“Saya belum bersedia nak ada menantu, dan dia pun belum bersedia untuk bercinta.”
Membesarkan anak remaja dalam dunia serba terbuka hari ini sememangnya mencabar. Itulah yang sedang dilalui oleh penyampai radio, pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad, 42, apabila anak sulungnya, Naira Mikayla, 13, tiba-tiba menjadi tumpuan netizen selepas dikaitkan dengan dakwaan sudah ‘bercinta’.
Semuanya bermula apabila video tular di TikTok memaparkan Mikayla bersama seorang remaja lelaki dalam situasi mesra, lengkap dengan komen saling mengucapkan ‘I love you’. Reaksi netizen pun bercampur baur. Ada yang terkejut, ada yang gusar, lebih-lebih lagi kerana Mika baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia seni sebagai pengacara.
Tegas Tapi Rasional: “Dia Baru 13 Tahun”
Sebagai bapa, Nabil tidak menafikan rasa bimbang dan tegas menolak sebarang hubungan cinta buat masa ini. Namun dalam masa sama, beliau juga faham fasa usia remaja memang dipenuhi rasa ingin mencuba.
“Saya tak benarkan dia bercinta lagi. Tapi kalau di sekolah nak berkawan, itu saya faham. Kita pun dulu pernah melalui zaman itu. Cuma sekarang ini terlalu banyak benda menakutkan di luar sana. Memang saya risau.”
Ads
“Saya Tak Nak Tengok Video Itu”
Nabil turut berkongsi bahawa ramai yang mengusiknya dengan ucapan ‘tahniah bakal dapat menantu’, tetapi pada mulanya beliau tidak tahu apa yang dimaksudkan.
“Rupanya sebab video itu. Tapi saya tak tengok dan tak mahu tengok. Saya takut saya tak boleh kawal perasaan marah,” luahnya jujur.
Ibu Bapa Perlu Sepakat & Berbincang
Menurut Nabil, beliau dan isteri, Nazira Ayub, sangat peka dan sentiasa memantau anak-anak mereka. Bukan dengan kawalan total, tetapi melalui pendekatan yang seimbang antara disiplin dan kepercayaan.
Ads
“Saya tahu siapa kawan-kawan Mika, dan saya tak pernah halang dia berkawan. Tapi saya akan bincang dengan isteri sebab anak perempuan biasanya lebih rapat dan selesa bercerita dengan ibu mereka.”
Tambah Nabil, telefon pintar anak-anak hanya dibenarkan pada hujung minggu. Hari persekolahan pula, semua gajet disimpan agar mereka boleh fokus kepada pelajaran.
Didikan Dalam Dunia Digital: Cabaran Realiti Hari Ini
Perkongsian Nabil mencerminkan dilema ramai ibu bapa hari ini. Antara memberi ruang dan menjaga batas, antara kepercayaan dan kawalan. Apa yang penting, menurutnya, adalah komunikasi terbuka dalam keluarga dan peranan aktif ibu bapa untuk mendidik anak-anak menghadapi realiti dunia digital.
Nabil dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Naira Mikayla (13), Leyla Medyna (10), dan Mishall Imani (6).
Ads
Nabil ditemui ketika majlis pengumuman Top 20 Anugerah MeleTOP ERA 2025 (AME2025) di Astro Bukit Jalil di sini, malam tadi. Bertemakan “Yang Rare, Yang Real, Yang Legend”, AME 2025 berani tampil sebagai pentas pengiktirafan yang tidak hanya menilai populariti semata-mata, tetapi juga merangkul keaslian bakat, kejujuran ekspresi dan kesetiaan terhadap seni.
Acara ini bukan lagi sekadar anugerah – ini adalah mantera budaya pop Malaysia, tempat di mana suara peminat bersatu dengan penghargaan kepada seniman sejati.
Pentas AME di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Oktober 2025 jam 9 malam dijangka akan menjadi malam yang bukan sekadar glamor, tapi penuh emosi, sejarah dan detik yang akan dikenang ramai.
