9 Kapal Misi Kemanusiaan FFC Ke G4za Telah Dipintas Zionis, 8 Wakil Malaysia Di Kapal Conscience Turut Terlibat

Share
9 kapal misi kemanusiaan ke G4za telah dipintas zionis, 8 wakil Malaysia di kapal Conscience turut terlibat.  Kesemua sembilan kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) telah dipintas oleh tentera Zionis kira-kira jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Ketika kejadian, kesemua kapal itu berada di perairan antarabangsa berhampiran G4za.
Menurut Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), seramai lapan delegasi Malaysia berada di atas kapal utama, Conscience terdiri dari  Mohd Alauddin dan Dr Fauziah,  Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi.
Selain itu terdapat dua pensyarah Prof Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar serta wartawan Astro AWANI Syafik Shukri Abdul Jalil telah berlepas dari  Porto Otranto, Itali pada 30 Sept.
Manakala seorang lagi wakil Malaysia, Dr Maziah Muhammad berada di atas kapal layar Umm Saad.

Kesemua mereka merupakan peserta misi kemanusiaan yang bertujuan menyalurkan bantuan serta mengumpul bukti pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim Zionis.

Sebentar tadi tracker yang dinaiki aktivis ini dilihat terhenti di tengah lautan menghampiri zon merah.
Published by
Almaswa Haji Che Ros