Sekarang ini memang ramai anak-anak kecil yang berhadapan masalah kondisi kulit yang pelbagai. Dari kulit kering dan gatal-gatal yang sederhana sampailah kronik. Apa puncanya memang susah mak-mak nak jumpa. Macam mana nak selesaikan.. Lagi susah hati bila anak tak berhenti menggaru.
Berdarah dan nanah itu sudah macam mainan mata untuk mak-mak. Menangis dalam hati dah tak terhitung banyaknya. Tak boleh menangis depan anak, hati kena kuat dan cekal.
Kalau mak sama nangis, lagi down nanti anak-anak yang menanggung masalah gatal-gatal yang tak berkesudahan. Asal sebut krim bagus, mandian dan macam-macam cara rawatan dah dicuba. Yang murah, yang mahal.. sebut saja. Tak pernah mak ‘termissed’ beri pada anak.
Suu Balm Bantu Masalah Kulit Kering dan Gatal-Gatal
Suu Balm Kids untuk kanak-kanak yang berdepan kondisi kulit
Anak-anak yang mempunyai masalah kondisi kulit selalu gatal-gatal, kulitnya kering dan sensitif. Sekarang ibu tak perlu risau lagi cara ini bantu anak berhenti menggaru. Suu Balm dikatakan dapat membantu masalah anak-anak anda.
Untuk pengetahuan mak-mak, Suu Balm adalah produk penjagaan yang direka untuk sesiapa sahaja yang mempunyai kulit kering, sensitif dan gatal, untuk memberikan kelegaan cepat dan membantu meningkatkan kelembapan pada kulit.
Terdapat dua varian produk Suu Balm iaitu yang direka khas untuk kanak-kanak dan juga golongan dewasa . Tahukah mak-mak bagaimana magiknya Suu Balm ini berfungsi?
Ads
Sebelum penggunaan Suu Balm, lengan kelihatan kemerah-merahan. (Sumber: Testimoni Suu Balm)Selepas 3 minggu, magiknya! (Sumber: Testimoni Suu Balm)
Suu Balm Beri Kelegaan Sepantas 5 Minit
Umumnya, dua bahan khusus iaitu Mentol dan juga Ceramide yang terkandung dalam krim Suu Balm ini mampu memberi kelegaan yang cepat sebalik sahaja disapu.
Sebelum ini jarang ibu-ibu bertemu krim yang sebegini bukan? Dalam bahasa yang mudah, mentol bertindak untuk menyejukkan kulit dan seterusnya menyekat penghantaran isyarat gatal ke otak dan seterusnya akan melegakan rasa gatal sepantas 5 minit! Kesan ini membuatkan anak akan kurang menggaru kerana berasa selesa.
Keadaan kaki sebelum aplikasi Suu Balm, pasti gatal dan anak banyak menggaru. (Sumber: Testimoni Suu Balm)Hasilnya selepas penggunaan 3 minggu. (Sumber: Testimoni Suu Balm)
Di samping itu, ceramide yang terkandung juga memberikan kelembapan dan melindungi lapisan kulit dari paparan faktor lingkungan.
Produk Yang Tak Melekit Sesuai Untuk Anak
Sebagai ibu yang sentiasa mengambil berat tentang anak, mesti anda ingin pastikan produk ini tidak melekit agar anak berasa selesa setiap kali digunakan.
Suu Balm adalah satu produk yang membuatkan anda berasa selesa bila memakainya dan tidak melekit sama sekali. Berita baik buat mak-mak di luar sana, produk ini boleh digunakan tanpa was-was kerana produk ini telah disahkan halal.
Ads
Seperkara lagi, ibu jangan bimbang Suu Balm ini telah diformulasikan oleh Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr. Tey Hong Liang dari National Skin Centre, Singapura.
Suu Balm juga diperbuat daripada bahan-bahan bermutu tinggi dan bebas daripada bahan terlarang seperti steroid, SLS, SLES, sabun, sulfat, paraben, pengawet atau pewangi tiruan.
Bersihkan Badan Dengan Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Cream Head to Toe Wash
Langkah efektif dan berkesan, jika sapukan krim Suu Balm Kids dan dalam masa yang sama membersihkan badan anak-anak dengan mandian Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash yang sangat sesuai untuk pembersihan lembut pada kulit bayi dan kanak-kanak yang sensitif dan juga kering.
Sudah pasti setiap kali selepas mandi, ia akan menjadikan kulit anak mak-mak lebih lembab, segar dan tenang kurang kegatalan sepanjang hari.
Ads
Selepas Mandi, Sapu Krim Suu Balm Kids Untuk Kesan Cepat
Malah Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash turut diformulasikan untuk balance kan tahap pH kulit anak-anak supaya kekal sihat.
Ketiadaan paraben, pengawet dan wangian buatan menjadikan produk ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga mengandungi 5 bahan pelembap, termasuk shea butter dan sodium hyaluronate.
Sebaiknya, selepas mandikan anak dengan menggunakan Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash, keringkan kulit dengan baik sebelum aplikasikan pula Suu Balm Kids Moisturiser pada tempat yang gatal atau kering.
Walaupun harganya agak mahal berbanding produk lain di pasaran, Suu Balm dapat menyelesaikan masalah kulit anak anda. Sebagai ibu, apa salahnya berbelanja lebih untuk kesihatan anak-anak dengan memilih produk yang terbaik.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Suu Balm atau pun dapatkan produk ini sekarang di kedai dan farmasi berdekatan anda seperti Watsons, Caring, dan lain-lain lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap kali tibanya acara sukan, slogan Malaysia Boleh pasti bakal berkumandang sebagai ekspresi menzahirkan rasa sokongan tanpa berbelah bahagi. Tidak dinafikan, slogan Malaysia Boleh merupakan salah satu medium yang menyatukan rakyat Malaysia bukan sahaja dalam bidang sukan, malah pelbagai aspek.
Tanpa kita sedari, slogan keramat tersebut mempunyai kisah yang tersendiri. Mingguan Wanita kongsikan info disebalik slogan keramat yang menjadi aspirasi rakyat Malaysia ini:
Pada tahun 1992, Majlis Olimpik Malaysia (OCM) mencari cara untuk memberikan dorongan keyakinan kepada atlet negara terutamanya mereka yang bersaing di luar negara. Dengan Sukan SEA 1993 di Singapura semakin hampir, bekas presiden OCM, Tan Sri Hamzah Abu Samah, mendekati Nestle untuk mendapatkan idea.
Selepas sesi perbincangan intensif dengan bekas pengurus pemasaran sukan Nestle, Datuk Dina Rizal, kedua-dua mereka akhirnya memilih satu slogan daripada banyak pilihan yang mereka cadangkan semasa sesi ulasan idea.
“Malaysia Boleh!” dengan cepat menjadi jeritan perjuangan khas rakyat Malaysia di acara sukan utama. Sebenarnya, kempen MILO untuk Sukan Komanwel 1998 berpusat pada slogan yang sama yang menarik perhatian.
Slogan ikonik rakyat Malaysia
Dihoskan untuk pertama kalinya di Kuala Lumpur, Sukan Komanwel 1998 juga mencatatkan beberapa pencapaian pertama untuk acara sukan serantau kedua terpenting di dunia.
Selain menjadi negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah acara ini, Sukan Komanwel 1998 juga kali pertama menyertakan sukan berkumpulan dan merupakan kali pertama diadakan di negara di mana Bahasa Inggeris bukan bahasa pertama, antara lain.
Pengaruh slogan ini meluas di peringkat kebangsaan apabila, pada suatu ketika di pertengahan tahun 90-an, ketika itu Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih frasa tersebut untuk memberi dorongan kepada Wawasan 2020.
Sejak itu, “Malaysia Boleh!” bukan lagi sekadar slogan yang digunakan untuk memberi semangat kepada atlet negara kita. Lebih daripada hanya meraikan pencapaian, frasa ini juga dimaksudkan untuk menanam keyakinan bahawa Malaysia dan rakyatnya mampu melakukan apa saja. Yang paling penting, ia digunakan secara menonjol untuk mengumpulkan rakyat Malaysia di sekitar idea mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Meskipun terdapat beberapa slogan baharu diperkenalkan, namun slogan Malaysia Boleh ini masih melekat di hati kebanyakan rakyat Malaysia yang meletakkan azimat dan semangat untuk rakyat Malaysia berjaya bukan sahaja dalam bidang sukan, malah ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan.
Semoga slogan ini terus tersemat di hati setiap rakyat Malaysia dan menjadi azam untuk terus mara ke hadapan dalam pelbagai bidang yang diceburi!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak berkerdip mata jika melihat wanita yang cantik menawan! Sememangnya itulah keinginan setiap wanita, namun bukan sesuatu yang mudah untuk maintain ‘cantik’. Terutamanya penjagaan kulit wajah.
Memiliki kulit wajah yang cantik, bersih, cerah, berseri dan flawless idaman wanita. Jika sebelum ini anda cuma memilih serum biasa namun kecewa kerana kesannya agak kurang menyerlah. Cubalah beralih menggunakan serum booster mesti anda akan nampak kesan yang lebih cepat. Sebenarnya banyak tau kebaikan menggunakan serum booster berbanding serum biasa!
Paling best sudah pasti dua jenis Serum Booster pilihan terbaik dari Hada Labo iaitu H.A. Supreme Vita Brightening Booster dan New H.A. Supreme Retin Lifting Booster. Paling mudah bila kedua-dua serum ini cuma perlu disapukan di kulit wajah pada waktu pagi (Vita) dan malam (Retin).
Penjagaan Wajah Berkonsepkan Minimalis
Seperti yang anda ketahui Hada Labo jenama penjagaan kulit wajah dari Jepun ini terkenal dek kerana mengandungi bahan berkualiti tinggi dengan konsep minimalis.
Sememangnya kini menjadi trend dan pilihan popular wanita untuk memilih produk penjagaan wajah yang berkonsep minimalis. Minimalis bermaksud produk ini hanya mengandungi keperluan bahan-bahan tanpa bahan tambahan yang tidak perlu seperti alkohol,minyak mineral, pewangi dan pewarna.
Jalan Terbaik Bantu Kulit Berseri & Awet Muda
Wanita hari ini juga ramai yang bekerjaya dan pentingkan penjagaan masa. Jadi untuk selarikan kecantikan dan masa mereka gemarkan cara mudah untuk penjagaan kecantikan wajah.
Oleh itu Serum Booster dari Hada Labo iaitu H.A. Supreme Vita Brightening Booster dan New H.A. Supreme Retin Lifting Booster merupakan jalan terbaik membantu kulit wajah berseri dan awet muda.
Mencerahkan Kulit Dengan Berkesan
Bagi wanita yang mengutamakan kecantikan, rutinnya senang saja hanya gunakan dua Serum Booster H.A. Supreme Vita Brightening Booster dan New H.A. Supreme Retin Lifting Booster wajah anda akan lagi cerah hanya dalam beberapa minggu sahaja.
Sememangnya anda tidak perlu bersusah payah tau! Hanya dua langkah menjadikan kulit wajah anda berseri dan awet muda.
Mudah Sangat! Hanya Gunakan Pada Waktu Siang & Malam
Bagi kesan yang lebih baik pada kulit wajah, guna Vita pada waktu pagi dan Retin pada waktu malam untuk kulit cerah serta awet muda.
Kebaikan H.A. Supreme Vita Brightening Booster
H.A. Supreme Vita Brightening Booster penggunaan hanya pada waktu pagi. Merupakan serum pencerah membantu menyelesaikan masalah kulit lebih cepat berbanding serum biasa yang lain kerana ramuan kuasanya dan penembusan yang tinggi keberkesanan.
Ia mengandungi formula suntikan pemutihan yang boleh mencerahkan kulit dengan berkesan. Mengandungi 5% Niacinamide, Vitamin B12 & 4 jenis Asid hyaluronic. Menembus jauh ke dalam lapisan dermis 1.5mm. Mengurangkan bintik hitam dan tanda jerawat sebanyak 48%, untuk kulit bercahaya lut sinar dan tekstur ringan untuk penyerapan yang cepat.
Kebaikan H.A. Supreme Vita Brightening Booster
H.A. Supreme Vita Brightening Booster penggunaan hanya pada waktu pagi. Merupakan serum pencerah membantu menyelesaikan masalah kulit lebih cepat berbanding serum biasa yang lain kerana ramuan kuasanya dan penembusan yang tinggi keberkesanan.
Ia mengandungi formula suntikan pemutihan yang boleh mencerahkan kulit dengan berkesan. Mengandungi 5% Niacinamide, Vitamin B12 & 4 jenis Asid hyaluronic. Menembus jauh ke dalam lapisan dermis 1.5mm. Mengurangkan bintik hitam dan tanda jerawat sebanyak 48%, untuk kulit bercahaya lut sinar dan tekstur ringan untuk penyerapan yang cepat.
