Amalkan 10 Hal Ini Bagi Menghidup Sunnah Rasulullah SAW. Kedatangan Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC). Tema sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.
Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat Baginda. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.
Amalkan 10 Hal Ini Bagi Menghidup Sunnah Rasulullah SAW
Nabi Muhammad SAW yang merupakan makhluk terbaik di dunia telah diutuskan oleh ALLAH SWT bagi menyempurnakan akhlak melalui penyampaian dakwah Islam kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini.
Keperibadian Rasulullah sentiasa menjadi ikutan sepanjang zaman walaupun baginda tiada lagi di dunia ini. Namun, segala sunnah dan ajaran yang dititipkan sentiasa melekat dan menjadi pegangan oleh sekalian umat Islam.
Menrusi perkongsian, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah mengajak kita memulakan untuk amalkan 10 hal di bawah ini bagi menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.
“Hari ini, kita mulakan untuk amalkan 10 hal ini bagi menghidup sunnah Rasulullah SAW.
Makan ketika lapar, dan berhenti sebelum kenyang.
Membersihkan mulut dan bersugi. Terutama setiap kali selepas makan dan sebelum menunaikan solat.
Mendoakan orang yang memberi makan kepada kita.
Mengamalkan madu dan habbatus sauda.
Minum air dengan beberapa kali tegukan, bukan minum tanpa henti.
Menarik nafas ketika mula minum.
Tidak bernafas ataupun meniup ke dalam bekas minuman.
Tidur mengiring ke kanan.
Ambil wudhu’ setiap kali sebelum beribadah dan memastikan diri sentiasa bersih dan kemas.
Sentiasa bersabar, bertindak pantas dan tegas dalam membuat keputusan.
Kehebatan Rasulullah SAW bukan sahaja diperakui oleh kita semua, malahan tokoh barat juga mengangkat Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin paling berpengaruh dalam peradaban dunia.
Kalian boleh buat carian mengenai Michael H. Hart yang telah menyenaraikan Baginda Rasulullah dalam buku tulisannya 100: Kedudukan Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah.
Rasulullah SAW dianalisis sebagai satu model manusia yang memiliki kesempurnaan dari segenap sudut keilmuan yang boleh dijadikan rujukan terperinci.
Sempena Maulidur Rasul hari ini, kita sambut dan raikannya dengan mengamalkan semua sunnah Rasulullah SAW. Kita ubah yang simple namun impaknya besar dalam hidup.
Salam Maulidur Rasul 1444H buat semua anak cucu dan sahabat Tok Abah ya.
Rindunya kita pada Rasulullah SAW,” kongsi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Mingguan Wanita : Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad SAW.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ada segelintir suami, bila isteri bekerja, suami terus lepas tangan. Salah perbuatan ini jika pasangan atau isteri tak redha kerana tanggungjawab jatuh pada suami. Jangan main-main bab nafkah zahir ini takut suami muflis di akhirat kelak.
Jangan bila isteri tak bersuara, suami ambil mudah dan lepas tangan. Lebih teruk bila serahkan segala hal atas bahu isteri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirinini dan hadam baik-baik.
Jangan Lepas Tangan
“Kesilapan” yang perlu diperbaiki…
Bila isteri bekerja, bila isteri ada pendapatan, suami terus lepas tangan…
Barang dapur isteri beli, yuran sekolah anak isteri bayar, minyak kereta isteri isi, makan minum pakai isteri pun dia tanggung sendiri… Asbab dia ada duit…
Sampai Pasangan Tak Redha
Salah ke? Tak salah andai dia redha, dia izinkan. Dia memang rela dengan sendirinya untuk tanggung apa yang sepatutnya ditanggung suami.
Untuk bayar apa yang sepatutnya dibayar suami, untuk beli apa yang sepatutnya dibeli suami…
Jika dia tak redha? Malah, jika dia rasa terbeban? Jika dia rasa dipergunakan disebabkan dia ada pendapatan bulanan, suami terus lepas tangan dan “BIARKAN” dia gunakan pendapatannya sendiri, maka suami dah pun “BERHUTANG” dengan isteri sendiri…
Hutang nafkah zahir… Perkara dan urusan yang sepatutnya berada di bahu suami, kini di bahu isteri asbab dia ada pendapatan…
Hanya disebabkan terma dia “ada duit sendiri”, maka suami berterusan menggunakan terma tu dalam urusan rumah tangga…
“Awak kerja kan… Awak ada duit kan… Belilah sendiri…”
Isteri ini, berkerje atau tak, berniaga ke tak, ada pendapatan atau tidak, tetap di bawah tanggungan suami…
Tetap, wajib, tidak ada syarat bila dia ada pendapatan, maka suami sudah boleh lepas tangan…
Tanya isteri, dia redha dan rela atau tidak pendapatannya digunakan untuk tujuan tersebut… Kita tak nak berhutang dengan isteri sebab kita boleh “muflis” diakhirat kelak jika isteri tuntut semua yang dia tanggung didunia ini…
Tuntutan terhadap “Hutang yang tak nampak”…
MW: Peringatan buat suami, jangan anggap anda terlepas menanggung segala nafkah zahir isteri di dunia, anda selamat. Tunggu di akhirat kelak, silap-silap bab nafkah atau hutang yang tak nampak ini membuatkan ayah-ayah muflis di akhirat kelak.
