Berita Sosial

Tak Sempat Terjun, Abang Bomba Selamatkan Wanita Di Menara Tangki Air

Share

Nasib baik sempat dan pantas, Abang Bomba selamatkan wanita warga Indonesia yang cuba hapus diri dari menara tangki air tingkat empat di Taman Al Muttaqin, Mukim Lundang semalam.

Tak Sempat Terjun

Kejadian yang dilaporkan pada jam 3.40 petang itu membabitkan seorang wanita berusia 52 tahun yang ditempatkan di sebuah rumah perlindungan sementara menunggu proses penghantaran pulang ke negara asal. Mangsa dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan perasaan.

​Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu tiba di lokasi kejadian pada jam 3.49 petang selepas menerima panggilan menerusi sistem MERS 999.

Mangsa berada pada ketinggian tingkat empat menara tangki air berkenaan dalam keadaan amat tertekan dan berisiko membahayakan nyawa.

Abang Bomba Selamatkan Wanita Di Menara Tangki Air

​Menerusi perkongsian Info Kemalangan & Bencana Malaysia, pasukan keluaran operasi bertindakonesia menggunakan kaedah psikologi dengan memujuk mangsa secara berhati-hati bagi mengelakkan tindakan luar kawalan.

​Mangsa akhirnya berjaya dipujuk dan dibawa turun ke kawasan selamat sebelum diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan serta pemantauan lanjut.

​Operasi penyelamatan yang melibatkan perjalanan sejauh tujuh kilometer dari balai itu diselesaikan sepenuhnya pada jam 4.55 petang.

Published by
Nadia Mohamad