Nampaknya doa dari peminat yang mendoakan agar kedua pasangan selebriti ini mendirikan rumahtangga menjadi kenyataan apabila Fattah Amin melamar Amira Othman ketika majlis pelancaran album Ifran Harris berjudul Rasa & Takdir sebentar tadi.
Pasangan ini memilih tarikh 14 September 2025 sebagai hari pernikahan, bertepatan dengan ulang tahun kelahiran bintang drama Suri Hati Mr. Pilot itu sendiri.
Ads
Dalam majlis penuh terharu itu semasa pelaancaran album tersebut, Abdul Fattah Mohd Amin, 35, hadir dari belakang pentas ketika Amira dan Irfan Haris mendendangkan lagu berkenaan, sebelum menyambung bait terakhir lagu itu dengan penuh emosi.
Lebih istimewa, pada penghujung persembahan, Irfan menyerahkan kunci kepada Fattah sebagai simbol penyerahan tanggungjawab seorang lelaki sebelum disampaikan kepada Amira, tanda restu sahabat baik terhadap perhubungan itu.
Ads
Hal inidisaksikan bapa Amira, Othman Abdul Kadir, 62, dan ibu, Nora Haji Arshad, 58, yang setia duduk di barisan penonton. Sorakan gemuruh hadirin mengiringi detik lamaran tersebut yang begitu mengejutkan ramai.
Ads
Didoakan agar rumahtangga yang bakal didirikan pasangan ini kekal hingga jannah. Tahniah buat Kak Long dan Abang Long yang menukar status rakan sekerja kepada rakan serumah selepas ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tragedi Dua Beradik Lemas Dalam Kereta: Bapa Ada 16 Rekod Jenayah, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes kematian dua beradik berusia enam dan lapan tahun selepas kenderaan yang dinaiki terhumban ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, pada Khamis kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan, siasatan membawa kepada penahanan ibu dan bapa kanak-kanak tersebut yang berusia 41 dan 46 tahun selepas keterangan mereka menimbulkan keraguan.
“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Ujian air kencing terhadap kedua-dua mereka didapati negatif, namun pemeriksaan terhadap kereta yang digunakan mendedahkan ia merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada tahun 2022,” katanya menerusi kenyataan rasmi pada Khamis.
Beliau menambah, pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.
Dalam pada itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-647 2222 atau pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Husairin Che Hussin di talian 012-965 4927.
Sebelum ini, media melaporkan kereta terbabit diletakkan di tebing sungai dalam keadaan enjin dimatikan sebelum ia dipercayai menggelongsor masuk ke dalam air. Difahamkan, ketika insiden berlaku, bapa mangsa keluar sebentar untuk merokok.
Dua beradik malang itu tidak sempat diselamatkan selepas dipercayai terperangkap di dalam kenderaan sebelum lemas, manakala ibu mereka yang berada bersama di dalam kereta sempat ditarik keluar oleh orang awam.
Raja Azura tak tahan sebak lihat anak-anak sarung jubah graduasi. Sebagai seorang ibu sudah pasti tidak dapat menahan air mata melihat anak-anak berjaya menamatkan pelajaran. Apatah lagi sebagai seorang ibu tunggal jerih perih dalam membesarkan anak-anak akhirnya terbalas.
Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku menarik nafas lega apabila impiannya untuk melihat anak-anak menyarung jubah graduasi tercapai.
Kak Engku juga sangat bersyukur selepas ketiga-tiga anaknya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), sekali gus menjadi hadiah paling indah dalam hidupnya sebagai seorang ibu tunggal.
“Alhamdulillah, bila tengok anak-anak berjaya, segala pengorbanan rasa berbaloi. Saya anggap saya lulus dalam ujian sebagai ibu tunggal.
“Tiada siapa yang menyokong kecuali doa kepada Allah SWT, emak, sepupu yang juga pengurus saya, dan keluarga terdekat,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.