Setelah melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini akhirnya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akhirnya membenarkan masjid dan surau terpilih untuk menunaikan solat jemaah. Namun ianya perlu mengikut garis panduan dan sop yang telah ditetapkan.
Solat Jemaah Di Surau Terpilih
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi kebenaran kepada masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibuka bagi menunaikan solat Jumaat dan berjemaah termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula hari ini.
Pengarahnya Mohd Ajib Ismail berkata, ia berdasarkan pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 14 Mei lalu melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Tertakhluk Kepada Bilangan Jemaah
Katanya, ketetapan ini juga dibuat susulan pengumuman kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga 9 Jun depan.
Menurutnya, kebenaran itu adalah tertakluk kepada bilangan jemaah tidak kurang daripada tiga orang dan tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa yang akan ditentukan Jawatankuasa Masjid dan surau.
"Kebenaran ini juga tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
"Jawi juga ingin mengingatkan agar segala garis panduan dan SOP berkaitan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan kebenaran bersyarat ini ditarik semula," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, umat Islam diharap dapat meningkatkan amalan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 dalam negara segera berakhir.
Sumber: Harian Metro
MW: Biarpun solat jemaah telah dibenarkan di masjid dan surau tertentu, namun diharap kita semua menjaga keselamatan dan kesihatan diri masing-masing. Ambil langkah pencegahan sebaik mungkin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pengasas program motivasi kontroversi eHati dan kaunselornya dikenakan waran tangkap eHati selepas kedua-duanya gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu bagi prosiding pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Siti Zaama (kanan) didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Rabu kerana mendedahkan anggota badan sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina, dalam satu program motivasi, dua bulan lalu.- Sinar Harian
Perintah waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Dr Zainal Abidin Kusmin selepas menerima permohonan daripada Pendakwa Syarie, Husaini Roslin terhadap dua individu terbabit iaitu Nur Diyanah Md Tahir dan Zatul Asmah Mat Isa.
Penjamin Dipanggil Beri Penjelasan
Dalam prosiding berkenaan, mahkamah turut memanggil rakan kepada Nur Diyanah yang bertindak sebagai penjamin bagi memberikan penjelasan mengenai ketidakhadiran wanita itu. Menurut saksi tersebut, bantuan yang diberikan hanyalah atas dasar simpati kerana keluarga tertuduh tidak datang membantu.
Katanya, “Saya berkawan dengan dia sejak 2021 tapi tidak pernah ke rumahnya,” sambil memaklumkan dirinya bekerja sebagai seorang doktor. Penjelasan itu menimbulkan persoalan lanjut mengenai hubungan penjamin dan tertuduh berikutan kes waran tangkap eHati terus mendapat perhatian masyarakat.
Susulan kegagalan hadir itu, mahkamah mengarahkan pihak berkuasa membuat semakan dengan Jabatan Imigresen terhadap pengasas program motivasi berkenaan yang beralamat di Damansara. Selain itu, hakim turut memberi kuasa kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam untuk menahan kaunselor terbabit yang merupakan pegawai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di utara Semenanjung dan beralamat di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 5 Mac tahun hadapan bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa melengkapkan tindakan susulan berkaitan waran tangkap eHati tersebut.
Laporan Sebelum Ini Mengenai Lokasi Pengasas eHati
Pada 14 November lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa pengasas motivasi eHati itu dan suaminya dipercayai telah meninggalkan negara sebelum hadir dalam prosiding pertuduhan. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menjelaskan bahawa lokasi pasangan itu telah dikenal pasti di sebuah negara dalam kawasan Asia Tenggara. Perkembangan tersebut menguatkan lagi kepentingan pelaksanaan waran tangkap eHati.
Kes ini berpunca daripada laporan polis berhubung satu program motivasi rumah tangga yang didakwa mempunyai unsur songsang serta bertentangan dengan ajaran Islam. Program berkenaan berlangsung pada September tahun lalu di sebuah pusat konvensyen di sini dan mengundang kontroversi selepas dakwaan peserta tular di media.
Ekoran laporan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan semua maklumat yang diterima adalah sahih agar tindakan yang diambil tepat dan selari dengan undang-undang berkuat kuasa.
Pengeluaran waran tangkap eHati terhadap pengasas dan kaunselornya menandakan kes ini masih aktif dan memerlukan tindakan lanjut pihak berkuasa. Dengan tarikh sebutan baharu telah ditetapkan, masyarakat menantikan perkembangan seterusnya bagi mengetahui hala tuju prosiding serta hasil siasatan pihak berwajib.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.