Berita

“Allahyarham Suhaimi Pesan Suruh Anak-Anak Jaga Saya, Jika Ajal Menjemputnya” Ina Naim

Share

“Allahyarham Suhaimi pesan suruh anak-anak jaga saya jika ajal menjemputnya” itulah antara luahan Ina Naim tatkala bercerita tentang suaminya, Allahyarham Suhaimi Saad.

Semalam Mohd Suhaimi Saad yang juga bekas anggota Kumpulan In-Team menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 petang di Hospital Sultan Ismal (HSI) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Jenazah Mohd Suhaimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara pada pagi Khamis.

“Allahyarham Suhaimi Pesan Suruh Anak-Anak Jaga Saya”

Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Harian, Ina memberitahu suaminya sempat berpesan pada anak-anak agar menjaganya.

“Allahyarham juga pesan suruh anak-anak jaga saya jika ajal menjemputnya, saya juga diminta menjaga anak-anak,” katanya.

Pemilik nama sebenar Nordiana Mohd Naim, 39 yang juga isteri kepada Allahyarham Suhaimi  menyatakan arwah suami dan anak-anak sempat bermaafan sebelum mereka sekeluarga pulang ke Johor pada minggu lepas.

“Semasa dalam keadaan Allahyarham sakit, kami telah bermaafan sebelum saya membawa Allahyarham pulang ke Johor,” katanya.

Sumber Foto : Sinar Harian

Pegang Teguh Kepada Suruhan Allah, Al-Quran & Hadis

Bukan itu saja suaminya juga pernah berpesan agar anak-anak berpegang teguh kepada suruhan ALLAH, al-Quran dan hadis.

“Biasanya kami akan bersembang sekeluarga.

“Allahyarham ada cakap sudah selesai tanggungjawabnya mengajar kamu (anak-anak) mengenali ALLAH, al-Quran dan hadis.

“Pegang kuat-kuat (tiga perkara ini),” ungkap Ina.

Untuk rekod Suhaimi berkahwin dengan Nordiana Mohd Naim, 39, pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15; Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Baca Disini : Suami Ina Naim, Suhaimi Saad Meninggal Dunia

Suami Ina Naim, Suhaimi Ditidurkan & Bergantung Bantuan Pernafasan Di ICU

 

Foto : Sinar Harian

Sumber & Foto Kredit : Sinar Harian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

IKLAN