tabiat

Perasan tak, kadang kala kita rasa dah kawal pemakanan ikut diet yang disarankan, tetapi berat badan tetap tak turun-turun, sama je. Malah lebih teruk makin naik lagi ada.Sebenarnya ada 6 tabiat yang jika selalu diamalkan, jadi punca kalori bertambah tanpa kita sedari.

Berikut perkongsian oleh perunding kecergasan Coach Fatin Najwa sebagai panduan;

“TAK TAU LAH KENAPA BERAT TAK TURUN LAGI NI.. SAYA BUKAN MAKAN BANYAK PUN”

Yes ni situasi yang selalu berlaku kan? Misteri berat tak turun-turun walaupun lunch makan sesuap nasi je dengan beberapa carik ayam rebus, kenapa jadi macam ni???

Sebab… banyak makan kalori tersembunyi yang tanpa sedar. Korang je tak perasan tapi cuba check balik ada tak buat benda-benda ni?

6 Tabiat Makan Kalori Tersembunyi Tanpa Sedar Jadi Punca Berat Badan Naik, Masak Sambil Rasa Antaranya

IKLAN

1. MAKAN DALAM KERETA

Sambil travel, sambil nak gi kerja, makan masa tengah jammed, makan masa tengah boring drive balik kampung… makan pulak keropok atau potato chips. Tiba-tiba dah nak dekat 500 kalori kat situ je.

2. MASAK SAMBIL RASA

Dah la masak makanan yang tak healthy cooked, pastu asyik mengulang rasa je. Setiap sudu kuah tu ada kalori tau. Ataupun yang suka baking dessert ni. Sambil baking sambil ngapp masuk mulut.

3. PORTION MAKANAN

Ni saya dah selalu cakap dah. Makanan yang sihat pun kalau portion berlebihan, masih juga tak bagus. Contoh, peanut butter tanpa gula. Portion recommended 1 sudu tapi kalau makan bersudu-sudu.. sama je sis. Kalori tetap kalori, lemak tetap lemak.

IKLAN

4. KALORI DARI AIR

Stop minum air manis. Minum air kosong. Air kosong zero calorie. Titik.

5. SOS & DRESSING

Hari-hari kononnya makan sandwich telur rebus atau tuna in water atau subway wrap or salad. Tapi sos n dressing dia tuuu… masyaAllah menjejes jejes terkeluar.

IKLAN

6. MAKAN SEBAB BAHAGIA

I tak lapar pun tapi suami i ajak teman dia dinner. Terpaksa makan juga taknak bagi dia merajuk. Tapi makan sampai bertambah-tambah. Ataupun bahagia tengok anak makan sedap rasa berselera pulak. Makan bukan sebab lapar tapi sebab emosi. Jaga-jaga, makan malam sebab bahagia ni cepat je boleh naik badan tanpa sedar tau!

Ada tak situasi ni yang mak-mak, kakak-kakak pernah buat? So dah tau kan kenapa berat tak turun-turn. Kongsikan dengan kawan-kawan lain untuk sebarkan info ni. Takde yang misteri pun bila diet ni.. cuma kita je yang selalu tak sedar.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Instagram Coach Fatin Najwa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI