Bila sebut bab akseskori, wanita sememangnya punyai pelbagai koleksi aksesori yang dipadankan dengan gaya tersendiri.
Musim ini, Pandora ME yang terkenal dengan motif simboliknya memperkenalkan empat medallion baharu yang menekankan elemen spiritualiti seperti kekuatan dalaman, kuasa, keseimbangan, dan transformasi, menghubungkan budaya melalui simbolisme yang abadi.
Peringatan Peribadi Penuh Maksud
Setiap medallion ini mempunyai mantra di bahagian belakang, berfungsi sebagai peringatan peribadi tentang maksudnya. Reka bentuknya menggabungkan simbolisme kuno dengan gaya moden, menawarkan pendekatan baru dalam perhiasan spiritual.
Mengembangkan koleksi pesona mereka, Pandora ME juga memperkenalkan medallion baharu, mini dangle, dan pemegang pesona. Medallion dengan Mantra ini menampilkan makna mistik dan mantera yang menginspirasi, manakala mini medallion Emotions Set in Stone diilhamkan oleh batu permata semula jadi, menambah warna dan simbolisme pada penampilan anda.
Ads
Terokai kekuatan simbolisme dan spiritualiti bersama kami di semua kedai Pandora.
Sisi Gelap Koleksi Disney
Selain itu, Pandora turut menampilkan pelancaran Koleksi Disney Villains, menandakan kali pertama Pandora menampilkan sisi gelap daripada kisah-kisah kegemaran Disney. Koleksi ini menawarkan perspektif baharu terhadap watak-watak jahat yang kita benci, dengan tema “Saya bukan jahat, saya cuma disalahertikan.”
Ads
“Saya bukan jahat, saya cuma disalahertikan.”
Koleksi ini menangkap inti pati watak-watak ikonik ini sebagai figura yang lebih kompleks, dengan latar belakang yang membentuk tindakan mereka. Dua charm watak yang boleh dikumpul dan diilhamkan daripada Disney: Maleficent yang misteri dan Cruella De Vil yang bergaya menjadikan penampilan wanita penuh misteri.
Selain itu, koleksi ini turut menampilkan reka bentuk dengan motif daripada Ratu Jahat dalam Snow White dan Queen of Hearts dari Alice in Wonderland.
Disney Villains Evil Queen Apple Dangle CharmDisney Villains Cruella De Vil Charm
Penjahat yang pelbagai dimensi ini, dengan kualiti yang menarik dan boleh dikaitkan, pasti akan memikat hati peminat dan pengumpul. Koleksi Disney Villains kini boleh didapati di semua kedai Pandora. Temui kerumitan di sebalik watak-watak jahat ini dan raikan kisah mereka bersama Pandora.
Permulaan tahun baharu menyaksikan Samsung memperkenalkan peranti pintar kelas perdana baharu mereka iaitu generasi Galaxy S24 yang dilengkapi dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI).
Teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) yang dulunya hanya diimaginasikan dalam filem barat kini sudah pun berada di alam nyata. Malah sejak setahun yang lalu ia semakin diguna pakai untuk memudahkan pelbagai aspek kehidupan.
Peranti untuk kelas Galaxy S24 Ultra dibina menerusi binaan titanium sekali gus menjadikan peranti berkenaan lebih ringan serta tahan lasak.
Pengenalan kefungsian AI berkenaan menjadikan Samsung S24 adalah peranti pintar pertama yang melakukan integrasi penuh untuk AI serta ia memudahkan pengguna sama ada untuk melakukan carian gambar atau terjemahan masa nyata. Menerusi pengenalan generasi baharu berkenaan, siri Galaxy S24 didatangkan dengan tiga variasi iaitu Galaxy S24, S24+ dan S24 Ultra.
Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics, TM Roh berkata, AI memperkasa hampir setiap pengalaman dalam siri Galaxy S24, daripada membolehkan komunikasi tanpa batasan menerusi terjemahan teks dan panggilan secara pintar kepada memaksimumkan kebebasan kreatif dengan kefungsian ProVisual Engine Galaxy dan menetapkan standard baharu untuk carian di atas talian yang akan mengubah cara pengguna Galaxy menjelajahi dunia di sekeliling mereka.
“Siri Galaxy S24 mengubah cara kami berhubung dengan dunia dan menyemarakkan inovasi mudah alih untuk dekad seterusnya.
“Galaxy AI dibina atas warisan inovasi dan pemahaman kami yang mendalam terhadap cara orang menggunakan telefon mereka. Kami bersemangat untuk melihat bagaimana pengguna kami di seluruh dunia memperkasakan kehidupan seharian mereka dengan Galaxy AI untuk mengorak kemungkinan baharu,” katanya.
