Saat pelakon Datuk Fizz Fairuz teruja berkongsi rasa gembira yang dirinya bakal menimang cahaya mata ke-empat, namun kebahagiaan itu diragut apabila isterinya, Almy Nadia keguguran.
Sebelum ini Fizz berkongsi rasa teruja jika kali ini Allah kurniakan dia anak lelaki sementelah telah memiliki tiga anak perempuan. Ternyata, Allah lebih sayangkan bayi yang dikandung isterinya, Almy. Biar pun sedih, Fizz redha jika ini ketentuan-Nya.
AL-FATIHAH… Terima kasih Allah bagi kami 14 minggu bersama baby ke-4 saya dan @almynadiaofficial .. Allah lebih sayangkan kamu anak ku…
Papa redha… Papa tak nak nangis, sebab papa kuat… Amin… Semoga Allah jaga kamu ye anak ku… Al-fatihah…
Ads
Ketika Fizz berkongsi berita duka ini, ramai peminat dan rakan artis mengirimkan ucapan takziah buat pasangan ini. Bukan mudah kehilangan bayi yang meninggal dalam kandungan.
Ads
Sebelum ini, Fizz berkongsi perasaan terharu pabila isterinya disahkan mengandung. Sumber: Instagram.
Pasangan ini sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Ayra, 2, selain anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11. Fizz dan Almy Nadia telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
MW: Semoga Fizz dan Almy Nadia kuat menerima ujian ini. Tentu ada hikmah di sebalik segala yang berlaku, insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sejak malam semalam, rakyat Malaysia menanti perkembangan berita pergolakan politik negara dengan penuh debaran. Kejutan demi kejutan, diterima rakyat dan tentunya petugas media inilah antara yang tak tidur malam, memberikan lintas langsung dari masa ke semasa.
Memahami kesukaran, petugas media ini yang berkampung di dua pintu di Istana Negara, wakil Istana menghantar bungkusan makanan segera, ayam goreng KFC kepada orang-orang media sambil diiringi pengawal bersenjata yang bertugas.
Kira-kira 50 petugas media terlibat secara langsung dalam liputan ini untuk hari ini sejak pagi. Kotak ayam KFC itu, diberikan oleh Setiausaha Sulit Bersara (R) Datuk Nazin Mohd Alim kepada wakil media di dua pintu Istana Negara pada petang tadi.
Tentunya kemurahan hati pihak Istana Negara ini memberi keceriaan kepada petugas media yang tidak pernah jemu memberikan berita tepat lagi mutakhir berhubung krisis perlembagaan negara ini.
Sebenarnya, sejak petang semalam pengamal media ini sudah berkampung di Istana Negara, selepas desas desus pertukaran kerajaan tercetus.
Terima kasih team istana bagi kfc! Hargai dan perihatin dengan kami para pengamal media! pic.twitter.com/sg1rs4mSLZ
Malah ada petugas yang menahan lapar demi membuat liputan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Istana Negara. .
Dr Mahathir yang tiba pada jam 4.40 petang tadi dengan Proton Perdana masih berada dalam istana bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.
MW : Apa pun situasi politik negara ketika ini, semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman. MW aminkan doa yang ditulis sendiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ini.
Diam tak diam, pelakon Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 40 bakal menerima kehadiran cucu sulung. Anak perempuan sulungnya, Andriana Balqis yang mendirikan rumah tangga sebelum ini, akan melahirkan cahaya mata pada bulan April nanti.
Menerusi instagramnya, Enot meluahkan rasa teruja dengan kehadiran cucu sulung yang dipanggil dengan nama timangan #budakcheese.
Katanya, “Besar dah perut kakak. Lagi 2 bulan jer nak bersalin. Dua bulan jugaklah aku bakal ada cucu. Dapat cucu pun kira rezeki. Untung orang kata aku muda dah rasa ada cucu.
“Esok cucu aku 20 tahun aku baru 62 tahun. In sha Allah, semoha Allah panjangkan umur aku. Aku panggil cucu aku #budakcheese sebab hari-hari dia mengidam makan #burncheesecake. Yelah dia lahir tahun tikus lah plak, memang hantu cheeselah.”
