Pelakon, Afifah Nasir mengumumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Afifah berkongsi foto imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.


“Setahun berlalu, hanya kami yang menulis kisah cinta kami, satu halaman pada satu masa.
“Kini, babak baharu bermula, dengan degupan jantung yang tumbuh dalam diri saya. Our little miracle, made with love,” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen di IG adik kepada aktres Anzalna Nasir ini juga turut dihujani dengan ucapan positif.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar Afifah diberikan kesihatan yang baik sehingga tiba hari menyambut kehadiran cahaya mata sulungnya.
Untuk info, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.