Menyentuh soal spesifikasi untuk Galaxy S24 Ultra, skrin peranti ini didatangkan dengan saiz skrin 6.8 inci dengan skrin paparan Dynamic LTPO AMOLED 2X bersama kadar segar semula 120Hz serta kecerahan 2600 nits.
Peranti Galaxy S24 Ultra ini masih mengekalkan tetapan empat lensa dengan keupayaan sensor 200 megapiksel (MP) sebagai lensa utama untuk merakam gambar jelas serta terperinci.
Antara ciri-ciri lain Peranti Galaxy S24 Ultra termasuklah:
Lensa kedua berkeupayaan untuk 50MP dengan periskop telefoto bersama-sama dengan 10MP telefoto dan 12MP sudut ultra lebar.
Berkeupayaan untuk merakam video 8K dengan kadar bingkai sesaat (FPS) 24 atau 30 manakala untuk rakaman 4K adalah 30 hingga 120FPS.
Kapasiti bateri pula 5,000mAh dengan pengecas pantas 45W, 15W pengecas tanpa wayar dan 4.5W pengecas tanpa wayar berbalik.
Tanda harga untuk Galaxy S24 Ultra dengan storan 256GB bermula RM6,299, Galaxy S24+ (RM4,899) dan Galaxy S24 berharga RM4,099.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kaum wanita seringkali dikaitkan dengan golongan yang sangat obses untuk memiliki kulit wajah yang anjal, cerah, tiada masalah pigmentasi, kekal lembab dan cantik berseri. Cemburunya rasa dalam hati bila melihat wanita lain memiliki kulit wajah yang anjal,cerah, kekal lembap dan cantik berseri-seri berbanding kulit wajah sendiri.
Apalah agaknya rahsia kecantikan yang diamalkan. Sebenarnya nak kulit wajah cantik tak susah mana pun, paling penting disiplin dan jangan malas-malas. WAJIB ikut 5 perkara asas yang dikongsikan dibawah ini.
Minum Air Secukupnya
Paling utama, cara paling mudah untuk wajah kekal lembap dan berseri adalah minum air kosong secukupnya. Ia perkara yang paling senang tapi paling susah jika nak cukupkan keperluan 3L sehari.
Ini kerana setiap 25kg badan manusia memerlukan 1L air setiap hari. Jika berat badan 50 kg maka keperluan air anda sehari adalah 2L. Jadi kiralah sendiri keperluan air ikut berat badan masing-masing.Minum air juga boleh membuang toksin dari badan, malah ia juga adalah kunci utama untuk menjana sel-sel baru.
2. Rajin Buat Rawatan Semula Jadi
Nak cantik kena rajin usaha. Salah satunya juga dengan rajin membuat rawatan kecantikan sendiri menggunakan bahan-bahan semula jadi. Boleh cuba macam-macam petua kecantikan wajah yang ada.
Antaranya cuci muka dengan air beras untuk cerahkan kulit wajah, sapu muka dengan lendir lidah buaya untuk anjalkan kulit muka, Sapu muka dengan pes buah tomato untuk merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam, serta macam-macam lagi. Nak hasil yang berkesan kena konsisten iya!
3. Tidur Malam Secukupnya
Memahami wanita bila dah bergelar mak-mak memang agak payah nak dapatkan tidur malam yang berkualiti dan cukup. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil. Namun sebolehnya cuba dapatkan tidur malam secukupnya 6-8 jam setiap hari.
Ini kerana, jika sering berjaga malam dan kurang tidur akan mengakibatkan kulit wajah kelihatan kusam tak berseri, cepat berkedut serta mengakibatkan kehadiran lingkaran gelap bawah mata (eyebags). Oh No! Mesti tak nak kan, bila wajah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
4. Pastikan Cuci Solekan Sebelum Tidur
Kebiasaan wanita memang suka bersolek, namun jangan sesekali rasa malas untuk cuci kulit wajah sebelum tidur. Ini kerana kulit wajah kita ni ada liang atau pori-pori yang bukan je tugasnya membenarkan kulit kita mengeluarkan peluh tapi juga untuk hasilkan sebum yang membantu melembapkan dan melindungi kulit kita secara semulajadi.
Tapi kalau kita tak cuci make up, pori-pori tadi tertutup dan menghalang sebum untuk menjalankan tugasnya. Bila sebum berkumpul, itu yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat dan pelbagai masalah kulit yang lain.
