Pelakon jelita, Afifah Nasir, kini bergelar seorang ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya. Aktres berusia 32 tahun itu berkongsi khabar gembira menerusi hantaran di Instagram, sarat dengan rasa syukur dan kasih.
“Dihadirkan dengan penuh kasih sayang, diiringi limpahan rahmat Ilahi. Alhamdulillah, anugerah kecil kami, Syed Armand Mateen, akhirnya selamat menjengah dunia,” tulisnya.
Meskipun tidak memperincikan tarikh kelahiran, Afifah memuat naik sekeping foto indah dirinya sedang memangku bayi lelaki yang diberi nama Syed Armand Mateen, sambil ditemani suami tercinta, Syed Hariz Syed Azmi.
Kakaknya, pelakon popular Anzalna Nasir, turut menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan kelahiran anak buah pertamanya itu.
Ads
Ads
“Akhirnya dapat anak buah lelaki. Masya-ALLAH super handsome. Syukur Alhamdulillah. Setiap hari melawat dia sampai takut Armand bosan tengok muka I ni,” selorohnya penuh kasih.
Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz disatukan pada 5 Mei tahun lalu, selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. Kini, setahun kemudian, ikatan kasih mereka disempurnakan lagi dengan kehadiran zuriat pertama pelengkap sebuah rumah tangga.
Di sebalik sorakan ribuan peminat yang membanjiri Zepp Kuala Lumpur, Konsert Ulang Tahun Ke-10 Kugiran Masdo kelmarin menjadi malam penuh makna. Bukan sekadar perjalanan muzik, tetapi juga sebuah kisah cinta seorang anak kepada ibunya.
Pemain gitar Masdo, Muhammad Aizat Asymawi atau mesra disapa Asmawi, membuat penonton terharu apabila mendedahkan ibunya kini berjuang melawan kanser tahap empat.
“Ibu saya seorang pejuang… dia melawan kanser tahap empat,” ucapnya, disambut tepukan gemuruh seisi dewan.
Kalimah itu meresap ke hati penonton, sebelum dewan bergema dengan tepukan padu, tanda sokongan buat Asmawi dan doa buat ibunya.
Namun momen paling menyentuh, ketika lagu Ratu Hati dimainkan. Diiringi melodi syahdu, setiap anggota Masdo membawa ibu masing-masing naik ke pentas. Wajah-wajah wanita tabah itu berdiri megah, menyaksikan sendiri buah hati mereka yang kini berada di puncak kejayaan.
Sebuah penghargaan penuh kasih untuk wanita yang tidak pernah jemu berdoa dan menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan mereka.
“Emak kami hari-hari doakan agar tiket konsert ‘sold out’,” seloroh Ali Sariah, vokalis utama Masdo sambil memperkenalkan ibunya, Sariah. Putuceri pula memperkenalkan ibunya, Rohibiah, yang sama-sama berkongsi momen syahdu di pentas.
Konsert yang mengimbau 10 tahun suka duka Masdo sejak 2015 turut menampilkan 21 lagu termasuk karya jarang dipersembahkan seperti Kasih & Sayang dan Lautan Asmara. Lebih manis, pentas mereka turut diwarnai dengan penampilan artis jemputan yang pernah menjadi inspirasi Masdo, antaranya Heidi Moru, Noh Salleh, Hujan dan Fizan Bittersweet.
Kemuncak konsert menyaksikan gabungan dua nama besar indie tanah air, Masdo dan Hujan, mendendangkan lagu ikonik Aku Scandal, mencetuskan sorakan bergema seluruh dewan.
“Pejam celik sudah 10 tahun kami berkarya. Kami bermula dari bawah, dan sampai di sini kerana doa ibu dan sokongan anda semua,” kata Ali penuh syukur, sambil mengumumkan perancangan album baharu tidak lama lagi.
Konsert itu membuktikan di sebalik glamor dunia seni, kasih seorang ibu tetap menjadi “ratu hati” sebenar yang mengiringi langkah anak-anak ke puncak kejayaan.
Dalam apa jua bidang, tak kira sama ada seni, perniagaan, rumah tangga, mahupun kerjaya profesional doa seorang ibu adalah pendorong yang sering tidak terlihat, tetapi paling kuat mengangkat.
Mungkin rezeki yang datang tanpa diduga, mungkin pintu kejayaan yang terbuka luas, semuanya berkat doa seorang ibu yang lirih di sejadah, meski anaknya jauh di mata.
Buat para ibu, jangan pernah berhenti mendoakan anak anda walau dalam sibuk menguruskan rumah tangga. Doa anda mampu menjadi benteng saat mereka diuji, dan penguat ketika mereka hampir menyerah.
Dan buat para anak, hargailah ibu anda selagi masih ada. Ingatlah, kejayaan sebenar bukan sekadar sampai ke puncak, tetapi dapat membahagiakan insan yang paling banyak berkorban dalam diam iaitu ibu.
Penyanyi bersuara merdu, Amira Othman, 32, bakal melangkah ke gerbang pernikahan pada Ahad ini bersama lelaki pilihan hatinya, pelakon popular Fattah Amin.
Dalam debaran menjelang hari bahagia, Amira menyifatkan Fattah sebagai seorang lelaki yang baik, namun dalam masa yang sama, dia mengharapkan kesediaan suaminya itu untuk bertolak ansur dan bertoleransi sepanjang melayari bahtera rumah tangga.