Kedua-dua Serum Booster ini sangatlah bagus untuk mencapai kulit yang mulus. Sememangnya berbaloi bagi anda yang mementingkan kecantikan kulit wajah. Cuma gunakan Vita pada siang dan Retin pada malam pasti anda tidak akan menyesal!
Berita baik buat peminat drama Melayu dan juga anda yang ingin jimatkan wang poket! Tidak perlu berbelanja lebih untuk menikmati akses internet yang lebih tau. Paling menarik pelan redONE Postpaid 5G SMART menawarkan data pantas tanpa had, akses tanpa had ke platform media sosial seperti YouTube, Facebook, dan Instagram dalam HD, serta penggunaan internet tanpa had dalam HD untuk hiburan dan produktiviti. Pelan ini juga menyediakan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
Peminat drama Astro Originals, X- Change yang disiarkan setiap Jumaat, 9 malam di Astro Premier, On Demand dan strim Astro Go tidak akan kecewa dan boleh melayarinya hanya di telefon pintar anda.
Tonton Siri ‘X-Change’ Babak Aksi & Konflik Cinta Tanpa Gangguan
X-Change merupakan sebuah siri yang menampilkan aksi, jenayah dan romantik, serta mengetengahkan subjek ‘gaya authoritarian’ dalam sesebuah keluarga, iaitu melibatkan peraturan ketat, jangkaan yang tinggi dan kurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak sebagai konflik utama dalam naratif.
Kisah penuh debaran ini bermula apabila Khalif yang baru tamat persekolahan, ingin mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama kekasihnya, Lilian. Namun apabila bapanya terlibat dalam kemalangan, Khalif terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya iaitu merompak kedai emas bersama abangnya, Qabil dan Capik. Tanggungjawab Khalif terhadap keluarganya telah mengheret Khalif semakin terjebak dalam dunia penjenayahan sehingga satu rahsia terbesar keluarganya terbongkar.
Selain padat dengan babak aksi, rompakan dan konflik drama, X-Change juga berkisar tentang kisah cinta berlainan kaum antara Khalif dan Lilian, yang ingin membina kehidupan bersama di luar negara selepas tamat persekolahan.
Walaupun impian untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama di luar negara terhalang oleh kehendak keluarga masing-masing, bibit-bibit romantik yang dipaparkan oleh kedua-dua watak ini memberi sentuhan unik kepada penggemar-penggemar siri romantik, terutamanya kepada generasi muda.
Drama hebat ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor (Yakob), Arfie Shah (Khalif), Joey Leong (Lilian), Hariz Hamdan (Qabil), Sadiq M. Jamil (Capik), Steve Yap (Jay), Marisa Yasmin (Mariam), Angeline Tan (Yi Ling), Alvin Wong (Foong), Shweta Sekhon (Divia) dan ramai lagi.
X-CHANGE ke redONE Mobile Tanpa Drama Sekarang!
Nak tahu kisah selanjutnya X-Change anda tidak perlu pening kepala bila data Internet anda kehabisan. Inilah masanya untuk anda X-CHANGE ke redONE Mobile.
Dapatkan telefon pintar PERCUMA dan berpeluang memenangi iPhone apabila anda melanggan pelan redONE Postpaid 5G SMART di kedai redONE Mobile yang terdekat! Khabar istimewa buat pelanggan yang disenarai hitam turut diterima.
Pelanggan yang mendaftar untuk pelan redONE Postpaid 5G SMART ini bukan sahaja akan mendapat satu telefon pintar PERCUMA, tetapi mereka juga layak untuk menyertai cabutan bertuah eksklusif untuk memenangi telefon pintar iPhone setiap minggu!
X-CHANGE ke redONE Mobile sekarang untuk telefon pintar 5G PERCUMA serta data dan panggilan tanpa had serendah RM68 sebulan! Pengguna juga boleh menikmati akses internet yang lebih baik dengan hotspot sehingga 60 GB melalui pelan ini, dengan komitmen bulanan bermula dari RM68 sahaja.
Rebat RM10 x 6 bulan untuk pelanggan port-in. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa lawati https://bit.ly/Telefon5GPercuma atau kunjungi kedai redONE Mobile terdekat anda sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...