Abah Saya Jarang Sangat Marah, Tapi Sekali Dia Geram Adik Pun Boleh Kena Ikat Dekat Pokok

Share

Perjalanan nak menjadi wartawan ini bukan mudah. Bukan boleh menulis sudah boleh dipanggil wartawan. Tak sama sekali. Kerjaya ini datang dengan pakej tanggunjawab yang sangat.. sangat.. berat. Bukan cerita wartawan itu yang mahu dihighlightkan tapi sebagai pengenalan supaya taklah terkejut membacanya. Ini kisah abah saya.

Abah saya bukanlah ada harta yang mewah macam sesetengah orang lain. Tapi walaupun abah tak hebat macam orang lain, abah tetap hebat di mata saya.

Dari kecil abah saya ini buta huruf, tak pandai pun membaca. Abah tak pernah cerita pun yang dia tak boleh membaca.

Abah tak nampaklah.. tulisan kecik sangat

.” Itulah selalu yang abah sebut. Beralasan agar anak-anak tak rasa rendah diri dengannya.

Saya tetap tahu. Namun, tak pernah salahkan abah. Sebab keadaan sukar keluarga abah buatkan abah terpaksa rela membiarkan dirinya tak bersekolah. Bantu keluarga.

Satu hal yang buat saya senang dengan abah. Dari saya kecil abah tak pernah nak marah-marah anak tak tentu pasal. Isk! Memang tak adalah. Kalau saya dan adik-adik nakal sekalipun, abah denda saya berdiri berjam-jam dekat bucu katil.

Yang hairannya, saya boleh pula ikut apa abah suruh tu. Kalau saya praktik kat anak-anak mau anak-anak. Baru berdiri 2 saat lepas tu lari lintang pukang. Haish!

Tapi bila abah dah marah memang kitaorang takut tak jejak tanah. Pernah adik saya tak nak ke sekolah, abah ikat dia dekat pokok. Mak cerita sekali tak sedar rupanya ada kerengga gigit adik. Pernah juga adik saya yang lain kena rendam dalam air kolah. Hah! Kau ada? Mujur zaman itu tak ada makcik pakcik bawang.

Tapi kesan dari kisah itu, adik saya terus nak masuk sekolah. Lepas adik digigit kerengga itu, mak mandikan adik dan mak abah hantar semula adik masuk sekolah.

Moga Abah Sihat

Cuma rezeki saya dalam bab belajar ini mungkin murah sedikit Allah beri. Saya dapat sambung belajar di UiTM.

Bila saya jauh dari keluarga waktu itu. Tiba-tiba rasa sayang dekat mak abah tu makin mendekat. Mulalah abah jadi tempat saya mengadu waktu zaman belajar dulu.

Terutama pada cerita yang mak memang takkan faham dan tak nak faham.

Rahsia yang tak nak mak tahu, Abahlah orang pertama yang akan tahu.

Dalam usia 40 ini, saya masih dan tetap akan jadi anak manja abah.

Abah tak tunjuk sayang tu. Tapi saya tahu seluas lautan kasih abah.

Hobi abah malam-malam, duduk di satu sudut kerusi kegemarannya di dapur sambil petik-petik gitar.

Dengar lagu-lagu klasik yang menenangkan slow and steady.

Akhir-akhir ini abah selalu juga semput. Dulu pun sama semputnya. Tapi semput akhir-akhir ini makin ketara.

Seni Menulis Turun Dari Abah

Tapi abah tak pernah duduk diam.

Pagi-pagi sepie abah dah bangun bagi makan ayam, mesin rumput terus sambung buat rumah.

Abah masih KUAT buat RUMAH ORANG!

Sebabnya abah nak adik saya yang bongsu itu terus belajar dari dia. Ambil ILMU PERTUKANGAN orang lama-lama yang susah dah nak jumpa.

Ilmu buat rumah abah memang mahal. Dulu masa kecik saya tolong abah bancuh simen, angkat batu pasir. Ikut abah tolong kutip buah sawit.

Saya ingat, kemahiran menulis ini pun datang dari abah. Bezanya abah seni pertukangan buat rumah, saya tukang tulis.

Apa pun, semoga ABAH kuat.. sihat. Dan adikku.. belajar LAJU-LAJU, CEPAT-cepat ilmu mahal abah itu.

 

IKLAN