Walau dah 12 tahun berlalu, kejadian pengasuhnya tinggalkan anak kecilnya yang umur setahun di rumah tanpa pengawasan orang dewasa buatkan ibu ini tak boleh nak lupa sampai hari ini. Dekat 6 bulan anaknya itu perlu melalui trauma sebegitu hampir setiap hari.
Memori menyayat hati ini Cik Puan Ammy kongsikan dengan Mingguan Wanita. “Dah pagi, mata tak mahu lelap. Tiba-tiba cerita tentang ‘pengasuh mental’ lalu depan wall. Sebenarnya Ammy pun pernah juga la terkena. Nasib baik tak lama dan Allah SWT melindungi anak Ammy.”
Kejadian 12 Tahun Lepas Segar Bugar Dalam Ingatan
“Anak sulung lelaki Ammy yang baru berumur 1 tahun, hantar pada seorang pengasuh umur dalam lingkungan 40-an. Waktu itu anak baru seorang dan kami suami isteri bekerja. Menetap pula di Melaka.”
Hampir 6 bulan makcik tu mengasuh anak Ammy. Sampai satu hari tu, tergerak hati nak ambil anak awal.
Suami call Ammy dan minta Ammy dapatkan kebenaran daripada majikan untuk balik awal. Suami jemput kat tempat kerja dan terus ke rumah pengasuh.
“Terkejut Ammy bila melihat anak Ammy masih pakai baju pagi tadi dan pampers penuh dengan najis ditinggalkan bersama anak berumur 8 tahun.”
Ibu Selalu Keluar Jam 8 Pagi, Tinggal Adik Sorang Sorang
Bila ditanya ibunya ke mana? Dia menjawab, “Ibu keluar pergi tolong pasang wayar kat rumah jiran…”
Ads
Anaknya becerita lagi, “Ibu selalu keluar jam 8 pagi. Tinggal adik sorang-sorang dengan susu. Kunci grill. Ibu pergi pasang wayar. Kalau saya balik sekolah, saya lah yang jaga adik sampai ibu balik pukul 5 petang. Nanti ibu balik bagi susu dan mandikan adik.”
Terkedu Ammy, patut lah masa Ammy jemput anak jam 5.30 petang, anak bersih je, wangi je. Nasib baik Allah SWT jaga anak Ammy.
Bila ditanya, makcik tu selamba je jawab, “Alaa… Makcik tinggal pun, pintu kunci. Selang 1 jam Acik balik jengok anak kau bagi makan. Bagi susu… elok je hidup.”
Ammy terdiam, masa itu suami Ammy dah gelisah tahan marah. Makcik tu buat anak Ammy ni macam haiwan. Kurung dan bagi makan. Kemudian tinggal macam tu je.
Ads
Kadang Benjol Kat Dahi, Tercalar Kat Tangan
Patut la anak Ammy kadang-kadang ada benjol la kat dahi, tercalar lah kat tangan, jari jemari ada kesan tersepit pintu.
Makcik tu kata anak Ammy lasak suka panjat almari. Lari sana, lompat sini. Bulat – bulat Ammy percaya. Ya Allah… Tak dipantau rupanya.
Patut la kadang kala anak Ammy meragam sakit perut, cirit birit dan adakalanya perut ada bunyi seolah – olah masuk angin.
Ads
Ditinggalnya dengan susu yang mungkin akan basi jika tidak diminum habis. Tak dapat Ammy bayangkan waktu – waktu anak Ammy jatuh tu, mesti dia meraung kesakitan sebab sendirian tiada yang pujuk.
Atau waktu jari dia tersepit, macamana dia lepaskan jarinya, pada umur yang sebegitu kecil. “Allahu… maafkan mama dan baba sayang.”
Suami Ammy tanya kenapa buat macam tu, tinggalkan anak sendirian, tak cukup ke gaji kami bayar sehingga boleh pergi buat kerja luar.
Makcik tu cakap cukup dan dia bukan pergi kerja. Dia tolong kawan – kawannya pasang wayar sebab bosan duduk ruma. Dan dia suka melepak dengan kawan-kawan di rumah jiran-jiran.
Apa kalian fikir… “Adakah makcik itu normal atau sebaliknya?”