Pasangan Kontroversi, Marissa & Aslam Ke Mahkamah Syariah. Terbaru anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim telahpun ke Mahkamah Syariah bersama suaminya Ahmad Aslam.
Seperti mana dilaporkan, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, atas prosiding pengesahan nikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Pasangan tersebut hadir di mahkamah dengan memakai pelitup muka dan kemudian bergegas pulang selepas berada dalam dewan bicara. Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Marissa dan Aslam khabarnya bernikah tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan. Malah pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.
Pasangan Kontroversi, Marissa & Aslam Ke Mahkamah Syariah
Seperti mana dikongsi Berita Harian Online Peguam Syarie mewakili pasangan berkenaan iaitu Muhammad Ammar berkata pihak mahkamah menangguhkan prosiding pada tarikh seterusnya.
“Mahkamah menangguhkan prosiding hari ini sebab ini kali pertama kami hadir. Siasatan akan disambung pada masa akan datang. Bila tarikhnya, saya dimaklumkan anak guam untuk tidak memaklumkan,” luah Muhammad Amar.
Aslam pula menyatakan terdapat sedikit masalah teknikah berhubung maklumat peribadi mereka.
“Ada masalah sedikit berkenaan maklumat peribadi dalam permohonan borang pengesahan pernikahan di luar negara, jadi kami diminta untuk mengemas kini maklumat peribadi dan datang semula pada tarikh lain.
“Saya tak boleh ulas dengan lebih terperinci kerana menghormati prosedur mahkamah. Kalau ada apa-apa mungkin peguam saya boleh jawab. Borang ini sudah lama kami serahkan kepada peguam dan hari ini, kali pertama kami hadir. Semuanya akan diuruskan pihak peguam,” katanya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Fatimah The Family UK Alami ‘Keajaiban,’ “Darah Yang Mengalir Tanpa Henti Selama 8 Hari Tiba-tiba Kering Tanpa Tinggal Walau Setitis.” Sebelum ini, tahap kesihatan personaliti media sosial, Fatimah ‘The Family UK’ dikhabarkan semakin lemah sejak dua hari yang lalu.
Fatimah yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Birmingham, United Kingdom (UK) dilaporkan mengalami pendarahan selepas menjalani pembedahan. Pihak keluarga menerusi laman sosial Instagram dan juga Facebook The Family UK memohon warga maya menitipkan doa kesembuhan buat anak perempuan tunggal mereka itu.
Menurut perkongsian ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail, Fatimah yang kini berusia 10 tahun ditempatkan di sebuah hospital di Birmingham. Fatimah telah dimasukkan ke hospital itu sejak Mac yang lalu.
Fatimah The Family UK Alami ‘Keajaiban,’ “Darah Yang Mengalir Tanpa Henti Selama 8 Hari Tiba-tiba Kering Tanpa Tinggal Walau Setitis”
Namun keajaiban berlaku tanpa disangka-sangka. Menerusi status terkini tentang Fatimah yang dikongsikan dilaman Facebook Facebook thefamily.uk. keadaan Fatimah bertambah baik membuatkan seluruh ahli keluarganya berasa amat bersyukur.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Allah Maha Besar. Berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat kesayangan kami, Fatimah…
SELEPAS 8 HARI PENDARAHAN, DOKTOR TERPAKSA BUAT KEPUTUSAN MENIDURKAN FATIMAH DALAM USAHA UNTUK MENGHENTIKAN PENDARAHAN. 2 JAM SEBELUM MASUK TEATER PEMBEDAHAN, DENGAN KUASA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, PENDARAHANNYA BERHENTI DENGAN TIBA-TIBA.
Dalam sekelip mata, darah yang mengalir tanpa henti selama 8 hari tiba2 kering tanpa tinggal walau setitis! Besar sungguh rahmat Allah. Hebat sungguh kuasa Allah. Sehingga semua doktor dan nurse terkejut pendarahan berhenti dengan sendiri dalam sekelip mata!
Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.
Fatimah masih lagi lemah dan sakit. Kami pohon jasa baik anda semua untuk terus mendoakan Fatimah. Semoga segala jasabaik anda semua dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT. Semoga masih ada lagi keajaiban yang menanti Fatimah.