“Alhamdulillah dia belum keluar lagi, macam-macam orang bagi kat dia. Murah rezeki.. sebab tu orang kata setia kita yang hidup, Allah dah sediakan rezeki untuk kita. Rezeki macam-macam bentuk Allah bagi. Betul tak? So, korang mane nak wat review baju baby ke barang-barang baby ke bole lah dm tokmamok. Dia ok.. hahaha gitew.”
“Apa pun memang super excited nak tunggu dia keluar. Semoga Allah permudahkan segala-galanya.. Aamin..”
Kata Enot lagi, “terkezut cucu tokmok dalam perut ni dengar tokmok bebel-bebel satu hari. Tak apa malam karang tokmok buat #burncheesecakeenotstyle yeh untuk #budakcheese kasi upah.”
“Cepatlah keluar boleh jadi tukang dengar tokmok membebel. Tak sabar tunggu #budakcheese keluar. Tokmok bagi dia makan banyak-banyak, bagi bam-bam, gebu-gebu, shantik shantik. Kalau tak tokmok tak kisah pun gemuk ke kurus ke tapi sebab lutut ni makin berat jadi kenalah turun kan berat untuk kesihatan.
“Sebab gemuk is Always seksi for me walaupun one day akak tak bam-bam lagi but akak suka orang bam-bam sebab diaorang ni cantik-cantik dan gebus-gebus sweet. Tapi kalau korang ada problem kesihatan u have to lah turunkan sikit berat badan. Bukan untuk sapa-sapa, untuk diri kita sendiri hokey! love u all! love my #budakcheese .”
Enot yang merupakan seorang ibu tunggal juga mempunyai seorang lagi anak, Ariana Qaseh Qistina.
Betapa rapatnya anggota kumpulan lawak Bocey ini antara satu sama lain; Fad, Achey dan Allahyarham Abam. Bila mana berita pemergian Abam sampai ke pengetahuan teman baik ini, dan ketika itu Fad Bocey sedang berada jauh di bumi Jepun… bayangkan perasaan kejauhan itu.
Tentunya, sukar amat untuk diluahkan. Begitulah kegetiran yang dilalui Fad pagi ini apabila tidak dapat berada di sisi sahabat, arwah Abam di saat-saat akhirnya. Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam yang ketika ini bercuti dengan keluarganya di Tokyo, Jepun.
Menitis air mata Fad, terlalu sebak terkenangkan arwah. Luah Fad dalam sebak, “Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, innalillahiwainnailaihirojiun.. kenapa kau pergi dulu bam? kenape tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kauuuuuuuuu.”
Lebih menyayat hati apabila Fad turut berkongsi paparan skrin dengan kata-kata, “Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir, maafkan akuuu..”
Sebaik mendapat perkhabaran duka itu, dia dah isteri, sudah berusaha mendapatkan tiket penerbangan awal pulang ke tanahair.
Sayangnya, tiket paling awal malam ini. Bermakna mereka sekeluarga akan sampai esok pagi. “Jika pulang sekali pun, saya tak dapat menatap wajah arwah Abam buat kali terakhir.”
Kehilangan mengejut pelawak Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32 dipercayai akibat demam panas, kira-kira jam 7 pagi tadi amat dirasai rakan-rakannya ini.
Malah, rakan-rakan artis yang pernah merasai kemesraan, kehangatan lawak lucu dan kebaikan arwah tidak dapat menahan sebak. Berkongsi sama momen-momen sewaktu hayat arwah masih ada.
Tahun lalu, seorang lagi anggota Bocey, Achey atau nama penuhnya, Mohd Nasir Hamzah, 32 pernah berkongsi ucapan hari lahir untuk Abam yang jatuh pada 19 Januari.
Dalam ruangan komen, Allahyarham memberi maklumbalas agar sahabat-sahabatnya itu akan mengurus pengebumiannya apabila dia meninggal dunia.
Sungguh, dalam gurauan itu rupanya selepas setahun, tuhan benar-benar ambil kembali Abam pulang ke perkampungan abadi.
Tulis Allahyarham dulu, “Tq sahabat.. Love u so much.. semoga kite kekal sampai mati @fadbocey @acheykintangkintung kalau aku mati tolong kebumikan aku tau.”
MW : Mendoakan semoga Fad dan Achey kekal tabah menerima berita mengejutkan kehilangan sahabat baiknya ini. Semoga Bocey tidak putus semangat untuk terus berkarya. Al Fatihah.. tempatkan Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan di kalangan orang-orang yang beriman.