Air barli, tak semua orang suka minum, sedangkan khasiatnya sangat banyak. Dikatakan ia membantu untuk sejukkan badan dan paling penting membantu kesihatan dalaman wanita.
Tak dinafikan air barli ini banyak manfaatnya yang perlu kita tahu. Daripada anak kecil hinggalah orang dewasa boleh saja amalkan barli. Buat wanita yang tak pernah minum, bolehlah mulakan sekarang sebab khasiatnya sangat banyak.
Antara perkongsian daripada Mastura Rashid tentang khasiat air barli terutamanya untuk wanita.
Bagi yang pernah mengalami masalah kencing kotor, ia sangat membantu dalam melawaskan dan melancarkan kencing.
“Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Ads
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.
Kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
Cara masak barli ni pun mudah.
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut. 2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan. 3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan. 4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air dan tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah. 5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Ads
Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur.
Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser.
Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli bagi lembut.
Boleh adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Ads
Bagi wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari. Insya Allah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Mingguan Wanita : Min suka minum air barli yang dicampur dengan susu. Tak pasti masih berkhasiat sebab dah tambah dengan susu. Sedap sangat.
Kebiasaannya, kalau tak kena cara memang boleh buat bendi berlendir. Sampai banyak petua digunakan untuk elak keadaan ini. Maklumlah, boleh terbantut selera nak makan.
Ada petua dan tip digunakan supaya bendi tak berlendir dengan basuhkan dulu barulah dipotong. Tak kurang juga yang bagitau jangan masak guna bawang merah untuk elakkan berlendir.
Kali ini, kena cuba tip dari Che Kam, boleh saja guna bawang merah, asalkan goreng bendi itu sehingga lendir hilang. Tapi tidakkah ia akan mengurangkan zat sebab terlebih masak.
Tak kisah apa pun, janji, kita boleh makan sayur kegemaran tanpa ada rasa bendi berlendir. Masak simple pun dah sedap.
Che Kam suka BENDI tapi sangat tak suka lendir bendi, lagi-lagi kalau bendi goreng, kalau tak kena cara lendir dia ya ampun. geli tekak nak telan.
Che Kam kongsikan cara goreng bendi tak berlendir, siap guna bawang merah lagi. Ada petua cakap jangan guna bawang merah sebab lendir banyak keluar. Tapi bawang merah la sedap.
Ini salah satu resipi bajet yang murah dan sedap. Segala bahan senang nak dapat & biasanya dah tersedia di rumah.
Bahan-bahan:
2 biji telur
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
15 batang bendi
Cara Membuat:
1. Kisar atau tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili padi.
2. Masukkan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik wangi.
3. Perasakan dengan garam dan gula, masukkan perasa jika suka
4. Kemudian, masukkan bendi dan masak hingga lendir bendi kering.
5. Selepas itu, masukkan telur.
6. Tunggu sehingga telur separuh masak, barulah kacau.
7. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Masak macam ni pun dah sedap sangat.
Ikan siakap antara ikan yang sering menjadi pilihan ramai. Sedap di masak kari, stim limau, tiga rasa atau digoreng begitu sahaja. Namun menyiang ikan siakap bukan sekadar buang sisik, insang dan perut. Ada perkara lain yang perlu mak-mak ambil berat sewaktu membersihkan ikan iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat diatas tulang perut.
Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.
Boleh rujuk perkongsian Arbi Mohd Arbi ini sebagai rujukan;
“Habitat Siakap di Muara. Muara ni adalah perairan yang payau, tak masin, tak tawar, tak manis. Bau dan Rasa seekor ikan terletak pada habitatnya”
“Siakap adalah ikan pemangsa.Diet Pemakanan Siakap ialah udang dan anak ikan.”
Berikut adalah cara-cara pembersihan untuk meminimumkan bau dan rasa hanyir Ikan Siakap.Saya sediakan gambar dan juga langkah-langkahnya.
Ini ialah siakap yang sudah dibersihkan perut dan sisik, tapi belum cukup bersih lagi.
Keadaan isi perut ikan siakap, yang harus dibersihkan insang, lebihan organ dalaman, darah beku dan urat yang berada diatas tulang perut.
Urat ini bersambung dari kepala hingga ke ekor dan didalam urat ni terkandung lebihan darah. Seandainya tidak dibersihkan ketika memasak ianya akan pecah dan darah akan meresap masuk ke dalam isi. Mesti spoil kan mood bila tengah sedap-sedap menikmati hidangan.
Inilah uratnya yang merah-merah tu la lebihan darah dia.
Keadaan ikan yang telah dibersihkan.
Setelah dibersihkan rendam ikan seketika didalam bancuhan air asam jawa atau any citrus family. Citrus family ni contoh limau kasturi, limau nipis.
Semoga tips ni berguna. Utamakan keselamatan, ketika mencuci always dari kepala ke ekor, jangan menyonsang sebab nanti jari akan terluka.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang suka masak ikan siakap, boleh cuba ikut tip yang dikongsikan ini. Penting bersihkan dan buang urat yang berada diatas tulang perut barulah hilang hanyir dan bau ikan tersebut.
Seronok bila mak-mak dapat buat sendiri roti canai sendiri di rumah. Lebih terjamin kebersihannya dan puas hati bila buat sendiri. Buat mak-mak yang tak reti nak tebar doh roti canai tu, boleh cuba kaedah tebar atas dulang kemudian gulung seperti yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Ali ini. Ia lebih mudah dan senang ikut kaedah ini.
Berikut perkongsian tersebut;
“Pagi ni sarapan dengan Roti Canai, buat sendiri je. Alhamdulillah.Cicah Gulai Sardin.Sis tak lah pandai, amatur je untuk makan sendiri boleh lah.”
Bahan-Bahan (12 Keping):
4 cawan Tepung
1 sudu besar Gula pasir
1/2 sudu kecil Garam
1 biji Telur
2 sudu besar Marjerin
Air suam satu cawan ( sebab uli pakai tangan)
# kalau guna mesin guna air sejuk
Cara Membuat:
1.Sediakan bekas besar, masukkan tepung,gula,garam dan marjerin.
2.Gaul rata dan pecahkan telur.
3.Masukkan air dan uli sampai licin sekata.Lebih kurang 30 minit.
4.Kemudian bahagikan doh, bulat-bulatkan dan masukkan dalam bekas.
5.Letak minyak hingga doh terendam dan biarkan lebih kurang 2 hingga 3 jam.Kemudian barulah ditebar atas dulang.
Info Ekstra!
*Biasa kalau nak makan pagi, buat doh malam.
*Masa nak buat roti canai, saya guna dulang untuk tebar rotinya.
*Tarik perlahan-lahan, agak-agak nipis, penuh permukaan dulang.Kemudian gulungkan kemas.
*Nak masak atas kuali, ambil doh tadi leperkan sedikit dan masak seperti biasa.
*Renjis-renjiskan sedikit minyak, sehingga roti masak dan garing.
*Angkat roti seperti biasa, kepuk-kepukkan roti guna tangan..ala-ala penebar roti canai.
2 Tin Kecil Sardin adabi
3 biji Kentang (potong dadu)
Bahan Kisar:
12 tangkai Cili kering
5 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Halia sikit
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
Masuk kan asam keping..kentang
2.Masuk air sikit, masak agak-agak kentang separuh empuk..masukkan sardin..
3.Garam,perasa,gula sedikit je.
4.Kemudian didihkan masak api perlahan sampai kuah pekat. Siap!
Selamat Mencuba!
Mak-mak boleh buat sendiri roti canai di rumah, sesuai disediakan untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...