Abang Brian Payung Resipi Ikan Goreng Berlado & Kongsi Tip Nak Buat Sambal Jadi Lagi ‘Piao’

Share

Chef Selebriti yang juga peserta program Masterchef Malaysia musim pertama iaitu Brian Chen memang rajin berkongsi resipi buat para pengikutnya dilaman instagramnya. Posting terbaru yang kongsikan oleh brian adalah Resipi Ikan Berlado, serta tip untuk menjadikan sambal rasa lebih sedap!

Ujar pengasas Brian Masterchef Young Chefs Academy Malaysia dan penyampai Suria FM ini, antara tipnya jangan campurkan air atau minyak bila nak kisarkan bahan-bahan seperti cili dan bawang. Sebaliknya giling bahan-bahan tersebut atau gunakan chopper.Namun jika masih mahu gunakan blender/ pengisar biasa, pastikan tumis lama sedikit sampai garing dan pecah minyak cilinya.

Berikut perkongsian resipi Ikan Berlado Abang Brian yang mak-mak boleh cuba sendiri dirumah.

Ikan pilihan, diperap bersama garam dan kunyit

Bahan kisar/giling:

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi boleh tambah
5 biji cili hijau
1 cili merah
1 sudu besar Ikan bilis

Asam keping
Minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat:

1. Gorengkan ikan dalam minyak panas secukupnya sehingga masak sepenuhnya. Toskan minyak berlebihan. (Nak lagi sihat guna air fryer jer)

2. Tumiskan bahan kisaran/giling dengan minyak secukupnya sehingga pecah minyak. Masukkan asam keping seketika. (Abg brian suka keluarkan supaya tidak terlalu masam).

3.Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sambalnya menjadi hijau gelap.

4. Curahkan sambal atas ikan yang telah digoreng.

Siap! Selamat Mencuba!

Sumber: Instagram Abang Brian

IKLAN