Ads

51 Keping Emas Selain Beg Berjenama Antara Dirampas Dari Pendakwah Bebas, Disyaki Seleweng Dana Ngo RM12.3 Juta

51 keping emas selain beg berjenama antara dirampas dari pendakwah bebas, disyaki seleweng dana Ngo RM12.3 juta. Susulan pembongkaran dana zakat diseleweng sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) bernilai RM230 juta, semalam seorang lagi pendakwah yang popular di platform Tik Tok antara ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipanggil memberi keterangan semalam.

51 keping emas, wang tunai, barangan kemas, mata wang asing dan antara yang disita SPRM susulan penahanan pendakwah bebas yang disyaki terbabit penyelewengan dana Ngo RM12.3 juta.

51 Keping Emas Selain Beg Berjenama antara dirampas SPRM

Pendakwah ini dikatakan sering membuat perkongsian agama di Tik Toknya saban hari  direman lima hari hingga 26 April untuk siasatan penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana dia adalah pengerusinya.

Ads

Menurut sumber, SPRM menyita wang tunai sebanyak RM6,576; mata wang asing 95,568 Riyal dan SGD795; tiga unit jam tangan bernilai RM5,000 dan tiga unit beg tangan berjumlah kira-kira RM3,000.

51 Keping Emas Selain Beg Berjenama  Antara Dirampas Dari Pendakwah Bebas, Disyaki Seleweng Dana Ngo RM12.3 Juta
51 keping emas  selain beg berjenama antara dirampas oleh SPRM dalam serbuan ke rumah pendakwah ini semalam

“Turut disita adalah lima unit gelang tangan berjumlah kira-kira RM26,000; sebentuk cincin berjumlah kira-kira RM2,000; satu unit rantai berjumlah kira-kira RM7,000 dan 51 keping emas seberat 1 gram berjumlah kira-kira RM31,000.

Ads

Lelaki berusia 30-an itu ditahan 8 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail dilapor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Jogging

Jogging Bertahun Tapi Stamina Tak Berubah, Sebenarnya Majoriti Buat Kesalahan Ini!

Ramai orang jogging bertahun tetapi stamina macam sama sahaja. Tiada perubahan. Agaknya apa yang salah dan apa yang patut diubah?