Di saat ramai yang berlumba mengejar dunia, hadirnya seorang wanita yang diam-diam menjadi simbol tauladan iaitu Allahyarhamah Norizah Tambunan Nordin yang meninggal dunia saat dijemput Allah ke Tanah Suci sekaligus menjadikan dirinya jemaah pertama dari Malaysia yang meninggal dunia di Makkah.
Dirinya didapati rebah di perkarangan Masjidil Haram pada hari Jumaat penghulu segala hari, sedang berihram dan sesudah meminum air zam-zam.
Adik Ipar Berkongsi Kebaikan Arwah Norizah
Tidak gah di pentas populariti, cara kematian yang cukup dicemburui iaitu husnul khotimah menjadikan Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Batu Pahat ini menggetarkan hati mereka yang ingin mengetahui sisi-sisi baik semasa hayatnya. Dalam senyap, dalam istiqamah, Allahyarhamah membina satu legasi bukan pada nama tetapi pada akhlak dan amalan yang luar biasa.
Kisah kematiannya yang luar biasa iaitu meninggal dalam keadaan berihram menjadikan dirinya yang bakal dibangkitkan di Padang Masyhar dalam keadaan bertalbiah. Tidak bertelanjang seperti mana kematian biasa. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW tentang seorang sahabat yang meninggal dunia semasa berihram:-
“Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara, kafankanlah dia dengan dua kain ihramnya, janganlah kamu tutup kepalanya dan janganlah kamu wangi- wangikan dia.
Lambaian terakhir Norizah kepada keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pagi Khamis.Anggiat (kanan) bergambar bersama kakaknya Norizah sebelum berlepas ke Tanah Suci pada pagi Khamis.
“Amalannya Sangat Luar Biasa, Taat Pada Mak…
Berikutan kisahnya yang tular, adik ipar kepada arwah iaitu @adniarif berkongsi di instagramnya mengenai kebaikan arwah kakak iparnya. Memaklumkan mungkin tidak sebaik adik kandung bercerita kebaikan seorang kakak, namun dirinya mengesahkan bahawa Kak Norizah adalah insan yang sangat baik.
“Solatnya tepat waktu, lengkap dengan solat sunat. Auratnya dijaga rapi, sentiasa bersarung kaki dan tangan. Konsert tak pernah, karaoke pun tidak, malah ‘jamban karaoke’ pun tak pernah dia jejaki,” tulis iparnya, Adni Ariff dalam satu coretan penuh sebak.
Dalam dunia penuh kelalaian, Allahyarhamah berdiri teguh dalam ibadah. Segala yang lagha dijauhi. Dia tidak hanya menjaga hubungan dengan Allah tetapi akhlaknya terhadap manusia juga memukau. Dikenali sebagai seorang yang sangat amanah dalam kerja, jujur, dan pemurah. Setiap kali anak buah datang dari kampung, dia sudah siap dengan jajan dan kuih raya.Bukan satu tapi 10 balang bukan satu masalah.
“Sangat amanah dan jujur dalam kerja. Tak berkira, rajin layan anak buah. Kalau balik kampung ke KL. Kuih raya standby 10 balang.
Ads
Lebih mengagumkan, dia selalu membantu orang lain diam-diam. Ada ketikanya, bersedekah tanpa sesiapa pun tahu. Dan mungkin itulah antara sebab Allah pilih dirinya untuk satu pengakhiran yang dicemburui ramai, husnul khatimah yang menjadi dambaan setiap Muslim.
Dalam pada itu, @adniariff berkata, paling luar biasa tentang arwah ialah tak pernah menyakiti hati ibunya.
“Paling luar biasa, adalah bagaimana dia menjaga emak yang menderita kanser. Mak mertua saya memang garang tapi kak Nor tak pernah kasar. Tak pernah melawan. Lepas mak pergi, hampir setiap hari dia ke pusara mak. Dia cukup menjaga mak zahir dan batin,” tulis Adni lagi.
Dalam diam, kak Nor menjadi anak solehah yang sebenar. Kepergiannya tidak hanya meninggalkan duka tetapi juga satu rasa kagum yang mendalam. Dia bukan hanya wanita biasa, dia adalah permata yang terjaga.
Ads
“Tak hairan langsung bila tahu, Allah pilih dia untuk pengakhiran yang dicemburui. Dia mungkin bukan wanita viral. Tapi akhlaknya, cukup buat ramai tersentuh.