Antaranya:
Kulit jadi kering dan cepat berkedut
Kulit jadi kemerahan
Pori-pori wajah semakin membesar
Masalah jeragat atau pigmentasi
Bulu mata gugur & Iritasi pada mata
Bibir kering & pecah-pecah
Pemilihan Produk Bersesuaian & Selamat Digunakan
Pemilihan produk kulit wajah yang bersesuaian juga amat penting bagi menjaga kecantikan wajah. Pastikan selamat digunakan, bimbang jika tersalah pilih, bersedialah menanggung akibat, pelbagai masalah kulit nanti.
Oleh itu, memahami, fitrah wanita yang inginkan kulit wajah sihat, segar, tiada masalah pigmentasi dan berseri-seri serta mampu kekal lembap sepanjang hari, pemilihan produk yang tepat seperti “Serum Rosa E Pigmentation” keluaran Garden of Eden mampu merealisasikan impian ini.
Paling penting produk ini diformulasi daripada 100 peratus berasaskan tumbuhan semulajadi tanpa perlu rawatan laser dan sangat utama tiada kesan sampingan. Produk ini juga bebas daripada bahan kimia, paraben, mahu pun pengawet.
Secara klinikal produk ini mampu merawat masalah pigmentasi dalam masa enam minggu sahaja. Wanita yang memiliki kulit sensitif tidak perlu bimbang kerana produk ini telah diuji pada mak-mak yang memiliki kulit yang sensitif.
90 peratus wanita yang telah mencuba “Serum Rosa E Pigmentation” gembira melihat kulit wajah semakin cerah, masalah pigmentasi dapat dikurangkan dan tompok atau bintik hitam hilang dalam masa 6 minggu sahaja.
Di samping itu, selain dapat memiliki kulit wajah yang sihat, produk ini dijamin selamat digunakan dan telah mendapat Sijil Halal JAKIM. Untuk makluman, produk “Serum Rosa E Pigmentation” memperkenalkan formula penyerapan pantas, jadi wanita tidak merasa berminyak pada kulit wajah.
Berita baiknya, produk ini turut kaya dengan tumbuhan yang berasal daripada Retinoids (vitamin A) yang ditemui dalam minyak biji Rosehip yakni bahan semulajadi yang ternyata selamat.
Kehidupan semakin mencabar dan salah satu puncanya adalah, tekanan ekonomi keluarga yang meruncing. Beban kewangan semakin besar apabila komitmen perbelanjaan meningkat. Apabila harga barang keperluan asas naik, terasa sangat pendapatan bulanan mengecil. Dalam situasi ini, perbelanjaan terpaksa dilakukan secara berhemat. Ini hakikat hidup hari ini.
Bagi wanita bujang, situasi ini kurang membebankan kerana belum banyak tanggungjawab. Sebenarnya, ini lah masa terbaik untuk urus kewangan dengan bijak namun ada juga sebaliknya; berbelanja semahunya.
Apa pun status kita, ingat satu perkara, wang bukanlah segalanya, namun tanpa pengurusan wang yang bijak, ia akan memberikan tekanan hidup yang hebat sehingga menjejaskan kesihatan dan keupayaan berfikir. Jangan ambil ringan ya. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Tekanan, Kurang Bijak Berbelanja Punca Wanita Tertekan
Kita mampu mengawal perbelanjaan kita; apa yang nak dibelanjakan sebaiknya kita kaji baik buruknya. Belanja ikut keperluan berdasarkan perancangan kewangan yang jelas. Ke mana dan di mana kita di penghujung jalan.
Apabila sudah ada perancangan, kita dapat tahu kedudukan kewangan kita. Hati pun tidak lah risau. Berikut adalah sebahagian punca mengapa wanita berasa tertekan kesan daripada cara urus perbelanjaan:
1. Ada wanita yang kurang yakin dalam hal-hal melibatkan pengurusan kewangan. Sebahagiannya kurang jelas menentukan hala tuju kedudukan kewangan sendiri.
2. Hari ini kita bekerja, tak mustahil esok kita hilang pekerjaan apatah lagi terpaksa bersaing dalam bidang yang didominasi lelaki. Tambah malang jika ada pula amalan diskriminasi lain. Oleh itu, andai kita tidak merancang kewangan dari awal, ia menjerumuskan kita dalam situasi tekanan.
3. Tiada persediaan hadapi kemungkinan buruk. Kita tidak tahu nasib kita di masa hadapan. Suka atau tidak, kita perlu juga fikirkan perkara buruk bakal menimpa. Contohnya perceraian, kemalangan atau jatuh sakit. Ramai yang tidak fikir musibah seperti ini. Hidup ada turun naik. Jika gagal rancang kewangan baik dari awal, maka hiduplah kita dalam keadaan tertekan. Mampukah kita?