Intan Salleh selamat bersalin anak ke empat, cantik tarikh, 10.10.24, “Alhamdulillah…cepat sangat kali ni.” Personaliti media sosial, Intan Liana Salleh berkongsi berita gembira kelahiran anak ke empatnya.
Intan Salleh Selamat Bersalin Anak Ke Empat, Cantik Tarikh, 10.10.24, “Alhamdulillah…Cepat Sangat Kali Ni”
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan dan juga suaminya, Mohd Aizam berkongsi berita gembira itu.
Berikut antara gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram story Intan dan Mohd Aizam.
Bagaimanapun sama ada Intan mahupun suaminya tidak berkongsi jantina bayi yang baru dilahirkan itu.
Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun. Terbaharu, Intan dan suaminya sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Liyana Jasmay kehilangan bapa tercinta, salam takziah diucapkan buat pelakon serba boleh, Liyana Jasmay di atas pemergian bapa tercinta.
Perkhabaran duka tersebut dikongsi oleh Liyana menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Liyana Jasmay Kehilangan Bapa Tercinta
Allahyarham Jasmay Md Shah, 68, dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ulu Klang, Selangor tengah hari tadi akibat kanser paru-paru.
“Semoga babah diampunkan segala dosa, semoga babah ditempatkan bersama orang beriman, semoga babah dijauhi azab kubur.
Arwah Bapa Terbaik Kepada Keluarga
“Anda adalah bapa terbaik kepada keluarga, rakan. Anda bawa cahaya dan kegembiraan kepada orang lain. Awak seorang pemberi.
“Babah beri saya macam-macam dan saya bersyukur kerana babah sudah besarkan saya dengan baik. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang.
“Adik harap dapat jumpa babah di Jannah nanti. Insya-ALLAH,” luah Liyana.
Jenazah arwah bapa Liyana akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Selangor petang ini.
Allahyarham yang merupakan seorang ahli perniagaan semasa hayatnya meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak, Juzaili Jasmay, 44, Faradilla Jasmay, 41, Adriana Jasmay, 39, dan Liyana, 33.
Hebatnya bila pekerja yang dia buat tak ada rasa stres kerja. Pergi dan balik kerja dengan keadaan gembira. Rasanya semua orang inginkan seperti itu. Tapi, semua itu mungkin dalam mimpi.
Setiap orang pasti akan alami stres kerja. Banyak atau sedikit bergantung kepada bagaimana dia mengawalnya. Paling mudah untuk hilangkan stres tentulah dengan bercuti.
Tapi, cukupkah dengan hanya sehari untuk tenangkan diri ini. Lepas tu bila ke tempat kerja, stres bersambung balik. Rugilah, sebab ia langsung tidak membantu kita.
Ada cara nak tangani stres kerja, seperti yang dikongsikan oleh Prof Aziz Shah ini, kena ambil sekurangnya 3 hari cuti untuk tangani stres kerja.
Dalam perkongsian tiktoknya memberitahu bila kita stres dengan pekerjaan dan hanya ambil cuti sehari untuk berehat. Ia tidak banyak membantu untuk kita rasa lebih tenang. Ini kerana, ruang stres dan saki baki masih ada dalam diri kita.
Menurutnya, dalam lingkungan psikologi, sekurang-kurangnya kena ada tiga cuti baru boleh release stres. Ambillah cuti minima tiga hari, tinggalkan pekerjaan, tutup hp, mute grup watsap dan tumpukan pada keluarga.
Bawalah pergi bercuti bersama keluarga, gembirakan diri dan keluarga dan nikmatilah percutian itu.
Selain itu, boleh juga bercui dengan pergi ke pantai, masuk hutan atau tempat peranginan lain. Bergembiralah. Sampai tempohnya, masuk kerja kembali dengan rasa semangat baru.
Carilah me time untuk betul diri betul-betul happy dan tenang.
Mingguan Wanita : jangan lupa, balik kampung pun boleh buat djiwa kita tenang dapat berjumpa dengan keluarga, terus lupa hal-hal kerja. Dengan syarat, jangalah bos ganggu waktu cuti kita. Hihihi.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!