
51 keping emas selain beg berjenama antara dirampas dari pendakwah bebas, disyaki seleweng dana Ngo RM12.3 juta. Susulan pembongkaran dana zakat diseleweng sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) bernilai RM230 juta, semalam seorang lagi pendakwah yang popular di platform Tik Tok antara ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipanggil memberi keterangan semalam.
51 Keping Emas Selain Beg Berjenama antara dirampas SPRM
Pendakwah ini dikatakan sering membuat perkongsian agama di Tik Toknya saban hari direman lima hari hingga 26 April untuk siasatan penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana dia adalah pengerusinya.
Menurut sumber, SPRM menyita wang tunai sebanyak RM6,576; mata wang asing 95,568 Riyal dan SGD795; tiga unit jam tangan bernilai RM5,000 dan tiga unit beg tangan berjumlah kira-kira RM3,000.
“Turut disita adalah lima unit gelang tangan berjumlah kira-kira RM26,000; sebentuk cincin berjumlah kira-kira RM2,000; satu unit rantai berjumlah kira-kira RM7,000 dan 51 keping emas seberat 1 gram berjumlah kira-kira RM31,000.
Terdahulu, kebenaran tahanan reman dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkifli selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas menerima permohonan SPRM.
Lelaki berusia 30-an itu ditahan 8 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail dilapor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.