Lepas 8 Bulan Wanita Ini Cuci Muka Guna Tomato Beku, Hilang Habis Jerawat Degil, Kulit Pinkish Berseri

Petua cuci muka guna tomato beku ini memang ramai dah tahu. Tapi tak ramai yang betul-betul gigih nak mencuba. Beza benar dengan si manis Asha Zakaria ini. Berkat guna tomato beku pada wajah, inilah yang berlaku.

8 bulan lalu, wajah di bahagian dahi dan sekitar hidungnya naik jerawat degil. Orang perempuan memang paling susah hati bila muka naik jerawat. Tangan itu gatal je nak memicit, hajat hati nak buat bagi cepat-cepat hilang.

Sebenarnya, jerawat yang tumbuh dekat muka tu jangan sekali-kali tersentuh dengan kuku. Nanti lagi melarat. Cik Asha ini memilih cara paling alami, tak ada pun campuran bahan bukan-bukan tapi kesannya superb.

Walaupun ambil masa yang agak lama, tengok kulit wajahnya sekarang. Berseri-seri kemerah-merahan. bersih licin. Jerawat yang dulu degil langsung hilang. Kagum betul.

Beliau kongsikan cara macam mana nak bagi hilang jerawat degil dengan cuci muka guna tomato beku ini.

 

8 Bulan Wanita Ini Cuci Muka Guna Tomato Beku, Kesannya Hilang Habis Jerawat Degil ‘Kulit Pinkish Berseri’

Tip Hilangkan Jerawat Dan Parut Degil Guna Tomato Beku

Cara ini pun boleh buatkan kulit wajah bertambah glowing.”

Bahan

1 biji buah tomato

Caranya

1. Cuci dan simpan dalam peti ais (bahagian beku)

2. Biarkan 1 hari. Ambil dan potong dua.

3. Gunakan sebelah saja. Sebelah lagi boleh simpan semula dalam peti sejuk beku.

IKLAN

4. Ambil dan gosokkan pada kulit selama 15 minit.

5. Biarkan selama 1 jam kemudian, cuci muka seperti biasa.

6. Buat setiap hari. Seeloknya pada sebelah pagi.

7. Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu.

Video : Macam Inilah Cara Cuci Muka Guna Tomato Beku

 

Sumber/Foto/Video : Asha Zakaria

IKLAN

Cuci Muka Guna Tomato Ikut Jenis Kulit

Kulit Jenis Kombinasi

Jika kulit jenis kombinasi, cuba cuci muka dengan gabungan tomato dan isi avocado. Blend kedua-dua bahan dan sapukan dengannya. Kulit yang kekeringan akan kembali lembap dengan dua bahan ini.

Jenis Kulit Muka Berminyak

Kombinasi tomato dan timun adalah sangat baik sekali. Kisar keduanya dan tepek di wajah, ia akan menyingkirkan minyak yang berlebihan. Dan mencegah kulit dari kekeringan.

Kulit Jenis Kering

Campurkan sedikit minyak zaitun pada tomato kisar, sapu pada wajah. Biarkan seketika dan cucilah bersih seperti biasa. Ia akan memberi kesan lembap dan lembut pada kulit wajah.

 

8 Bulan Wanita Ini Cuci Muka Guna Tomato Beku, Kesannya Hilang Habis Jerawat Degil ‘Kulit Pinkish Berseri’

 

7 Petua Berkesan Tomato Rawat Masalah Kulit Wajah

1. Kecutkan Pori-pori Terbuka

1 sudu besar jus dari buah tomato campurkan dengan 4 ke 5 titik jus lemon. Sapukan pada kulit wajah dan bilas dengan air hangat untuk menyecutkan pori-pori yang terbuka.

IKLAN

2. Hilangkan Jerawat Degil

Ini satu lagi cara rawat kulit muka berjerawat guna tomato. Hancur dan lenyekkan tomato dan sapukan pada kulit wajah. Bilas selepas 1 jam untuk kesam lembapan yang lebih baik. Penggunaan yang kerap akan mengecutkan jerawat dengan lebih berkesan.

3. Buang Noda Hitam

Paling menyampah bila noda hitam tumbuh di sekitar hidung. Caranya hiris tomato dan sapukan pada kawasan bermasalah. Tengok nanti kesannya.

4. Singkirkan Minyak Berlebihan Dekat Muka

Anda cuma perlu kisar tomato dan timun. Sapukan pada muka guna bebola kapas. Buatkah sekerapnya untuk menghalang minyak dari kulit wajah.

Nota : Pastikan pengisar tu bukan yang buat kisar cili, kunyit bagai ya.

5. Cerahkan Kulit

Masalah ini jadi bila bercuti di pantai. Kulit akan jadi terbakar. Caranya, lindungi kulit wajah dengan tomato yang dah dilenyek. Ambil isi buah tomato dan letak dimuka selama 15 minit. Kemudian cuci bersih dengan air dingin.

Kalau nak kesan lebih cepat, campurkan dengan 2 sudu besar susu dan kentang lenyek. Cuci selepas 5 minit guna pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda dan sapukan vitamin E.

6. Hindari Kulit Kusam

Campurkan dadih (original) dengan tomato. Jadikan masker. Biarkan selama 20 minit pada kulut wajah anda. Cuci bersih dengan air suam. Dadih ada sumber protin yang baik untuk menyejukkan kulit wajah.

7. Nak Kulit Lebih Cerah

Kisah tomato dan campurkan madu. Sapukan pada muka dan selepas beberapa ketika cuci sampai bersih.

Sumber : rewardme.in

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI