Sungguh ajal, maut itu ketentuan tuhan. Sesi persekolahan 2023 yang baru memasuki hari ketiga, mencatat kisah duka, tragis kemalangan maut melibatkan murid sekolah.
Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.
Treler Langgar Motorsikal
Beliau berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.
Ads
“Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.
“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Morni berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
Tak dapat bayangkan orang lain makan dengan hidangan sedap dan mewah tapi berbeza dengan anak beranak ini yang hanya alas perut dengan nasi lauk telur masin.
Kebetulan pula, hasil telur masin itu adalah dari belaan itik milik mereka dan tiada duit untuk membeli laik lain. Buka dua mulut dengna suami tapi terpaksa menanggung anak-anak yang tidak bekerja dan mengalami masalah pembelajaran.
Inilah yang terpaksa dilalui oleh pasangan suami isteri ini. Lapan beranak dari Kampung Permatang Pusu, Melor, hanya mengharapkan wang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan untuk meneruskan kelangsungan hiduP.
Bayangkan wang diterima ketua keluarga yang uzur, Hassan Yaakob, 78 tahun, itu dimanfaatkan sebaiknya untuk kegunaannya suami isteri serta enam anak walaupun adakalanya perlu mengikat perut.
Isterinya, Khadijah Omar, 61 tahun, berkata dengan elaun JKM itu, mereka sekeluarga perlu mencatu makanan dan hanya makan sekali atau dua kali sehari, selain menyediakan lauk yang ala kadar.
“Nasi berlaukkan telur masin sudah menjadi menu tetap kami jika tiada wang untuk membeli lauk lain.
“Mujurlah kami ada membela lapan ekor itik yang memang persediaan untuk kegunaan kami jika terputus lauk, malah ada juga penduduk kampung yang datang membeli telur,” katanya yang tinggal di rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Khadijah berkata, walaupun semua anak mereka sudah dewasa dan berusia 19 tahun hingga 40 tahun, semuanya mengalami masalah pembelajaran, lembam dan tidak bekerja.
Seorang lagi anak mereka sudah berkahwin dan menetap di Pasir Mas serta bekerja sebagai tukang kebun sekolah.
“Lima daripada tujuh anak keciciran pelajaran, manakala dua lagi bersekolah di sekolah pendidikan khas iaitu Mohd Najib Hassan, 21, yang sudah tamat sekolah tahun lalu manakala yang bongsu, Nur Nazirah Ayuni Hassan, 19, masih bersekolah.
“Enam yang menetap dengan kami tidak berumahtangga dan tidak bekerja kerana selain kurang bergaul, kami juga tiada kenderaan jika ditawarkan kerja kecuali basikal yang saya gunakan untuk ke kedai runcit atau pasar,” katanya.
Khadijah berkata, ketika ini mereka juga dibebani tunggakan bil elektrik yang mencecah RM1,500 dan bimbang jika bekalan elektrik dipotong.
Terdahulu, mereka menerima kunjungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, diwakili Pengerusinya, Fazliyaton Daud, yang hadir menyampaikan wang zakat serta bantuan makanan asas.
Mingguan Wanita : Dugaan buat keluarga ini. Moga dipermudahkan segala urusan.
Cara perpisahan terbaik. Jangan terkejut bila ada pasangan suami isteri yang ktia rasakan cukup bahagia, saling menyayangi, ‘loving couple’. Tiba-tiba digemparkan failkan perceraian dan tak kurang juga yang sudah lafaz talak.
Bukan setakat selebriti yang memang akan sentiasa di intai oleh netizen tapi orang biasa-biasa pun boleh terjadi juga. Kita tak tahu pergolakan rumahtangga dan ujian buat mereka.
Bagi yang mampu pertahankan cuba sedaya upaya baiki hubungan. Tak mustahil demi anak-anak dan keluarga. Tapi sampai bila? Kalau itu jalan terbaik, perpisahan bukanlah sesuatu yang buruk.
Tak ada angin, takde ribut, tiba-tiba kedua-duanya umumkan bahawa mereka sudah pun bercerai.
Mulalah bertebaran macam-macam spekulasi. Apa terjadi? Kenapa tiba-tiba sangat?
Subhanallah. Sebenarnya cara perpisahan begitulah yang terbaik.
Masing-masing tidak riuh memperdagangkan masalah rumah tangga mereka. Ujian dan perceraian dilalui secara senyap dan harmoni.
Pengumuman mengenainya juga dibuat secara terhormat tanpa memburuk-burukkan mana-mana pihak.
Justeru, kita hormati.
Ya, walaupun sabar berdepan ujian rumah tangga adalah satu perkara yang terpuji, namun perceraian bukanlah satu perkara yang buruk.
Islam membenarkan perceraian sebagai salah satu jalan keluar daripada satu situasi yang sudah tidak mampu ditanggung lagi.
Sewaktu mentashih karya saya yang bertajuk Be Cool, Ustazah Noor Laila Aniza berkongsi pesanan supaya tidak memandang buruk pada perceraian.
Kalau sekiranya hati menjadi tidak redha dengan rumah tangga, setiap hari jadi benci, sampai nak marah-marah, sampai tak redha dengan takdir Allah, sampai jatuh nusyuz, maka perceraian mungkin jalan terbaik untuk selamatkan iman.
Namun sebelum itu, tetaplah istikharah adalah jalan terbaik untuk mendapatkan keyakinan dalam membuat sebarang keputusan.
Jangan membabi-buta bertindak mengikut hawa nafsu dan kata hati sendiri tanpa merujuk kepada Yang Maha Mengetahui.
Ya, setiap rumah tangga teruji. Biarlah Allah yang berperanan penuh dalam hal ini. Minta Allah beri kekuatan, petunjuk dan penyelesaian.
Antara kata-kata dalam video yang dikongsikan oleh Bonda Nor:
Masalah rumahtangga ini biasalah kan. Mana-mana suami isteri akan bergaduh, berselisihan faham, tetapi sejauhmana kita nak mempertahankan rumahtangga kita itu sebenarnya bergantung kepada hati kita sendiri.
Sejauh mana kekuatan kepergantungan kita kepada Allah.
Ada orang bertahan kerana anak, keluarga, kewangan dan terpulang kepada masing-masing.
Namun, sekiranya kita masih lagi bersabar dan bersabar atas ujian tersebut, maka itu adalah satu keputusan terpuji. Tetapi, kalu kita sendiri tidak redha, dengan apa yang berlaku dalam rumahtangga, maka perpisahan bukanlah sesuatu yang buruk.
Mingguan Wanita : Redha dan mudah-mudahan ada jalan terbaik menanti di hadapan.
Kecoh di media sosial tentang pelabur yang rasa tertipu apabila duit yang dilaburkan dalam Lavida Coin hanya diam menyepi, langsung tiada berita dan 5 tahun menunggu masih belum ada apa-apa lagi.
Apatah lagi wang pelaburan bukannya sedikit sehingga mencecah beribu-ribu ringgit semata-mata untuk dilaburkan dalam Lavida Coin. Apayang membuat pelabur percaya untuk melabur kerana ‘dia’seorang usahawan yang sangat dikenali dan tiada apa yang nak diragukan.
Berikutan itu, sebahagian pelabur skim pelaburan mata wang kripto milik Datuk Seri Vida iaitu Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy) kerna wang yang mereka laburkan tiada memberi sebarang keuntungan setelah 5 tahun menunggu.
“Kami ada tanya di media sosialnya semasa dia buat ‘live’ berkenaan wang kami. Namun, kami dimarahi dan tidak dilayan. Paling dikesali apabila dia buat tidak tahu berkenaan wang kami.”
Seramai 41 orang mangsa itu tidak mampu lagi bersabar dan bertindak mengemukakan tuntutan kerugian berjumlah RM59 juta terhadap usahawan kosmetik dalam satu sidang media baru-baru ini.
Mereka mendakwa, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman gagal memberikan keuntungan yang dijanjikan serta mengembalikan wang pelaburan yang dibuat sejak 2018.
