Nak murah mungkin, jadi ada sesetengah orang sanggup pakai fake braces yang akhirnya jahanamkan gigi sendiri! Tetapi bila dah merana, doktor gigi juga yang dicarinya.
Sampai bila masalah ini nak dibiarkan dan kenapalah kejam sangat orang yang buat duit sampai sanggup tengok orang lain menderita! Ada yang lebih malang, kesannya sampai gigi berterabur dan berdarah sebab pakai fake braces. Ngeri!
Cerita tentang orang pakai fake braces kali ini kisah benar yang berlaku daripada pengalaman salah seorang pesakit Doktor Gigi, Intan Norsyazwani, jemput baca untuk tahu apa kesannya pada gigi.
FAKE BRACES GUNA KETIP KUKU
Sejujurnya saya sangat pantang dengan mereka yang datang dengan fake braces di dalam mulut, memang berbakul-bakul bebelan dan nasihat saya bagi kepada pesakit-pesakit ni.
Beberapa hari lepas,
Saya: Adik dah berapa lama pakai ni? PT: 6 bulan dah doktor. Saya: Awak pakai dekat mana? PT: Pakai dekat Selayang doktor, macam dekat rumah. Saya: Bila last temujanji awak? PT: Saya jumpa dia sekali je masa pasang tu. Lepas tu saya tak pergi dah dekat dia, saya pergi yang dekat Nilai, blok B Desa Palma. Itu pun bila free baru jumpa. Bayar RM 50 setiap kali datang. Saya: Eh kenapa awak tukar-tukar. Apa dia buat bila temujanji? *ahhh sudahhh, siap ade referral ke ni* PT: Tak lah doktor, yang nilai ni kawan saya yang suggest pergi sana. Sebabnya susah nak ke selayang. Setiap kali temujanji, dia tukar getah. Tu je lah.
Allahu dik, awak bayar RM 500 untuk pakai fake braces ni dengan orang di Selayang, kemudian sambung servis dekat Nilai. Macam tu je orang A tu buat duit ya. Pasang dan tinggal begitu sahaja?
Awak tahu tak gigi awak ni rupa macam mana. Cuba awak gigit. Tengok gigitan awak ni, dulu awak jongang macam ni ke?
Tak doktor, dulu gigi saya rapat gigitannya, sekarang dah macam ke luar dan ke depan sikit. Haih tahu pun.
Awak tahu tak, gigitan awak ni dah lari dari gigitan yang sepatutnya. Gigitan pun tak stabil. Pasang bracket dari first premolar ke opposite first premolar. Kes yang sama seperti biasa, susunan gigi hampir keluar dari landasan sepatutnya.
Ads
Paling saya marah, karang gigi terlalu banyak sehingga membalut keseluruhan permukaan gigi tu. Saya tunjuk cermin, nampak tak karang gigi awak penuh sampai tak nampak mana satu gigi awak. Gusi membengkak. Itulah punca gigi belakang awak ni sakit.
Berbakul nasihat saya, tahu tak macam mana peralatan itu di cuci atau dibasmi kuman? Kalau dia tak basmi kuman sebetulnya, awak tahu ke awak boleh dijangkiti penyakit berjangkit, HIV, Hepatitis dan sebagainya? Saya sedih bebaur geram sebenarnya bila berhadapan dengan kes-kes sebegini.
Tambah adik itu,
Itu lah doktor.
Sebenarnya saya pelik sebab doktor tu buka besi-besi dekat gigi tu pakai KETIP KUKU.
KETIP KUKU!!!! kau rasa?
Habis tu awak masih lagi pakai dekat dia? Awak percaya rawatan yang dia buat untuk gigi awak. Rasa nak pitam dah dengar. Haih.
Saya nasihatkan awak, esok terus cabut fake braces ni. Kalau boleh tolong report polis. Kalau awak tak report, masalah ni lah akan berleluasa. Mereka akan terus menjahanamkan gigi orang lain di luar sana tanpa rasa bersalah.
Akhir sekali, gigi ni kalau dah rosak, kena cabut.. sia-sia je dik.
Ads
Biar gigi kita berlapis tapi bersih dari karang gigi. Biarkan gigi kita jongang janji takda bau busuk sampai orang tutup hidung.
Secara jujur saya tak salahkan si #penjahanamdoktorpalsu seratus peratus. Salah itu pada si pemakai juga. Tahu mereka palsu takda lesen tapi sebab nak sangat pakai buat buat buta dan alpa. Hakikatnya dah terhantuk baru terngadah.
Sama-sama banteras #doktorgigipalsu ni yang bermaharajalela merompak duit anda dengan menjahamkan gigi anda.
