Lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Raya. Dalam pada meraikan kemeriahan Hari Raya dengan penuh kesederhanaan tahun ini, mungkin ada yang tanpa sedar melakukan kesilapan-kesilapan ini.Sekaligus membuka ruang dan peluang menambah dosa.
8 KESILAPAN KERAP DI HARI RAYA [DENGAN PINDAAN RAYA ISTIMEWA 2020]
1) Sentuhan
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi. Larangan ini disebut di dalam al-Quran dan kefahaman dari Hadis Nabawi. Disebabkan COVID tahun 2020 ini, ini mungkin akan sangat berkurangan.
2) Aurat & Ipar
Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. Inti larangan ini ada disebut di dalam al-Quran dan kefahaman dari Hadis Nabawi. Disebabkan COVID tahun 2020 ini, ziarah menziarahi pasti berkurangan, maka hal ini juga turut dapat dielakkan pada raya kali ini.
3) Wangian Wanita
Kaum wanita memakai wangian semerbak dengan sangat kuat (sepatutnya cukup hanya sekadar tidak berbau busuk sahaja) dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. Larangan ini dengan jelas disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Nabawi. Disebabkan COVID tahun 2020 ini, beraya di luar rumah sangat terhad, maka tentunya hal ini juga turut dikurangkan. Wangian sesama adik beradik, tiada masalah.
Ads
4) Pakaian Wanita
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. Larangan ini dengan jelas disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Nabawi. Disebabkan COVID tahun 2020 ini, tiada banyak pakaian yang perlu ditayangkan namun ini masih berbangkit disebabkan keaktifan gambar dan video yang disebar melalui internet.
5) Adab di Kubur
Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga DUDUK di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin). Larangan ini berdasarkan kefahaman dari Hadis Nabawi. Disebabkan COVID tahun 2020 ini, ramai yang tidak balik ke kampung mungkin hal ini juga turut berkurangan.
6) Meninggalkan Solat
Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya di sana sini. Berdoa agar solat dijaga sebaiknya khsuusnya waktu COVID yang mana jangkitan dan kematian [bagi yang berisiko tinggi] adalah dalam tempoh 2 minggu sahaja.
Ads
7) Dosa Bertempoh
Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating lelaki perempuan, bersyahwat melalui telefon dan ‘chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
8) Mata Lelaki
Tidak menjaga pandangan mata sama ada terhadap wanita yang yang sedang bergaya dan menayangkan aurat mereka. Atau juga sewaktu berada di dalam rumah sudara mara, iaitu mengintai ke dalam bilik dan sebagainya.
Sebenarnya kesilapan-kesilapan ini turut berlaku secara kerap di bukan musim perayaan, tetapi sengaja di highlight akibat raya Aidil Fitri sepatutnya menjadikan kita extra sensitif dengan ruang dan peluang dosa, hasil tarbiah Ramadaniah.
Ads
Dr Zaharuddin Abd Rahman
28 Ramadhan 1441 H
21 Mei 2020
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat menjadi panduan kita. Sama-samalah kita mendidik diri dan hati daripada melakukan kesilapan-kesilapan ini pada hari raya sekaligus bagi mengelakkan dosa.
Bacakan Surah AL-QADR Pada Ubun Bayi, Tak Sampai Berapa Minit Anak Tidur Sendiri! Bukan semua bayi mudah untuk tidur. Ada yang memerlukan masa yang agak lama dan tidur menggunakan buai baru boleh lelap. Bila bayi sukar tidur, mudah meragam dan mak-mak punya kerja di rumah pun boleh tergendala.
Menerusi perkongsian daripada Puan Almu Aryna, ikhtiar ini berkesan membuatkan anaknya mudah tidur.
Alhamdulilah..first time buat, menjadi. Sebelum ni my baby ni susah tidur nak buai je tak kira siang atau malam.
Pagi ni cuba bacakan surah AL-QADR. Tiup di ubun-ubun anak, niat supaya dia tidur. Tak sampai berapa minit, dia tidur sendiri tanpa buai.
Ya Allah.. terima kasih sahabat FB yang berkongsi tip/ikhtiar ini. Kalau ada ibu-ibu yang ada masalah anak susah tidur boleh la cuba bacakan surah Al- Qadr ni pada anak.
Pengertian Surah Al-Qadr:
(1) Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar
(2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
(3) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
(4) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
(5) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Mingguan Wanita:Buat mak-mak yang ada masalah anak susah nak tidur, boleh amalkan baca surah al-qadr ini pada ubun-ubun anak sebagai salah satu ikhtiar. Moga anak lebih mudah tidur sendiri, tanpa guna buai pun.
Gaduh adik beradik, itu perkara biasa. Marah, lepas tu boleh pulak gelak ketawa bila jumpa kembali. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula darah daging sendiri.
