Afifah Nasir Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

Share

Pelakon jelita, Afifah Nasir, kini bergelar seorang ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya. Aktres berusia 32 tahun itu berkongsi khabar gembira menerusi hantaran di Instagram, sarat dengan rasa syukur dan kasih.

“Dihadirkan dengan penuh kasih sayang, diiringi limpahan rahmat Ilahi.
Alhamdulillah, anugerah kecil kami, Syed Armand Mateen, akhirnya selamat menjengah dunia,”

tulisnya.

Meskipun tidak memperincikan tarikh kelahiran, Afifah memuat naik sekeping foto indah dirinya sedang memangku bayi lelaki yang diberi nama Syed Armand Mateen, sambil ditemani suami tercinta, Syed Hariz Syed Azmi.

Sambutan Penuh Syukur Dari Keluarga

Kakaknya, pelakon popular Anzalna Nasir, turut menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan kelahiran anak buah pertamanya itu.

“Akhirnya dapat anak buah lelaki. Masya-ALLAH super handsome.
Syukur Alhamdulillah. Setiap hari melawat dia sampai takut Armand bosan tengok muka I ni,”
selorohnya penuh kasih.

Perjalanan Cinta Ke Gerbang Bahagia

Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz disatukan pada 5 Mei tahun lalu, selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. Kini, setahun kemudian, ikatan kasih mereka disempurnakan lagi dengan kehadiran zuriat pertama pelengkap sebuah rumah tangga.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

Published by
Rosmah Idayu