Tahukah anda, di Thailand 2 kematian telah direkodkan akibat pemakaian Fake braces?
Tipikal fake braces.
Letak bracket dari gigi premolar ke premolar. Tanpa anchorage. Dan mesti menggunakan power chain!!! Dan oral hygiene pesakit sangat teruk, penuh karang gigi, karies, tunggul akar serta masalah gusi. Ditambah lagi dengan halitosis (bau mulut).
Sebenarnya macam inilah,
Ads
Rata-rata semua orang tahu street dentist, fake braces, doktor gigi haram semua bahaya. Tapi anda masyarakat memilih untuk menutup sebelah mata hanya mahukan rawatan yang cepat murah dan mudah tanpa memikirkan apakah yang akan akibatnya.
Anda rasa, mereka ni akan bertanggungjawab kah pada anda? Sekiranya berlaku sesuatu yang tak diingini, contoh kes 1 dan kes 2. Boleh ke anda nak buat mereka ni bertanggungjawab dengan jahanamnya gigi anda?
Anda rasa anda boleh cari mereka sampai lubang cacing? Tak. Mereka poof hilang. Siapa yang anda cari? Kami doktor gigi yang kena fix kan gigi anda yang telah jahanam atas kedegilan dan kedangkalan anda.
TAHUKAH ANDA
Tahukah anda,
Mereka tu belajar entah di google, atau di youtube. Mereka pasang ikut suka, ikut hati naluri tanpa ilmu didada. Semberono.
Tahukah anda,
Mereka tidak sterile kan peralatan mereka dengan betul untuk membasmi kuman. Maka anda berisiko tinggi untuk dapat HIV, Hepatitis dan pelbagai penyakit berjangkit yang menggerunkan.
Tahukah anda,
Material yang dibeli mungkin produk tiruan atau made in china. Anda berisiko untuk mendapat tosik kerana material tersebut tidak compatible/ sesuai dengan sekitar mulut anda.
Tahukah anda,
Gigi anda boleh mati akibat pergerakan melampau tanpa teknik, ilmu dan cara yang betul bila meletakkan bracket gigi. Bila gigi mati andalah pembunuh gigi anda sendiri.
Nota:
Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 568), seseorang yang memiliki premis pergigian yang tidak berdaftar adalah menyalahi undang-undang dibawah subseksyen 5(1) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebih RM300,000 atau/dan tak melebihi 6 tahun penjara.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri kepada pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi Ahad, terkejut dan tidak menyangka perkara ini berlaku pada bulan Syawal.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, itu berkata, sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar jam 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya yang sedang menerima rawatan.
“Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya ketika ini kritikal dan perlu ditidurkan. Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk dan waktu tiba di hospital dia sesak nafas, tapi tiada organ penting yang kena (tembakan),” katanya.
Suri rumah sepenuh masa itu berkata, suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan lepas.
Suspek yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu disahkan memiliki rekod jenayah lampau.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek berusia 38 tahun itu memiliki tiga rekod lampau.
Menurutnya, dua rekod ialah kes ugutan jenayah yang disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan satu lagi kes babit curi dan menyamar sebagai penjawat awam yang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
“Isteri suspek sebelum ini ada buat dua laporan polis babit kes ugutan jenayah terhadapnya oleh suspek (suami) dan terbaharu kes dilaporkan pada Disember tahun lalu.
“Hasil laporan itu suspek telah ditahan polis dan kita sedang tunggu beberapa arahan lanjut (timbalan pendakwa raya).
“Susulan insiden akhir itu (Disember tahun lalu) itulah, dipercayai wanita terbabit membuat keputusan menggajikan pengawal peribadi,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Ketibaan KLIA di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 pagi itu disyaki bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.
Menurut Mohd Shuhaily, ketika insiden itu, isteri suspek berada di Balai Ketibaan untuk menerima kepulangan jemaah umrah dan pasangan itu merupakan pemilik syarikat agensi pelancongan.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek mulanya telah melemparkan satu mercun dan telah mencederakan dua orang awam sebelum bertindak nekad hampiri ke arah isterinya.
Ujarnya, suspek kemudian telah melepaskan dua das tembakan jarak dekat sekitar tiga hingga empat meter.
“Satu das telah tersasar dan satu das lagi telah mengenai seorang daripada dua pengawal peribadi wanita itu. Mangsa (sasaran) sebenar dalam kejadian terselamat daripada tembakan itu.
“Suspek kemudian terus melarikan diri ke aras 2 blok C yang mana suspek datang dan meletakkan kereta di situ,” katanya.
Tambah Mohd Shuhaily, pengawal peribadi itu telah menjalankan tugasnya dengan baik. Bagaimanapun keadaannya dilaporkan kritikal selepas peluru terkena di bahagian perut.
Pengawal peribadi yang koma itu akan menjalani pembedahan apabila keadaannya stabil. Tegas beliau, usaha mengesan suspek masih giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi Ahad melibatkan seorang suspek lelaki yang telah dikenal pasti identitinya dan dipercayai telah melarikan diri ke Utara.
Beliau berkata, kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gara-gara sikap pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab tidak mematuhi SOP yang ditetapkan, menyebabkan penularan jangkitan pada ramai orang.
Lima buah sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah yangdikaitkan dengan kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga diarah tutup bermula hari ini sehingga 29 Ogos depan. Tindakan itu diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha menyekat penyebaran wabak COVID-19.
Kerajaan negeri, dalam kenyataan hari ini, berkata sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SMK Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba dan SK Megat Dewa di Kubang Pasu manakala di Padang Terap ialah SK Kubang Palas.
“Kesemua sekolah ini ditutup selama 28 hari yang merangkumi 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian,” menurut kenyataan kerajaan negeri itu.
Perkara itu diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini.
Ia selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) di Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal (Kubang Pasu) serta Kampung Ulu Padang Sanai (Padang Terap).
“Ia meliputi kawalan pergerakan orang awam dalam radius satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Napoh yang terbabit,” katanya.
“Oleh itu, kesemua guru yang tinggal di kawasan TEMCO sama sekali tidak dibenarkan untuk hadir bertugas manakala guru yang tinggal di luar kawasan berkenaan tidak dibenarkan untuk ke sekolah yang berada berhampiran kawasan TEMCO.
“Guru yang tinggal dan bertugas di luar kawasan TEMCO tetapi perlu melalui kawasan berkenaan dibenarkan,” menurut kenyataan itu.
Jangkitan Import, Langgar SOP
Kluster Sivagangga menular akibat jangkitan import selepas seorang individu yang juga pemastautin tetap pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu (kes ke-8,937).
Dia yang juga pemilik kedai nasi kandar di Napoh itu dilaporkan melanggar SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana mereka yang dikuarantin tidak dibenarkan keluar daripada rumah.
Pemilik kedai makan itu bagaimanapun dilaporkan pergi ke premis berkenaan sebelum penularan jangkitan di kawasan itu berlaku.
Sehingga semalam (2 Ogos) terdapat 11 kes baharu dikesan dari Kluster PUI Sivagangga. 3 kes daripada jangkitan kes 8976. Manakala baki 8 kes adalah jangkitan kes 8975.
Penularan wabak COVID-19 daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah juga sudah membabitkan dua generasi.
Berdasarkan maklumat terbaru dikeluarkan Kementerian Kesihatan, ia susulan dua kes daripada generasi pertama membabitkan pelanggan di restoran milik kes induk kluster itu, dikesan menjangkiti ahli keluarga dan rakan sekerja mereka.
Seorang pelanggan yang juga kes ke-8,975 daripada kluster itu didapati menjangkiti isteri, dua anak, ibu, ibu saudara dan bapa saudara, adik ipar serta seorang rakan sekerjanya, manakala seorang lagi pelanggan (kes ke-8,976) pula dikesan menjangkiti isteri, anak dan dua cucunya.
MW: Gara-gara sikap tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri mengakibatkan penularan jangkitan ini. Patuhi la SOP yang ditetapkan, kuarantin di rumah bila diarahkan. Ingat kita belum menang.Cukup bimbang jika berlakunya gelombang jangkitan ketiga dan keadaan jadi tidak terkawal.
Hati ibu mana tidak sedih, Elvina rasa ‘down’ keguguran. Sememangnya hati seorang ibu begitu sedih dan duka apabila mengetahui bayi yang sedang dikandung jantungnya terhenti.
Walaupun kesedihan namun pelakon, Datin Elvina Mohamad menganggap tiada rezeki untuk dirinya dan suami menimang cahaya mata kedua.
Hati Ibu Mana Tidak Sedih, Elvina Rasa ‘Down’ Keguguran
Elvina dan suami Datuk Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3 tahun.
Menerusi petikan dari Mstar, Elvina memberitahu dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.
“Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.
“Namun semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor akan melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hair ini (Selasa),” luahnya.
Anggap Tiada Rezeki
Walaupun lahirkan perasaan sedih dan duka namun Elvina dan suami akur dengan takdir Ilahi dan menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
“Ketika awal tahu tentang degupan jantung bayi telah terhenti memang rasa ‘down’ sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini.
“Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah,” kongsi Elvina.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...