Namun, tak semua adik beradik boleh macam tu. Jenis ada gaduh adik beradik sampai left grop keluarga, tak bercakap berbulan-bulan dan lebih teruk ada yang sampai sanggup putus saudara.
Jangan begitu, itulah darah daging kita. Tak perlu nak bergaduh atau bermasam muka. Kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti, keluarga jugalah tempat kita akan kembali. Seperti apa yang dokongsikan oleh Nurshakinah Ahmad dalam video tiktoknya.
Adik beradik, ada sesetengah orang bergaduh bukan main lagi, sampai ‘left grop’ tak nak bercakap berminggu-minggu, block sana, sini.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik. Ada msa alah faham, berselisih pendapat. Tapi janganlah jadi macam budak-budak. Kita yang dah matang dan besar panjang kenalah tangani dengan baik.
Doakan yang baik dan bukannya perbesarkan masalah yang ada. Bayangkan kalau dah ‘left grop’, lepas tu terhegeh-hegeh pula nak masuk grop keluarga. Kan dah malu!
Terimalah adik beradik kita sebab kita tak pilih untuk dapat adik beradik begitu tapi Allah yang pilih. Jadi, jagalah amanat dengan baik.
Sentiasa Memaafkan
Kena ingat, suatu hari ditakdirkan kita susah, mesti akan berbalik pada adik beradik dan keluarga juga. Ada beribu-ribu kawan pun, kita akhirnya akan berbalik pada keluarga.
Begitu juga hubungan suami isteri, kita sayang, romantik, bagai pinang di belah dua tapi bila dilandai badai, orang yang kita akan rujuk dan balik pada keluarga kita juga.
Jadi, sentiasalah memaafkan dan doakan yang baik-baik untuk adik beradik dan keluarga kita.
Mingguan Wanita : Tak perlulah nak gaduh, dengki atau iri hati. Susah macam mana sekalipun, dengan adik beradik juga kita minta tolong.
Pengasas jenama tudung terkenal Bawal Exclusive, Haliza Maysuri bersama suaminya menzahirkan rasa syukur apabila impian mereka untuk mewakafkan sebuah van jenazah akhirnya menjadi kenyataan.
Dalam satu perkongsian menyentuh hati di laman Instagram miliknya, Haliza meluahkan rasa keinsafan apabila mereka sendiri mengiringi van tersebut ke Masjid Bandar Bukit Puchong, tempat ia akan berkhidmat buat masyarakat setempat.
Apa yang lebih mengesankan, beliau sendiri duduk sebagai penumpang manakala suaminya memandu van tersebut—sebuah pengalaman yang cukup menyentuh jiwa dan memberi makna mendalam.
“Wakaf van jenazah ini, insya-Allah, akan terus memberi manfaat sampai bila-bila. Bayangkan berapa ramai yang akan dibantu, dan setiap kali ia digunakan, pahala mengalir… walaupun kita sudah tiada,” kata Haliza dengan penuh rasa syukur.
Masjid Bandar Bukit Puchong bukanlah asing bagi pasangan ini. Sejak 2014, ibu pejabat dan kilang Bawal Exclusive beroperasi berhampiran masjid tersebut. Di situlah titik mula rezeki mereka dilimpahkan Allah, dan di situlah juga mereka memilih untuk memberi kembali kepada komuniti setempat.
“Masjid ini dekat di hati saya. Saya juga telah wasiatkan, jika suatu hari saya dijemput Ilahi, saya ingin diuruskan dan disemadikan di sini – di tempat yang menjadi saksi usaha dan rezeki selama ini,” tambah beliau lagi.
Saham Akhirat
Sumbangan van jenazah ini turut dilihat sebagai satu bentuk amal jariah yang bukan sahaja memberi manfaat berterusan kepada masyarakat, tetapi juga menyemai kesedaran betapa pentingnya bekalan untuk akhirat.
“Semoga usaha kecil ini menjadi saham akhirat buat kami suami isteri, dan buat pelanggan yang tidak pernah jemu menyokong BE. Doakan kami terus istiqamah dalam berjariah, dan semoga kita semua tidak lupa bahawa sebaik-baik bekal untuk akhirat adalah amal soleh,” ujar Haliza mengakhiri perkongsiannya.
Inisiatif ini turut mendapat kerjasama Yayasan Bawal, yang aktif dalam menjayakan program-program kebajikan dan komuniti sejak beberapa tahun lalu.
Terdahulu, Bawal Exclusive Sdn Bhd merupakan antara penyumbang zakat terbesar Selangor berjumlah RM 1 Juta baru-baru ini. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin binti Abdul Rahman Ramadan lalu.
Semoga sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan untuk kebajikan ummah dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...