Ads

Aliff Aziz Jelaskan Isu Gambar Dalam Frame Ditutup, “Umi Bukan Sengaja.”

Aliff Aziz

Sebelum ini tular video ketika Aliff Aziz makan biskut raya bersama ahli keluarganya dan netizen ternampak frame gambar wajah bekas isterinya, Bella Astillah ditutup.

Aliff Aziz Jelaskan Isu Gambar Dalam Frame Ditutup

Aliff Aziz Jelaskan Isu Gambar Dalam Frame Ditutup, “Umi Bukan Sengaja.”

Hal ini menjadi komen dan persoalan kepada sesiapa sahaja yang melihat, namun apabila ditanya penyanyi dan pelakon lelaki ini, dia memilih untuk tidak mencampuri urusan hiasan dalaman kediaman ibu bapanya.

Memilih untuk tidak mengulas lanjut berkaitan isu tersebut selain mempertahankan ibunya, Siti Hafiza Basharahil dengan menyatakan bahawa visual tersebut muncul tanpa disengajakan ketika sedang merasa kuih raya.

Aliff Aziz Jelaskan Isu Gambar Dalam Frame Ditutup, “Umi Bukan Sengaja.”

Sekali lagi, ini adalah perkara yang saya rasa tak sesuai untuk dikongsi. Itu adalah rumah mak ayah saya, terpulanglah kepada mereka apa hiasan yang mereka nak letak dalam rumah.

Ads

“Umi (ibu) saya bukan sengaja, masa itu tengah buat reviu makan dan mungkin ramai orang yang ada masa untuk ‘freeze frame’ dan sebagainya.

“Saya tak boleh komen banyak sebab dalam rumah mak ayah saya,” katanya.

Fokus Baiki Diri

Aliff Aziz Jelaskan Isu Gambar Dalam Frame Ditutup, “Umi Bukan Sengaja.”

Ads

Pelantun lagu Sayang Sayang itu menegaskan enggan membiarkan komen negatif mengganggu fokus utamanya ketika ini.

“Setiap orang ada persepsi masing-masing. Kalau saya nak buat sesuatu dalam hidup mengikut kata orang, maka saya akan berada di tahap itu sahaja.

“Saya sudah melakukan banyak perkara bodoh dalam hidup saya. Jadi sekarang ini saya perlu fokus untuk perbaiki diri,” ujarnya.

Ads

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan beberapa keping foto keluarga di kediaman ibu bapa Aliff di Singapura yang didakwa menutup bahagian wajah Bella Astillah.

Perkara tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati dan berang dalam kalangan peminat Bella yang menyifatkan tindakan Hafizah sebagai keterlaluan.

Untuk rekod, Aliff sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Dayang Nabellah Awang Astillah pada 9 September 2016 namun bercerai pada 13 Jun 2024 selepas mendakwa bekas suaminya itu curang sebanyak 11 kali.

Gambar: Aliff Aziz

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

pelajar malaysia

Ramai Tak Tahu Algeria Guna Bahasa Perancis, Pelajar Malaysia Ini Kongsi...

Kisah pelajar Malaysia dari Terengganu ini menyambut Hari Raya di Algeria. Pengalaman raya jauh dari keluarga penuh pengorbanan dan kekuatan.