbincang tentang keadaan mak ayah, peruntukan bulanan untuk mak ayah dan sebagainya. Apa juga masalah yang timbul, selesaikan secara berbincang. Tak susah pun, ada whatsapp grup kan?
Setiap adik beradik itu kena menyumbang dan main peranan. Jangan asyik bagi alasan itu ini saja. Kena ingat, itu adalah mak ayah semua. Bukan seorang adik, abang atau kakak saja.
Selain itu, tak timbul soal anak lelaki yang patut jaga dan anak perempuan lepas tangan. Tanggungjawab adalah bersama. Apatah lagi kadangkala mak ayah itu lebih selesa dengan anak perempuannya berbanding diuruskan oleh menantu perempuan. Berbincang elok-elok dengan suami.
Kalau suami tu betul-betul bertanggungjawab, dia takkan sesekali membantah isterinya menjaga mak ayah sendiri. Walau pun syurga isteri pada suami, tak bermakna terputus hubungan anak perempuan dengan mak ayahnya lepas kahwin.
Tidakkah berdosa si suami kalau dia punca isterinya jadi anak tak mengenang budi? Sebaliknya, suami kena sedar, dia pun akan dapat pahala. Bahkan, percayalah. Bila jaga orang tua, rezeki yang masuk mencurah-curah tanpa kita sedar.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Akad nikah di depan jasad ibu, suami jadi kekuatan. Ini detik paling memilukan buat pengantin baharu, Nurul Hazwani Alias, 26, apabila ibunya menghembuskan nafas terkahir ketika tidur.