Jadikan madu sebagai masker kalau nak kulit gebu pinkish.

Banyaknya khasiat madu untuk kecantikan. Ini petua popular orang lama untuk dapatkan kulit wajah yang gebu pinkish. Caranya senang je, sapukan madu pada seluruh wajah ( biasanya 15 ke 25 minit), apabila kering cuci dengan air perahan limau nipis atau lemon.

Guna air suam pun boleh juga. Amalkan petua ni dua ke tiga kali seminggu. Hasilnya, bukan je jerawat hilang tapi kulit jadi gebu pinkish.Kandungan antioksidan dalam madu melindungi kulit daripada jangkitan, dapat membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik merah serta jerawat.

Kulit Pinkish & Lambatkan Penuaan

Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, hasilnya anda akan tampak awet muda dan pinkish. Madu juga boleh dijadikan penyegar, caranya mudah campurkan teh lemon dan madu, sukatan sama rata.

Kemudian masukkan sedikit aiar, goncang sehingga sebati. Setiap kali selepas mandi, sapukan pada wajah dengan menggunakan kapas muka.

Awet Muda

Pengambilan madu sebagai suplemen harian memberi kesan yang sangat baik kepada kulit dan rambut. Kulit menjadi lebih segar, lembap dan cerah.

Manakala rambut pula lebih sihat, kuat dan berinar. Nutrisi yang terdapat di dalam madu seperti magnesium, potassium dan kalsium dapat membantu meremajakan kulit agar sentiasa tampak muda.

Sebagai Pencuci Wajah

Madu juga boleh dijadikan pencuci muka. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampur dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan lembap.

IKLAN

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/timun-letak-dalam-peti-ais-tempek-kat-muka-mujarab-hilangkan-blackhead/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Mengatasi Jerawat

Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Caranya mudah saja, sapukan madu pada bahagian yang berjerawat, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam, amalkan sehingga jerawat hilang.

IKLAN

Mencerahkan Kulit

Berendam dalam air campuran madu, susu dan minyak aromaterapi atau air mawar memberi anda ketenangan. Air rendaman yang kaya dengan khasiat ini membelai tubuh sambil merawat masalah kulit. Hasilnya kulit lebih cerah sekata.

Atasi Rambut Gugur

Bagi yang ada masalah rambut gugur, usah susah hati. Campurkan minyak zaitun dengan satu sudu madu dan satu sudu teh serbuk kulit kayu manis. Gaul sehingga sebati, kemudian sapukan pada kepala. Balut kepala dengan tuala selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Rambut akan menjadi lebih sihat dan kukuh.

Menyuburkan

Madu dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan rambut dan kulit kepala. Campurkan madu dengan minyak zaitun, kemudian sapukan pada rambut serta kulit kepala. Balut kepala dengan tuala, biarkan selama 30 minit. Selepas itu, syampu seperti biasa dan bilas sehingga bersih.

IKLAN

Bibir Merah Semula Jadi

Bibir merah bak delima pasti menjadi idaman setiap wanita. Namun tidak semua memiliki bibir seperti ini. Janganlah bersedih, ada cara untuk mencapai impian ini.

Sapukan madu setiap hari sebelum tidur, sebaik sahaja bangun pagi cuci dengan limau nipis atau air suam. Dalam masa seminggu sudah nampak perubahan positif, bibir menjadi lebih segar, lembap dan kemerahan.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI