Sutradara terkenal Erma Fatima semalam memaklumkan biar apa pun yang orang lain perkatakan tentang pelakon Iqram Dinzly, dirinya tetap tidak percaya. Bagi pengarah dan pelakon drama bersiri Mak Cun ini, Iqram hanya sedang membuat satu persembahan panggung untuk menjadi tontonan kepada siapa pun.
Sejak beberapa hari lalu, pelakon tampan Iqram Dinzly yang kelihatan semakin kurus ini membuat pelbagai aksi pelik di laman instagram miliknya. Ternyata apa yang dipersembahkan itu, mendapat pelbagai reaksi netizen.
Ada yang menganggapnya Iqram sedang berhadapan masalah depression, tak kurang juga yang mengecamnya. Mereka meminta agar Iqram dirawat segera. Iqram juga menyelar mana-mana pihak yang menuduhnya berhadapan masalah kejiwaan. Dia juga mengakui apa yang dipersembahkan itu cumalah strategi pemasaran. Ibu Iqram juga mengakui yang anaknya itu masih normal.
Ads
Kau Masih Iqram Dinzly Yang Aku Kenal Dulu
Begitu juga dengan Erma Fatima. Baginya Iqram Dinzly, pelakon yang dipanggilnya ‘Adik’ ini tetap Iqram Dinzly yang dikenali dulu. “AKU TAK PERCAYA! Biar apa pun kata mereka…aku tetap tak percaya. Dimana jua kau berada dik…akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan.
“Setiap kali akak tengok video live kau…setiap kali itu hati akak yakin…kau sedang membuat satu persembahan di atas panggung untuk kami melihat diri kami.”
Ads
“Maki hamun..keji mengeji itulah KITA.
“Terima kasih dik kerana mengingatkan KAMI tentang DIRI KAMI.
Ads
“Akak PERCAYA..akak PERCAYA…Kau masih Ikram Dizly yang aku kenal dulu.”
Hakak suka semangat positif yang Erma Fatima kongsikan ini. Marilah kita hidupkan semangat berkasih sayang. Dan ingatlah sebelum menulis atau melemparkan komen ingatlah hati dan perasaan orang lain.
Sebab Allah sayang, kita yang menyayangi hambaNya yang lain. Iqram Dinzly juga manusia dan punya hati dan perasaan.
[VIDEO] Raptai penuh Hari Kemerdekaan dicemari insiden Jalur Gemilang di pentas utama dipasang terbalik. Bendera adalah jati diri negara. Ia melambangkan kemerdekaan yang dicapai melalui air mata dan darah yang mengalir bukan sedikit dilakukan oleh nenek moyang kita suatu ketika dahulu. Tidak hanya berperang dengan penjajah tetapi turut “berlawan” dengan pengkhianat dalam negara yang wujud yang tidak mahu negara mencapai kemerdekaan.
Dalam perang, bendera jadi panji. Kalau tangan kanan putus dipenggal, tangan kiri yang sambut. Kalau kedua tangan dipenggal, wajib diangkat dengan gigi. Pasti, panji jangan biar jatuh. Itulah nilai sehelai kain yakni bendera negara.
Tidak kira tua muda atau anak kecil, wajib diajar bahawa bendera wajib dipertahankan sampai bila-bila kerana ia mewakili maruah negara yang kita sayangi iaitu Malaysia.
Memandangkan sudah dua tahun kita semua tidak menyaksikan perarakan hari kemerdekaan dengan meriah kerana penularan wabak Covid-19, tahun ini bagi sambutan kemerdekaan yang ke 65 ia diadakan secara besar-besar dan orang ramai tidak sabar menantikannya.
Bahkan raptai penuh turut diadakan dalam beberapa hari ini dan ramai yang teruja menantikannya.
Namun semalam, bagi raptai penuh sambutan hari kemerdekaan dengan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama dicemari insiden Jalur Gemilang di pentas utama dipasang terbalik dari satu video dikongsikan di fb Basri Hj Malek.