Kita doakan agar keadaan kesihatan Fatimah bertambah baik. Untuk info, Fatimah merupakan anak saudara kepada cef selebriti terkenal Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau dikenali sebagai Adamdidam.
Petah berbicara pada usia masih kecil, keletah Fatimah bersama adiknya, Ali dan abang, Omar Mukhtar sering menghiburkan warga maya.
Orang perempuan dengan aktiviti membeli belah ini, macam satu hiburan yang menenangkan hati. Lagi-lagi kalau suami dapat bawa masuk shopping kedai yang ramai orang perempuan suka jejak, tapi tempat ‘mendebarkan’ bagi suami. Tentulah kedai barang RM2 itu.
Tapi, ada pula sesetengah pandangan mengatakan yang kedai harga murah ini ‘low clas’ tak ada kualiti. Bagi suami ini, Muhammad Yusof dia memberikan pandangan yang berbeza.
Bukan low class itu menjadi pertikaian, sebaliknya nilai rezeki yang ada di sebalik harga RM2 itu sendiri. Hadamkan perkongsiannya.
Ada Orang Kata Barang RM2 Low Class, Tak Berkualiti
Tadi saya teman bini pi shopping. Alaa pi kedai Eco 2.10 je. Bini bagi alasan ‘shopping kan terapi’, padahal macamlah saya tak tahu perempuan dan shopping tak boleh dipisahkan, ibarat aur dengan tebing.
Masuk-masuk kedai penuh orang, mostly perempuanlah, bagai dikata.
Sebenarnya bila fikir-fikir balik, banyak jugak manfaatnya kedai RM2.10 ni walaupun sebelum ni saya pernah terbaca, ada orang yang ‘jijik’ nak masuk kedai RM2.10 ni. Tak berkualitilah. Low classlah, katanya.
Tapi sebelum kita nak kata ‘jijik’ tu cuba kita fikir;
Di sebalik harga RM2.00 ni, entah ramai mak cik pak cik yang beli selipar untuk wakafkan kat masjid dan surau.
Di sebalik harga RM2.00 ni, entah berapa ramai ibu tunggal yang beli barang-barang untuk buat bunga hiasan untuk dijual sebab nak besarkan anak-anak mereka.
Di sebalik harga RM2.00 ni, entah berapa ramai cikgu-cikgu sekolah keluar duit beli alat tulis untuk bantu murid sekolah yang susah.
Di sebalik harga RM2.00 ni, entah berapa banyak anak orang susah yang tak pernah nak dapat mainan, boleh merasa main mainan macam orang lain bila masuk kedai RM2 ni.
Di sebalik harga RM2.00 ni, entah berapa banyak keluarga susah dan miskin bandar, yang tak pernah terfikir nak deko rumah, bila ada kedai RM2.00 ni dorang dapat beli wallpaper, beli bunga, beli pasu untuk hias rumah mereka dengan harga marhaen.
Betullah Orang Kata Kedai Eco Berhantu
Saya dan bini kalau masuk shopping kompleks mahal-mahal kami jadi macam kekok. Tapi bila masuk kedai RM2.00 ni, jarang kami masuk kedai ni tak beli. Mesti ada je beli 2-3 barang yang mula-mula kami tak nak beli tapi entah macamana boleh pulak terbeli.
Betullah sebelum ni ada orang kata kedai Eco ni berh4ntu.
Berh4ntu sungguh! Niat nak beli plastik hitam je tapi bila masuk entah saka mana entah yang hasut beli sampai berplastik-plastik bila keluar.
Tapi itulah dengan hanya berbekalkan RM20.00 banyak jugak barang yang kita boleh beli. Jimatttt!!!!
p/s: kawan-kawan followers saya selalu shopping kat mana? Shopping-shopping jugak, musim-musim PKP ni SOP jangan dilupa ya. Boleh juga follow Muhammad Yusof seorang marhaen, yang selalu menulis tentang kehidupan marhaen.
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.