Perkara pertama yang terlintas di kepala bila tengok dapur terbakar tentulah dengan mengambil air untuk padamkan. Tapi, sebaliknya bukan makin padam tapi makin marak.
Inilah kesalahan yang sering berlaku bila ada kebakaran di dapur. Dalam kepala hanya fikirkan air saja yang mampu padamkan api dan boleh selamatkan rumah dari terbakar.
Perkongsian daripada Abang bomba tentang cara nak padamkan dapur terbakar adalah dengan menggunakan tuala basah saja. Kalau guna air, ia boleh menyebabkan api makin marak.
Pesanan abang bomba dan tunjukkan cara padamkan api dapur terbakar.
Ads
1. Jangan padam dengan air.
2. Ambil tuala basah dan tekapkan pada kuali atau peralatan yang terbakar.
3. Tutup gas atau api dapur yang terpasang.
Ads
4. Angkat kuali atau periuk yang terbakar tadi ke tempat terbuka.
5. Angkat dan boleh lihat asap berkepul-kepul pada peralatan dapur.
Ads
Mingguan Wanita: Ingatan buat mak-mak. Jangan sesekali siram dengan air.
Rupanya syarat terkini bagi permohonan untuk memperbaharui passport tak lagi macam dahulu, semuanya kena buat secara online untuk tempoh 5 tahun terus bagi memudahkan urusan. Tak lagi seperti dahulu boleh pilih berapa tahun yang kita nak.
Bagi yang ingin memperbaharui passport, sebaiknya semak dahulu syarat-syarat terkini daripada pihak Imigresen dahulu, lengkapkan maklumat dan bawa dokumen penting yang diperlukan nanti.
Boleh rujuk perkongsian daripada Puan Rafhanah Roshdi yang berkesempatan memperbaharui passport baru-baru ini sebagai panduan.
Setelah 5 kali berulang ke Pejabat Imigresen pada hari ini, akhirnya settle dan ini hasilnya .
LESSON LEARNT..must know what are the latest requirement to renew passport, tak macam zaman dulu-dulu dah ye. Sekarang renew terus 5 tahun dan takda pilih-pilih nak berapa tahun macam dulu. Bayar RM200 untuk orang dewasa. Kanak-kanak dan warga emas berumur 60 tahun ke atas bayar RM100 sahaja.
Untuk orang dewasa (18 tahun ke atas), sekarang buat online sahaja. Kena upload gambar passport softcopy (background putih) masa mohon online tu nanti. Untuk orang dewasa proses mohon amat senang ya.
Cuma kena celik ICT sikit, sebab nak kena cekap cara nak upload softcopy gambar online tu sahaja. Lain-lain part, kena faham bagaimana nak isi maklumat borang mohon online itu sahaja. Kalau tak faham cara nak isi, hello ja tanya pejabat imigresen terdekat. Settle masalah.
Untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah, kena pergi pejabat imigresen walk in bersama ibu atau bapa. Bawa bersama surat beranak ORIGINAL (paling penting sebab ini penyebab patah balik rumah semula selongkar mencari), mykid dan passport lama. Mesti bawak anak ya semasa proses dari awal hingga akhir.
Bayar takda pakai cash dah ye, pakai card bank je semua. Part paling last kena tunggu sejam lepas proses pembayaran untuk ambil passport yang sudah siap printed.
JANGAN lupa bawa anak bersama sebab ada part kena scan fingerprint dia masa ni. Jangan ingat dah settle semua dokumentasi tadi termasuk cap jari anak, takyah bawa anak dah, datang mai ambil ja..(diri sendiri terkena adeh..haha..berulang semula mengangkut anak).
Sebarang maklumat lanjut baca link ini. Nak mohon online pun di sini..SEMOGA MEMBANTU.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah yang nak buat passport baru, pastikan ikut tip dan panduan yang dikongsikan ini bagi memudahkan urusan nanti.
Sakit mata pula bila kupas telur tak cantk dan terkupas dengan isinya sekali. Terus terbantut selera nak makan. Nak hidang pun rasa segan pula, tambah-tambah kalau nak dihidangkan buat tetamu.
Biasanya rebus telur untuk dijadikan pelengkap untuk nasi lemak, mee kari dan sebagainya. Memanglah untuk dimakan tapi kalau menggerutu sebab kupas telur tak cantik, terus tak selera.
Ada cara nak pastikan telur rebus cantik dan mudah. Ikuti perkongsian ini.
Bila malam, lampu kereta seakan kelam, nak tengok jalan pun susah. Risau juga sebab Inilah yang boleh membahayakan kepada pemandu.
Rupanya, bahagian depan lampu kereta kabur dan nampak macam tak berfungsi. Sedangkan mentol elok pun. Nak senang, terus bawa ke bengkel untuk baiki. Mahunya bayaran pun boleh tahan juga.
Kalau nak tahu, lampu kereta kabur ini boleh saja jernihkan dan buat sendiri di rumah. Modal pun tak adalah mahal pun. Inilah yang dikongsikan oleh Uncle Tang Siew Siang dalm tiktoknya.
Selepas 21 hari dihantar ke penjara selepas Mahkamah Tinggi memutuskan dirinya bersalah atas kesalahan rogol, hari ini Mahkamah Rayuan membebaskan sementara Da'i Syed.