
Anak 9 bulan diliwat suami pengasuh hingga meninggal, ibu tak maafkan tertuduh,”kau bukan manusia, kau binatang…
Kekecewaan seorang ibu bila mana anak kecil yang sepatutnya dilindungi dan dikasihi musnah bila mana anak kecilnya, Muhammad Afiq Rizqin menjadi mangsa kerakusan manusia bertopengkan binatang.
Paling menyedihkan anak kecil ini diliwat hingga meninggal di rumah asuhan yang mana ia sepatutnya menjadi tempat selamat buat seorang bayi yang dihantar ibu bapa yang keluar bekerja.
Paling menyedihkan saat membaca luahan hati ibu bayi ini, Robiatul’ Adawiah Aziz yang ditulis Jumaat lalu yang tak akan sama sekali memaafkan perbuatan tertuduh.
“Setelah 4 tahun aku menunggu keputusan dengan sabar sama ada kau bersalah atau tidak, hari ini kau dijatuhkan hukuman. Sebelum ni kau tak mengaku kau buat.

Dalam pada itu, ibu ini turut berkongsi dia tahu bahawa bekas pengasuhnya pasti akan membaca coretan ditulisnya ini.

Dalam kes yang menggemparkan negara ini, tertuduh Mohamed Badruldin Mohamed, 40, seorang penggangur dihukum penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat lepas selepas didakwa meliwat dan membunuh anak asuhan isterinya yang berusia sembilan bulan.
Dirinya kemudian dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Datuk Aslam Zainuddin.
Memetik laporan Sinar Harian, bagi kes meliwat, lelaki itu dihukum penjara 10 tahun dan satu sebatan manakala 30 tahun, 12 sebatan bagi kes membunuh bayi malang itu.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bermula tarikh tangkap iaitu pada 29 April 2021.
Berdasarkan fakta kes, terdapat kesan asid deoksiribonukleik (DNA) dan ekstrak air mani milik tertuduh di dubur dan usus besar bayi itu.
Hasil bedah siasat oleh Pakar Perubatan Perunding Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh ketika itu, Dr Rohayu Shahar Adnan juga mengesahkan wujudnya kecederaan akibat objek tumpul pada dubur mangsa.
“Punca kematian ialah ‘smothering’ (keadaan yang melemaskan), sampel DNA juga mengesahkan terdapat ekstrak sel sperma milik OKT pada dubur dan rektum si mati.
“Tertuduh didapati melakukan persetubuhan luar tabii. Ada juga luka koyak dan lebam yang boleh disebabkan oleh jari atau zakar, sekali gus mengukuhkan dakwaan penderaan seksual terhadap bayi tersebut,” menurut fakta kes.

Pada hari kejadian, pengasuh, Norhidayah Ab Hamid memberitahu ibu mangsa, Robiatul’ Adawiah Aziz bahawa anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh kerana tidak sedarkan diri.
Pada jam 7 malam, sepasukan doktor dan jururawat membuat teknik bantuan asas hayat atau ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ (CPR) kemudian memasukkan tiub bantuan pernafasan dan empat jenis ubat jantung selain menstabilkan tekanan darah.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 12.18 tengah hari, 28 April 2021.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bayi lelaki berusia sembilan bulan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini antara jam 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!