“Bagi saya, Fattah memang seorang lelaki yang baik, seorang anak yang baik. Saya yakin jika dia seorang yang baik, apa saja boleh dibawa berbincang tanpa perlu marah-marah atau emosi. Itu kunci keharmonian.”
Tidak mahu terburu-buru membuat andaian, Amira akui dirinya masih belum melalui fasa perkahwinan, justeru lebih berhati-hati dalam menuturkan kata. Baginya, doa orang sekeliling adalah kekuatan terbesar saat ini.
“Alhamdulillah, ketika ini saya masih membuat persiapan. Saya mohon doa daripada semua agar segala urusan dipermudahkan. Mungkin semua ini adalah berkat doa kalian.”
Amira dan Fattah turut mengumumkan tarikh penyatuan mereka pada majlis sidang media pelancaran single duet baharu Rasa & Takdir, nyanyian Amira bersama adiknya, Irfan Haris, di Imperial Lexis, semalam. Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi hubungan mereka yang hangat diperkatakan sejak hujung tahun lalu.
Lebih istimewa, Amira menegaskan dirinya enggan menjadikan pengalaman lalu sebagai beban yang membantutkan langkah ke fasa baharu.
“Tak adil kalau kita biarkan trauma menghalang perjalanan hidup. Saya percaya pada takdir. Allah sebaik-baik perancang. Perkahwinan ini pasti ada turun naik, tetapi itulah perjalanan menuju syurga.”
Menariknya, pelancaran single duet bersama Irfan seakan bertepatan dengan perjalanan hidup Amira sendiri. Lagu yang tertangguh sejak 2023 itu akhirnya diluncurkan pada waktu yang dirasakan paling sesuai.
“Kadang-kadang kita rancang, tapi tak jadi. Mungkin inilah masa terbaik. Lagu ini seolah-olah mengingatkan kami bahawa hidup ini aturan Tuhan. Kita rancang lain, Dia aturkan yang lebih baik.”
Di sebalik senyuman dan cahaya bahagia yang jelas terpancar, Amira hanya mengharapkan agar rumah tangga yang bakal dibina bersama Fattah dipenuhi rahmat dan keberkatan.
Baginya, cinta bukan sekadar rasa, tetapi juga takdir. Dan dalam takdir itu, wujud doa, usaha, dan pengharapan.
“Doa Seorang Ibu Itu Sangat Mahal Nilainya”. Hati anak mana yang tidak sedih jika orang lebih tua yang dianggap seperti ibu sendiri dalam keadaan susah. Begitulah rapuhnya hati Dato’ Seri Aliff Syukri apabila mengetahui derita yang ditanggung oleh pelakon air mata, Wan Maimunah.
Terbaru menerusi perkongsian video di laman sosial Aliff Syukri mengundang drama air mata apabila bertemu aktres legend itu. Malah video pertemuan itu juga berjaya mencuri perhatian warganet.
Doa yang dititip, beserta keikhlasan yang ditunjukkan oleh dua insan hebat ini undang air mata dan kerinduan kepada insan tersayang bernama ibu.
“Hari ini Allah izinkan saya bertemu dengan seorang insan hebat yang saya cukup hormati – Ibu Wan Maimunah, seniwati yang membesar bersama generasi kita semua. Saat duduk bersama ibu, hati saya sebak, kerana di sebalik wajahnya yang penuh ketabahan, terselit kasih sayang seorang ibu yang tak pernah pudar,” ujar Dato’ Aliff dalam nada sebak.
Dalam pertemuan itu, Wan Maimunah sempat menitipkan doa yang begitu menyentuh hati, kata-katanya masih terngiang-ngiang.
“Nak… setiap yang baik Allah akan balas. Jangan risau kalau orang tak nampak. Kejujuran, usaha, kebaikan kita… semuanya Allah kira. Ibu doa semoga Aliff terus dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, diberi kesihatan dan dijadikan hamba Allah yang terus memberi manfaat pada ramai orang.”
“Saya hanya mampu menunduk, air mata bergenang. Sungguh, doa seorang ibu itu sangat mahal nilainya. Sebagai tanda hormat dan kasih, saya hulurkan sedikit sumbangan buat ibu. Jujurnya, saya bukanlah senang mana. Saya pun manusia biasa yang sedang berusaha jatuh bangun dalam perniagaan. Tapi doa ibu hari ini betul-betul jadi penguat semangat saya,” kongsi Aliff.
Perkongsian ringkas momen bersama ratu air mata itu, telah meraih ribuan tanda suka di media sosial. Ramai yang menitipkan doa, ada juga yang berkongsi rasa;
“Dato seorang yang ikhlas, moga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.”
“Ibu Wan Maimunah seorang yang baik… aura keibuannya membuatkan ramai tersentuh.”
“Melihatkan Ibu Wan Maimunah, saya teringat arwah ibu yang dah lama pergi… rindu ibu.”
Menurut Aliff, setiap komen itu beliau baca, memang benar kasih seorang ibu itu tiada gantinya.
“Doakan saya, semoga Allah terus permudahkan urusan dan jadikan saya hamba yang tak pernah berhenti untuk memberi. Terima kasih ibu Wan Maimunah… semoga Allah balas dengan syurga untuk insan baik seperti ibu,” akhirinya dengan penuh harapan.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hijab Uniqlo cetus perdebatan netizen selepas iklan produk itu dipersoalkan kerana cara pemakaian model. Ini pandangan kedua-dua pihak mengenai isu berkenaan.