doa ibu paling mustajab

Korek rahsia bagaimana ibu ini boleh buat anak berebut solat tanpa perlu mengeluarkan kata-kata paksaan mahupun ugutan. Cuma dengan 1 doa yang ibu tuturkan membuatkan anak bergegas mahu tunaikan solat.

Ibu kepada 5 orang anak, Puan Wan Rohani Wan Ismail berkongsi cerita melatih anak-anaknya mengerjakan solat dengan menggunakan skrip yang betul.

Berdoa Secara Terbuka Mendorong Anak Solat

Apabila anak semakin membesar, cabaran mendidik bertambah besar.

Pelbagai strategi dan teknik dipelbagaikan untuk mendorong anak-anak solat tanpa perlu menyuruh atau mempengaruhi mereka dengan ganjaran luar.

Solat memerlukan dorongan intrinsik yang kuat (Dorongan Intrinsik adalah dorongan atau tindakan yang tidak dipengaruhi oleh akibat atau ganjaran luar. Melakukan sesuatu kerana mengikut gerak hati.

Anak ‘Berdesup’ Solat Sebaik Dengar 1 Doa Ibu Paling Mustajab

Malam itu selepas berkumandang azan Maghrib, ibu mengajak anak-anak solat bersama. Namun anak-anak tidak mengendahkan, masing-masing ralit membina menara menggunakan kad.

IKLAN

Seusai ibu solat, anak-anak masih dengan aktiviti mereka. Bagaimana mahu mendorong anak-anak ini solat tanpa perlu memberikan arahan. Kita tidak mahu menyuruh-nyuruh anak solat setiap kali masuknya waktu solat.

Bagaimana mahu menanam kesedaran tentang solat di dalam diri anak-anak?

Bagaimana mendorong anak menjadikan solat itu satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan tanpa perlu disuruh-suruh?

Kali ini skrip yang digunakan sedikit berbeza. Saya pujuk anak yang lebih besar dahulu untuk solat. Saya katakan kepada kakak, “Aiesyah, Aiesyah sudah besar. Ibu sudah tidak perlu lagi mengingatkan Aiesyah untuk solat setiap kali masuk waktu.” Aiesyah diam.

Saya menyambung, “Boleh Aiesyah solat Maghrib sekarang, sekejap lagi nak mula kelas mengaji.”

IKLAN

Kemudian, Aiesyah mula bersuara,”Ya Aiesyah solat.”

Apabila mendengar Aiesyah berkata begitu, saya diam dan hanya menunggu. Tidak mahu menyuruh lagi. Beberapa minit kemudian, Aiesyah bangun melangkah ke bilik air mengambil wudhuk. Kemudian menunaikan solat di ruangan tamu berhampiran tempat mereka bermain tadi.

Alhamdulillah kakak sudah solat, saya sudah merancang untuk berdoa secara terbuka memandangkan kakak solat berhampiran dengan dengan tempat adik bermain.

Selesai sahaja kakak Aiesyah solat, saya terus berdoa dengan kuat.

IKLAN

Ya Allah berilah kebaikan kepada anak-anak ibu yang solat. Jadikan anak-anak ini anak yang soleh dan solehah

Aiesyah memandang saya dengan senyuman. Umar (adik) juga memandang saya. Lagaknya seperti tidak berpuashati dengan doa tadi. Umar pun berkata, “Alaa.. Umar pun nak jugak!”

Lantas Umar bangun dan melunaskan tanggungjawab menunaikan solat. Seperti biasa, sebelum solat Umar akan bertanya solat apa dan berapa rakaat.

Usai Umar solat, saya mengulangi doa tadi seperti di atas. Kemudian mereka berdua mengemas mainan dan mengambil Quran memulakan kelas mengaji.

Mak Kena Tahu Yang…

Berdoa adalah salah satu bentuk ganjaran sosial positif.

Sumber/Foto : wanrohaniismail.blogspot.my – Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI