Ahli keluarga pempengaruh permotoran masih menaruh harapan – “Kami masih berharap ada khabar baik..” Ahli keluarga kepada pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, terus menaruh harapan agar pencarian yang sedang dijalankan di Sungai Tui, Bukit Kepong akan membawa berita baik.
Ahli Keluarga Pempengaruh Permotoran Masih Menaruh Harapan – “Kami Masih Berharap Ada Khabar Baik..”
Sepupunya, Norzilah Yunos, 40, menyatakan bahawa seluruh keluarga masih berharap agar Ija ditemukan dalam keadaan selamat.
“Harapan kami, kalau dia dijumpai, biarlah dalam keadaan masih hidup. Tapi andai kata dia sudah tiada, cukuplah sekadar jasadnya ditemui.
“Kami masih berharap ada khabar baik. Mungkin bukan kes lemas. Namun, apa pun keadaannya, kami hanya mahu kepastian dan kejelasan,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian.
Norzilah memaklumkan bahawa dia mendapat tahu tentang kejadian itu pada Isnin dan segera bergegas dari Melaka ke Bukit Kepong bagi mengikuti perkembangan pencarian secara dekat.
Ads
“Sejak hari pertama kehilangan mangsa disedari, pelbagai usaha telah dijalankan termasuk ikhtiar bacaan yasin dan rakan-rakan Ija turun mencari di sekitar lokasi.
“Ija seorang yang baik, ramai yang kenal dan mengharapkan agar dia ditemui,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, media melaporkan bahawa Ija dipercayai hilang selepas kenderaan Perodua Axia yang dipandunya dijumpai tenggelam di dalam Sungai Tui. Namun, beliau tidak ditemui di dalam kereta tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan bahawa kes berkenaan buat masa ini masih diklasifikasikan sebagai kes orang hilang, dan operasi mencari serta menyelamat masih diteruskan.
Senang je rupanya nak buat kuih tradisi Cakar Ayam ni, hanya perlukan tiga bahan iaitu keledek, gula dan minyak untuk menggoreng. Cakar Ayam ni sangat rangup dan manis rasanya, biasanya dijadikan kudapan snek untuk minum petang.Jika selalu mak-mak beli, apa kata kali ini cuba buat sendiri.Malah boleh juga dijadikan pendapatan sampingan. Sebab ramai juga yang memilih kuih ini untuk dijadikan oleh-oleh istimewa ketika kenduri kahwin mahupun majlis-majlis tertentu.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Are Peace sebagai rujukan.
Bahan-Bahan:
2 Cawan Ubi Keledek Putih (parut/sagat kasar)
4 Sudu Besar Gula Pasir
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
2.Masukan gula pasir ke dalam minyak panas tersebut dan kacau sehingga gula cair dan menjadi keperangan.
3.Masukan ubi keledek yang telah di parut tadi, goreng sampai keperangan (kacau jangan berhenti ye masa ni).
4.Angkat dan tos kan mnyak.Masa panas-panas tu terus bentukkan supaya menjadi bulat.Masuk dalam acuan dan tekan dengan sudu,(saya guna botol yang di potong menjadi bentuk gelang, boleh rujuk gambar).
Info Ekstra!
Masukkan Gula Pasir, BUKAN air gula kedalam minyak panas.
Jangan tunggu sampai keledek tu keras ye.. sebab dia memang tak akan keras masa goreng tu.Bila dah sejuk nanti dia akan jadi rangup sendiri.
Kuku tangan mempunyai garis putih melintang yang ketara, mungkin ini adalah petanda mak ayah dijangkiti Covid-19.
Walaupun tiada bukti sahih namun data ini diambil daripada beberapa pesakit yang telah dijangkiti virus ini.
Kuku Tangan Mempunyai Garis Putih
Satu kajian baharu mendakwa jangkitan Covid-19 boleh dikesan melalui perubahan pada kuku tangan seseorang, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
Menurut ciapan Twitter seorang pakar, Profesor Tim Spector pada Mei lalu, terdapat lima variasi tanda pada kuku tangan yang boleh menunjukkan sama ada seseorang itu berjaya menewaskan virus tersebut atau tidak.
Kini, terdapat pendapat beberapa pakar kesihatan lain yang mendakwa jika kuku tangan kelihatan pelik atau mempunyai garis putih melintang yang ketara, ia mungkin petanda mereka dijangkiti Covid-19.
Petanda Dijangkiti Covid-19
“Tiada bukti sahih mengenai kaitan kewujudan garisan yang dikenali sebagai ‘Mees Lines’ ini dengan petanda badan dijangkiti virus berbahaya.
“Namun, beberapa pesakit Covid-19 dikesan memilikinya selepas mendapat jangkitan wabak ini,” jelas sekumpulan pakar itu.
Sementara itu, Presiden Dermatologi Britain, Dr. Tanya Bleiker menjelaskan bahawa antara kesan ketara Covid Nails adalah garisan di kuku sekitar 5 millimeter serta pembentukan garisan seperti bulan sabit berwarna merah dan oren adalah yang sering dialami pesakit di Eropah.
Tanda terakhir adalah kuku tercabut tanpa sebarang kesakitan atau bengkak awal. – Agensi
Apa-apa pun penjagaan kuku amat penting demi menjaga kebersihan. BOLEH BELI DI SINI: https://invol.co/cl5mili
Minggguan Wanita : Alhamdulillah sudah periksa kuku sendiri, memang tidak ada. Apa-apa pun langkah terbaik bila mak ayah serta keluarga tidak sihat, dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Jaga kesihatan diri dan keluarga tersayang kerana virus Covid-19 berada di mana-mana.
Padah Kali Pertama Makan IKAN BUNTAL, Isteri Maut Suami Masuk ICU. Sungguh malang tidak berbau, gara-gara ingin merasa hidangan ikan buntal buat pertama kalinya, seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas makan hidangan ikan buntal tersebut.
Ikan buntal iaitu sejenis ikan yang juga disebut ‘ikan fugu’ tergolong dalam satu daripada jenis racun semulajadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia, dibeli menerusi laman Facebook dari pembekal di Batu Pahat yang mendapatkan bekalan dari nelayan di Endau.
Gejala Sesak Nafas & Menggigil
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, berkata mangsa yang mengalami gejala sesak nafas dan menggigil, pada jam 5 petang Jumaat lalu kemudian disahkan maut dua jam kemudian.
Beliau berkata, suami mangsa turut mengalami gejala sama kira-kira sejam selepas isterinya mendapat gejala berkenaan.
“Kerajaan Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri mengambil maklum satu pelaporan keracunan makanan yang menyebabkan satu kematian di daerah Kluang.
“Ia membabitkan sepasang suami isteri yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang yang mendapatkan bekalan ikan buntal dari penjual secara pra tempahan melalui aplikasi Facebook.
“Bekalan diterima pada pagi 25 Mac lalu, dibersihkan dan digoreng untuk dibuat makan tengah hari bersama sayur dan daging babi.
“Kedua-dua pasangan itu dibawa oleh anak mereka yang tinggal berasingan ke Jabatan Kecemasan HEBHK pada jam 5 petang,” katanya menerusi satu kenyataan.
Kali Pertama Makan Ikan Buntal
Beliau berkata, difahamkan ini adalah kali pertama pasangan berkenaan makan masakan berasaskan ikan buntal.
Racun yang dikenali sebagai Tetrodotoksin yang terdapat di dalam ikan buntal adalah racun yang boleh menyerang sistem saraf dan sangat mematikan.
Racun ini didakwa lebih mematikan dibandingkan racun sianida (cyanide). Memakan sekitar 1-2 miligram racun tetrodotoksin asi sahaja sudah dapat membuat nyawa melayang kesannya.
15 Kilogram Ikan Buntal Di Jual
Katanya, siasatan lanjut mendapati ikan berkenaan diperoleh dari nelayan di Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat.
“Penjual yang mengedarkan ikan buntal ini juga berasal dari Batu Pahat, membuat edaran kepada pelanggan berdasarkan tempahan yang dibuat melalui aplikasi Facebook.
“Sebanyak 15 kilogram ikan buntal dijual di sekitar Chamek iaitu empat pelanggan, Paloh (empat Pelanggan) dan Yong Peng (satu pelanggan) pada hari tersebut.
“Selain dari pasangan terbabit, semua pelanggan lain masih belum memakan ikan buntal yang dibeli,” katanya.
Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan Batu Pahat telah mengambil sampel ikan itu dari pelanggan yang dibeli dari penjual berkaitan.
“Sampel ini telah dihantar ke makmal untuk tujuan analisa. Sehingga kini tiada lagi pelaporan baru berkaitan dengan ikan buntal,” katanya.
Hati-Hati Memilih Makanan
Di negara Jepun sendiri pernah dilaporkan dimana ada sekitar lima hingga 10 kes keracunan ikan buntal setiap tahun dan ada juga kes keracunan akibat ikan buntal yang masih dapat diselamatkan dengan rawatan segera oleh doktor perubatan.
Beliau berkata, mengingatkan orang ramai sentiasa berhati-hati di dalam memilih makanan terutama jika ianya mempunyai risiko yang telah diketahui.
“Kerajaan Johor bersama Jabatan Kesihatan Negeri akan terus memantau dan memastikan keselamatan makanan,” katanya.
Bahaya Racun Tetrodotoksin Ikan Buntal
Proses membersihkan ikan buntal perlu berhati-hati kerana racun jenis tetrodotoksin tersimpan di dalam hati, kelenjar kelamin, kulit dan usus ikan buntal.
Cara membuang organ tersebut harus dibuang secara hati-hati dengan teknik khusus agar daging ikan tidak tercemar dengan racun tersebut.
Selalunya ikan buntal hanya dihidangkan dengan selamat dimakan oleh restoren yang pakar membuatnya sahaja.
Racun tetrodotoksin tidak akan hilang walau ikan buntal dimasak atau dibekukan. Jika tidak diproses dengan betul maka racun dari organ tubuh ikan buntal boleh menyebar dan terserap ke dalam dagingnya.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa atas kejadian ini. Semoga lebih berhati-hati dan elakkan untuk mencuba hidangan atau ikan berisiko sebegini.
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.