Ternyata ia sangat mengejutkan kerana kedudukan Jalur Gemilang itu betul-betul di hadapan pentas utama yang menempatkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan barisan kehormat Menteri-Menteri Malaysia.
Adakah ia tidak sengaja? Disengajakan? Atau ada signal-signal tertentu yang ingin dimaklumkan?
Sebagai makluman, pemasangan Jalur Gemilang terbalik adalah pengkhianatan pada negara dan boleh di penjarakan menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya, selain turut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.
Semoga sambutan hari kemerdekaan kita disambut esok mampu menanam semangat bahawa kita semua mencintai negara berdaulat ini tanpa mengira agama atau kaum.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada pelakon kecil molek, Sari Yanti yang mengumumkan dia kini sedang hamil enam bulan.
Berita gembira itu Sari Yanti kongsikan menerusi postingnya di akaun Instagram sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama pelawak, Jep Sepah.
Foto: Instagram
Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari mendirikan rumah tangga bersama Jep pada 25 Februari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Dariya Inara yang kini berusia hampir dua tahun.
Foto: Instagram
Menerusi postingnya juga, Sari Yanti mengharapkan ikatan perkahwinan yang dibina akan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.
Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat. amin ❤ .
.
Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru .. insyaallah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga 🤗
.
Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary 💋❤
.
Nota kaki : my 6th pregnancy. #6monthpregnant
Hasil perkahwinan terdahulu, Sari Yanti dikurniakan dua anak iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. Foto: Instagram
Rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan berdoa agar kebahagian mengiringi pasangan ini selamanya. Insyallah.
MW: Semoga Sari Yanti dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilannya kali ini. Dalam masa yang sama, Allah mempermudahkan urusan hariannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Viral akak pecahkan kereta, ada sebab mengamuk kerana pemilik asal tak bayar pinjaman ke bank.
Semalam tular di media sosial satu keluarga bertindak memecahkan cermin kereta selepas kenderaan tersebut cuba ditarik kerana sudah ada tunggakan lapan bulan. Ramai yang bertindak mengecam tindakan bodoh wanita ini kerana menurut mereka, walau kereta dijahanamkan hutang tetap kena bayar.
Viral Akak Pecahkan Kereta
Pada masa sama, ada dalam kalangan warga maya yang mendakwa, tindakan drastik wanita itu berpunca daripada kegagalan melunaskan bayaran ansuran selama lapan bulan, menyebabkan pihak bank mengarahkan kenderaan tersebut ditarik.
Namun sehari selepas kejadian ini, ia membongkar satu sisi lain di mana perbuatan tersebut dibuat kerana mereka sekeluarga sebenarnya sudah membayar pinjaman setiap bulan namun pemilik asallah yang sebenarnya tidak menjelaskan pinjaman tersebut ke bank kerana ia merupakan kenderaan sambung bayar.
Mungkin ramai yang telah mengecam tindakan mereka sekeluarga tanpa mengetahui plot twistnya. Dan ia juga sebenanrya satu peringatan juga buat mereka yang memiliki kereta sambung bayar kerana inilah risiko terpaksa dihadapi.
Risiko beli kereta sambung bayar
Kereta sambung bayar atau sambung bayar kereta merupakan salah satu cara pemilik kenderaan menjual kereta kepada pembeli tanpa membuat pindahan hak milik kenderaan di JPJ atau membuat pinjaman bank. Kebanyakan pemilik kereta jual kereta sambung bayar kerana tidak dapat melangsaikan tunggakan pinjaman bank atau tidak dapat meneruskan ansuran bulanan seperti dijadualkan. Ia sekali gus mengelakkan nama disenarai hitam atau nama kena black list.
Undang-undang Sambung Bayar Kereta
Secara amnya, proses sambung bayar kereta adalah salah di sisi undang-undang. Ia tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967 sambung bayar seperti berikut:
Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967 – Ia menjadi kesalahan bagi sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya. Jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara kurang daripada 3 tahun, atau kedua-duanya.
Seksyen 46 Akta Sewa Beli 1967 – Sesiapa yang bersalah melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara kurang daripada 6 bulan, atau kedua-duanya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...