Terbaru Kak Engku telah berkongsi gambar bersama tiga anaknya Megat Muhammad Raziq, 23; Megat Luqman Haqim, 22; dan Puteri Mia Maizura, 20, masing-masing bergambar dengan jubah graduasi. Malah dirinya turut mengatur sesi fotografi khas itu untuk mengabadikan momen berharga bersama ketiga-tiga anaknya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu dakwa anak kembar dilayan buruk oleh ibu tiri, “kena tidur luar rumah sebab buas. Luahan kekecewaan seorang ibu, Wana Talia di facebooknya meraih perhatian ramai apabila berkongsi nasib anak kembarnya yang tidur di kaki lima rumah atas dakwaan buas oleh ibu tiri yang menjaga dua beradik kembar berusia lapan tahun ini.
Mula viral semalam, Wana Talia berkongsi kesedihan hati melihat nasib anak kembarnya yang bukan saja tidur di kaki lima rumah sebaliknya makan dengan mata ditutup dan perlu menghabiskan kesemua makanan di dalam pinggan atas alasan tidak makan sayur. Kedua anak kembarnya ini dijaga oleh bekas suami yang sudah pun berkahwin baru.
Dalam hantaran penuh emosi, Wana Talia mendakwa anak-anak kecil itu dilayan tidak sepatutnya sehingga terpaksa tidur di kaki lima flat perumahan.
“Apa perasaan ampa kalau tengok benda ni jadi kat anak-anak hang pa. Apa dugaan Allah nak bagi kat hang pa wahai si kembar ibu. Ya Allah, bantu aku bangkit dan bersemangat Ya Allah. Saya memang tak sangka sampai tahap macam ni. Anak saya kot, bukan anak binatang buas. Mereka baru darjah dua. Jahat mana pun depa, mereka ada hati dan perasaan,” tulisnya sambil membuat emoji menangis.
Jelas Wana dia sebelum ini bukan sengaja membiarkan anak-anak kembarnya pada jagaan mak tiri tetapi keadaan hidup memaksa dia menyerahkan anak kembarnya itu pada jagaan bekas suami.
Menurut Wana Talia, ketika bercerai beberapa tahun lalu, dirinya rela melepaskan hak penjagaan kerana percaya kehidupan anak-anak lebih selesa bersama bapa mereka yang mempunyai rumah, pekerjaan tetap dan kenderaan sementelah dia sendiri tidak bekerja dan hidup susah.
“Masa tu saya fikir semua baik-baik saja. Saya ingat anak-anak bahagia dalam pelukan babah depa. Saya ingat mak tiri depa baik, masak bagi makan. Tapi rupa-rupanya anak saya tidur di kaki lima flat,” katanya.
Beliau menambah, keputusannya ketika itu dibuat kerana dirinya berada dalam keadaan susah dan tidak mampu.
“Masa tu saya jatuh terduduk, memang tak mampu. Tapi Allah saja yang tahu. Sekarang saya cuba bangkit semula untuk bela anak-anak dan menerima sokongan keluarga,” luahnya.
Mengakui ada bukti gambar mengenai nasib anaknya tidur di luar rumah dakwanya lagi ramai yang tahu perangai ibu tiri yang menjaga kembarnya ini.
“Saya memang tak sangka sampai tahap macam nie. Anak saya kot, bukan anak binatang buas. Depa ada hati dan perasaan. Baru darjah dua. Saya merayu, sujud awak Nani, jangan la buat bukan-bukan pada anak-anak ini. Saya sujud di kaki awak. Depa budak-budak lagi. Saya cuba bincang tapi pihak hang pa main tarik tali.
Sebaik berkongsi luahan ini, ia menarik perhatian ramai yang menyuarakan rasa simpati pada nasib kembar ini. Malah ada yang mendesak Jabatan Kebajikan Masyarakat turut padang menyiasat situasi sebenar.
Setakat ini, pihak bapa dan ibu tiri yang disebut dalam hantaran berkenaan belum memberikan sebarang kenyataan balas. JKM juga belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes ini. Bagaimanapun, menurut rekod, mana-mana pihak yang didapati mengabaikan kanak-kanak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, termasuk denda dan hukuman penjara. Kredit FB :- Wana Talia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rendam muka dalam air sejuk, bukan hanya kurangkan mata sembap tapi reset emosi. Masih ramai yang pandang remeh dengan tip ini tetapi sebenarnya merendam muka dalam air sejuk waktu pagi banyak manfaat.