Tambah memburukkan keadaan, Vida dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Diyla bertindak menyekat panggilan dan mesej WhatsApp.
“Mereka masing-masing buat tak tahu. Dia boleh derma dan sedekah tapi kenapa enggan pulangkan wang kami. Tolonglah, kami perlukan wang untuk meneruskan kehidupan.
Sudah lima tahun kami menunggu tapi tiada apa yang ditunaikan malah semua kakitangannya mengelak untuk jawab mengenai pelaburan itu dan tidak tahu di mana Vida berada,” kata mereka.
Mereka turut memfailkan saman terhadap Vida di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama tiga lagi rakan kongsinya yang menjalankan Lavida Coin.
Peguam yang mewakili semua plaintif iaitu Mohammad Izwan Azmi dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan sudah diserahkan kepada Vida selaku defendan pertama pada 15 Disember tahun lalu di Empire Beauty DSV, Angsana Mall, Ipoh, Perak.
Pada Ogos 2018, mangsa membuat pindahan wang ke syarikat-syarikat milik Vida dan menurut representasi oleh pihak defendan iaitu Vida dan lain-lain mendakwa Lavida
Coin adalah sah dari segi undang-undang, ada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia dan agensi lain.
“Namun, pada 29 Ogos 2019, SC mengumumkan Lavida Coin dimasukkan ke dalam senarai amaran pelanggan agar tidak membuat pelaburan.
“Sehubungan itu, jika Vida gagal membuat bayaran kemungkinan tindakan akan diteruskan termasuk muflis selain rumah dan harta di sita,” katanya.
Izwan berkata, di antara pelabur-pelabur terbabit, ada yang memasukkan sekitar RM68,000 dan RM59,000 dan juga bukan sahaja sekitar Malaysia tetapi juga dari Singapura.
“Walaupun mereka berada di luar negara, menerusi promosi dan publisiti yang dibuat di media sosial membuatkan mereka tertarik untuk melabur.
“Namun selepas Vida beberapa kali berjanji untuk pemulangan dan gagal berbuat demikian, mereka akhirnya tampil memilih tindakan mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, Mohammad Izwan berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan itu juga turut diiklankan di akhbar Berita Harian bertarikh 10 Februari lalu atas perintah mahkamah berikutan ia tidak dapat diserahkan kepada tiga lagi defendan-defendan yang lain.
Tiga lagi defendan yang dinamakan dalam tuntutan itu adalah Shuhada Ab Aziz, Mohd Kamarul Azmi dan Noordin Sahlam.
“Tarikh pengurusan kes juga ditetapkan mahkamah pada 4 November 2022, 17 November 2022, 19 November 2022, 4 Januari 2023, 18 Januari 2023, 14 Februari 2023 dan 27 Februari 2023 lalu.
“Bagaimanapun semua defendan gagal menghadirkan diri pada semua tarikh yang dinyatakan,” katanya.
“Kembalikan Duit Kami”
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk memaklumkan status kes terkini selain memfailkan permohonan taksiran kos oleh pihak mahkamah.
Mangsa-mangsa antaranya berkata, mereka membuat pelaburan itu kerana percaya dengan jenama milik Vida malah ada yang mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Seorang mangsa , Yuni Astuti Sutrisno, 42, mendakwa, dia melaburkan wang sebanyak RM61,380 bersama suaminya dan masih berharap agar mendapat kembali wang terbabit.
“Wang ini sangat besar nilainya kerana suami kini bergelar Orang Kurang Upaya (OKU). Saya perlukan wang itu balik. Saya harap ada jalan untuk mendapatkan kembali wang ini,” katanya
Mingguan Wanita : Banyak betul duit rakyat Malaysia, melabur sampai berjuta-juta. Apa pun kena beringat juga. Jangan sebab nak kaya cepat, semua duit lebur..
Sebelum ini tular kisah Adik Adam atau nama penuhnya Muhammad Adam Mikhael yang berumur 3 tahun demam rindu, pengasuh sanggup naik motosikal datang ziarah walau jarak jauh dari rumahnya.