69 Orang Dipercayai Tertimbus, Jalan Batang Kali-Genting Ditutup Kedua-Dua Arah

Share

69 orang dipercayai tertimbus, jalan Batang Kali-Genting ditutup kedua-dua arah. Musim hujan di penghujung tahun ini menjadi kenangan ngeri buat 100 peserta tapak perkhemahan Father Organic Farm, Gohtong Jaya di Genting Highlands apabila berlaku kejadian tanah runtuh dari ketinggian 30 meter.

Dalam kejadian awal pagi Jumaat ini, sekitar 69 orang dipercayai masih terperangkap dan usaha sedang menyelamatkan sedang giat dijalankan.

69 Orang Dipercayai Tertimbus

Dipercayai 28 orang diselamatkan dalam runtuhan di tapak khemah ini
Mangsa berjalan keluar selepas diselamatkan
Inilah tapak perkhemahan yang ditimpa tanah runtuh pada ketinggian 30 meter pagi tadi
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.

Dalam perkongsian terkini di fb Bahagian Operasi JBPM,  Komander operasi memaklumkan terdapat 28 orang mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat. Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih hilang sedang giat dijalankan.

Sekitar jam 3.33 minit pagi tadi dimaklumkan Jalan Batang Kali – Genting tidak boleh dilalui semua kenderaan. Berdekatan Selekoh Ais Krim KM15 ada tanah runtuh menutup kedua-dua arah naik dan turun.
Bagi yang bakal merancang perjalanan bercuti ke lokasi popular ini agar lebih berwaspada kerana segalanya mungkin terjadi tambah-tambah masa kini hari hujan.
Didoakan agar mangsa yang tertimbus dalam diselamatkan dengan segera.
Follow kami di Facebook , Website
, Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 

IKLAN