“Al-Fatihah buat Kak Nor. Semoga Allah tempatkan dia bersama para solehah. Dia mungkin sudah tiada, Tapi cara hidupnya jadi inspirasi untuk kita semua.
Dalam pada itu, adik arwah Norizah berkata, pelukan kakaknya sangat erat pada hari keberangkatan ke Tanah Suci, seolah pelukan terakhir yang terasa sangat sayu.
Dirinya turut berkongsi tiada lagi kucing datang ke rumah mereka selepas kakaknya meninggal dunia, seolah tahu tuan yang selalu menyediakan makanan sudah tiada. Bhakan di satu sudut rumah pusakanya, walau ada TV namun arwah tidak membukanya langsung.
“Ada ruang khusus di rumah pesaka yang didiami Allahyarhamah untuk dirinya ‘bersendirian dengan Tuhan’. Tiada siaran cerita dapat ditonton dari televisyen di rumahnya.. tanda Allahyarhamah benar-benar ‘bercinta dengan rasa rindunya kepada Sang Pencipta’,”.
Ads
Norizah dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika berada di dalam Masjidil Haram.
Terdahulu, Norizah dilaporkan memulakan tawaf sekitar jam 6.20 pagi dan kelihatan keletihan dan berhenti berehat beberapa kali semasa menuju ke Masjidil Haram.
Untuk rekod, arwah merupakan jemaah dalam Rombongan Haji Kerajaan Johor (RKJ) dan baru tiba di Tanah Suci Makkah pada Jumaat.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rakaman video tular seorang murid dimarahi guru. Kini berlegar di sosial media rakaman viceo yang tular seorang murid dimarahi guru. Untuk pengetahuan, seorang murid perempuan tahun tiga trauma untuk hadir ke sekolah selepas didakwa diherdik guru di hadapan khalayak ramai.
Rakaman Video Tular Seorang Murid Dimarahi Guru
Satu klip berdurasi dua minit yang dimuat naik oleh ibu kanak-kanak terbabit di laman Instagramnya memaparkan kejadian tersebut. Turut dikongsikan tangkap layar perbualan ibu murid tersebut yang menunjukkan hasratnya untuk bertemu dengan guru berkenaan bagi berbincang secara baik. Namun, guru terbabit dilihat tidak mengendahkan perkara tersebut, sebaliknya menghantar video dirinya bersama beberapa guru lain yang mengherdik serta memaksa kanak-kanak itu untuk berkata jujur.
Seperti mana dilaporkan Bernama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.
Malah Fadhlina juga menegaskan dek kerana susulan rakaman video tular yang menunjukkan seorang murid dimarahi guru di sebuah kantin sekolah. Fadhlina menerangkan kementeriannya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memberi tumpuan kepada isu ini supaya pihaknya dapat mengingatkan tentang integriti dan etika guru dari masa ke semasa.
“Kita sudah ingatkan perkara itu berkali-kali, sudah ada garis panduannya. Mereka sebagai penjawat awam mesti mematuhi etika dan integriti sedia ada, sebab itu saya kata perkara ini mesti sentiasa diperingatkan dari semasa ke semasa.
“Apa pun isunya, saya yakin dan percaya bahawa ada ruang yang lebih selamat…ruang yang lebih bersifat privasi untuk memastikan apa sahaja perbincangan dan isu dapat kita selesaikan secara baik,” kata Fadlina.
Pada masa yang sama Fadlina juga telah mengamanahkan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan untuk melihat perkara berkenaan.
“Saya amat kesal dengan perkara yang berlaku kerana apabila video itu ditularkan, rakaman tersebut memberi impak besar,” ujarnya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa-apa,”Fikry Ibrahim.
Perkahwinan yang baru sahaja berusia beberapa bulan antara pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah, kini sedang melalui fasa ujian. Tindakan Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis nyata mengejutkan ramai, termasuk Fikry sendiri.
Menurut laporan portal Gempak, Fikry, 31, mengakui langsung tidak mengetahui mengenai tindakan isterinya itu dan menyatakan hubungan mereka sebelum ini dalam keadaan baik.
“Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa-apa,” katanya ringkas, mencerminkan kebingungan dan terkejut dengan situasi yang berlaku.
Surat Saman Telah Diserahkan
Namun begitu, menurut peguam mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, surat saman telah diserahkan kepada Fikry beberapa hari sebelum prosiding bermula.
“Pihak kami telah serahkan surat saman kepada pihak defendan, dan dia sendiri yang menerimanya,” jelas Afiq ketika ditemui media di mahkamah.
Mahkamah turut memaklumkan bahawa sebutan pertama kes telah berlangsung, namun Fikry tidak hadir. Maka, satu tarikh baharu telah ditetapkan untuk membolehkan kedua-dua pihak mencari kata sepakat bagi tujuan perdamaian, iaitu pada 10 September 2025.
Dalam kenyataan lanjut, Afiq menjelaskan bahawa punca utama permohonan cerai adalah kerana tiada persefahaman antara pasangan tersebut. Namun, dalam perkembangan yang lebih positif, Khalizah tidak menutup ruang untuk berbincang dan berdamai.
“Khalizah memfailkan cerai sekitar Mei. Tapi buat masa ini, beliau masih mahu berbincang untuk berdamai, masih mahu beri ruang untuk pendamaian,” katanya.
Untuk rekod, pasangan ini telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan mereka telah bernikah secara rahsia pada 12 Februari lalu, dalam sebuah majlis tertutup di masjid di Jitra, Kedah. Perkahwinan yang penuh misteri itu pada awalnya menjadi topik hangat kerana disorokkan daripada pengetahuan umum.
Namun, baru sahaja melangkah ke fasa awal perkahwinan, kini mereka sedang diuji dengan cabaran yang cukup besar. Semoga Fikry dan Khalizah menemui jalan terbaik, sama ada untuk kembali bersatu, atau berpisah secara baik jika itu takdirnya. Apa pun keputusannya nanti, semoga yang terbaik buat mereka berdua.
Info Tambahan:
Bila Isteri Boleh Failkan Perceraian?
Isteri boleh memfailkan cerai jika menghadapi salah satu atau lebih situasi berikut:
Tiada persefahaman / sering berlaku pertengkaran
Suami tidak memberi nafkah zahir dan batin
Didera secara fizikal atau emosi
Suami menghilangkan diri atau tidak pulang ke rumah dalam tempoh lama
Suami tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami
Isteri tidak rela hidup dalam perkahwinan tersebut dan ada sebab kukuh
Jenis Permohonan Cerai Oleh Isteri
Cerai biasa (Talaq dengan persetujuan suami)
Isteri minta suami lafaz cerai di hadapan mahkamah.
Fasakh (Cerai melalui kuasa mahkamah)
Jika suami enggan menceraikan, isteri boleh mohon fasakh dengan bukti kukuh.
Khuluk (Tebus talaq)
Isteri minta cerai dan sanggup membayar pampasan (tebusan) kepada suami.
Cerai taklik
Jika suami melanggar lafaz taklik selepas akad nikah (seperti tidak beri nafkah 4 bulan berturut-turut), isteri boleh tuntut cerai berdasarkan taklik tersebut.
“Bengkak, Lebam Teruk Di Batang Hidung” Mak Ayah Pantau Anak Main Lato-Lato!.Sekarang menjadi trend anak-anak bermain lato-lato ni. Memang leka dibuatnya, sebab lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat. Namun hati-hati iya, dalam pada seronok anak-anak bermain, mak ayah kena pantau kerana ia mungkin boleh mencederakan diri mahupun orang lain.
Kebelakangan ni selalu nampak video permainan yang dipanggil lato-lato ni. Awalnya nampak video kebanyakan dari Indonesia. Sekarang dah masuk Malaysia. Mana saya tahu?
Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato.
Lato-lato ni ada dua (ladung)pemberat, dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayung kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.
Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung.
Main Cara Selamat
Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain.
Ibubapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:
1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.
Sepertimana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibubapa perlu memantau anak-anak bila bermain.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
#notadrkamarul
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak ayah pantau anak-anak main lato-lato ini iya. Jangan sampai mencederakan diri sendiri mahupun orang lain pula nanti.
Pasangan yang kehilangan anak sulung tahun lalu kini dikurniakan tiga puteri hasil IVF Tunku Azizah. Kelahiran ini menjadi pengubat rindu Al-Fateh dan bukti keprihatinan Tengku Ampuan Pahang dalam membantu pasangan yang berjuang mendapatkan zuriat.