4. Terlalu tertumpu kepada pengurusan mikro. Kita memang terbukti sangat baik dalam pengurusan tetapi lemah dalam merancang. Tanpa perancangan, sukar untuk kita atur tindakan secara sistematik dan selamat.
Jaminan Kewangan Masa Hadapan
Sama ada berkahwin atau bujang, kesukaran menyimpan kerana memenuhi keinginan berbanding keperluan serta kurang fikirkan masa hadapan, harus dihentikan segera. Jika tidak, bersedialah hadapi hidup dalam tekanan berikutan tiadanya jaminan kewangan kukuh.
Kerap kali juga kita dengar, rumahtangga musnah atau di ambang perceraian banyak disumbangkan oleh faktor tiadanya kedudukan kewangan yang mantap. Jika masih bersama sekali pun, masing-masing hidup dalam keadaan tidak mesra dan aman seperti di awal perkahwinan.
Apa yang dimaksudkan dengan, jaminan kewangan berupaya mengurangkan tekanan kewangan dalam kehidupan seharian?
Sebahagian daripada kita beranggapan bahawa jaminan kewangan (financial security) bermaksud kita mempunyai wang yang cukup untuk membayar bil, hutang-hutang pinjaman, mampu menyimpan untuk persaraan dan masih ada wang untuk berbelanja tanpa masalah.
Ada juga yang beranggapan, jaminan kewangan merujuk kepada memiliki sejumlah wang, banyak aset dan portfolio pelaburan yang menghasilkan pulangan konsisten seiring masa. Tidak perlu pening kerana yakin sudah menguruskannya dengan baik dari awal.
Apa pun juga definasinya, jaminan kewangan secara amnya ialah, kita memiliki wang yang mencukupi bagi membiayai gaya hidup serta sentiasa berusaha memastikan matlamat kewangan yang dirangka tercapai dengan lancar.
Tidak dinafikan, jaminan kewangan menyebabkan kita terikat dengan permainan ‘nombor-nombor’ seperti berapa banyak perolehan atau pendapatan bulanan atau tahunan, berapa banyak pula yang dibelanjakan dan disimpan?
Kita tidak dapat lari daripada berfikir dan merasakan bagaimana kedudukan kewangan kita secara keseluruhan pengakhirannya. Kedudukan kewangan yang selesa, akan mempengaruhi emosi yang stabil dan fikiran yang tenang. Semakin usia meningkat seboleh mungkin kita elakkan tekanan. Kedudukan kewangan yang terjamin adalah jawapan bagi menghadapi situasi di luar jangkaan.
Percayalah, akibat daripada kurangnya kesedaran terhadap jaminan kewangan, ia akan melorongkan kita hidup dalam tekanan. Wang bukan segalanya, tetapi tanpa wang kita sukar untuk menjalani kehidupan yang lancar sebagaimana diimpikan.
Ingat! Ambil tahu keadaan kewangan kita! Wanita harus mementingkan diri dari aspek kewangan. Wanita memiliki sifat ‘pemberi’ secara semula jadi, terutamanya apabila ia berkaitan dengan kewangan. Sebagai contoh, kita mungkin menangguhkan rawatan pergigian untuk membeli pakaian kembali ke sekolah, anak-anak. Kita juga mampu berhenti kerja untuk membesarkan anak-anak dan menjaga ibu bapa yang semakin tua. Pilihan sedemikian menunjukan yang wanita tidak mementingkan diri sendiri, walau bagaimanapun, ini boleh meletakkan wanita dalam kedudukan kewangan yang tidak menentu.
Jika anda merancang dan anda tahu apa yang akan berlaku dari segi kewangan, anda lebih gembira dan kurang berasa tertekan.
Wanita bijak dalam urus kewangan perlu sentiasa mencari ilmu tentang cara urus kewangan. Jadikan ini sebagai satu peluang pelajaran yang boleh dipelajari oleh semua, tidak kira yang sudah berumah tangga, mahupun bujang, muda juga yang lanjut usia. Bila ada ilmu, kita tak akan terikut-ikut dengan orang lain, sentiasa berdikari dan mencari peluang untuk membuat duit lagi!
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kenangainvestors.com.my
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian:
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kamal Adli menafikan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Uqasha Senrose. Pelakon itu turut mengaku merindui isterinya dan menegaskan, “Saya tak curang, saya hanya ada dia dan anak.”