5 tip kekal bahagia dan jodoh bersuami lelaki jauh lebih tua
Kredit foto : New Straits Times

Jodoh setiap orang berbeza-beza, tuhan beri sesuai dengan kelayakan mereka. Berita tular perkahwinan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes yang mengahwini teman wanitanya dari Korea, Chloe berlegar di media sosial. Perbezaan usia yang ketara, hampir 33 tahun membuatkan pasangan ini menjadi perhatian netizen.

Mengahwini lelaki jauh lebih tua bukanlah satu kesalahan. Samalah jika usia isteri jauh lebih tua, bukan juga satu perkara yang perlu digossipkan. Ianya soal jodoh yang tuhan tentukan untuk mereka.

Tapi macam mana nak mengekalkan kebahagiaan itu yang lebih utama. Ramai sebenarnya di luar sana yang jarak usia amat ketara. Setakat beza dua tiga tahun itu biasa, tapi sampai berbelas dan puluhan tahun itu memang luar biasa. Samalah caranya mahu mengekalkan bahagia, cara yang luar biasa juga perlu dipraktikkan oleh pasangan ini.

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Puan Suzana Ghazali berkongsi tip perkahwinan jarak usia di akhbar Kosmo yang dimuatkan dalam laman facebook miliknya.

“Perkahwinan jarak usia ini mungkin disebabkan fobia dengan kes-kes rumahtangga yang berantakan bila perkahwinan libatkan pasangan seusia. Hakikatnya, bukan umur penentu kebahagiaan. Sebaya atau lebih tua atau lebih muda tak penting.

“Yang penting ialah mempunyai pengetahuan dalam ilmu-ilmu perkahwinan, rumahtangga, suami isteri dan berusaha untuk mengamalkan ilmu-ilmu yang dipelajari. Kalau masing-masing sedar, faham dan berusaha menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya, perkahwinan akan bahagia walaupun mempunyai umur yang berbeza.”

IKLAN
5 Tip Kekal Bahagia Bersuami Lelaki Jauh Lebih Tua, Usah Diragukan Jodoh Itu Kerja Tuhan
Suzana Ghazali

Tip Bahagia Perkahwinan Jarak Usia

Tip Utama : Tahu Dan Laksanakan Tanggungjawab

Jalankan tanggungjawab yang sepatutnya. Suami ada tanggungjawab yang menjadi hak isteri. Isteri pula mempunyai tanggungjawab yang menjadi hak suami. Bila setiap individu jalankan peranan dan tanggungjawab yang perlu, keserasian akan wujud dan kebahagiaan akan dicapai.

Tips Kedua: Sedar Siapa Anda

Maksudnya, kalau anda suami, bersikap dan berperananlah sebagai suami walaupun usia anda lebih muda. Kalau anda sebagai isteri, bersikap dan berperananlah sebagai isteri walaupun anda lebih tua daripada suami.

Tips Ketiga : Suami/Isteri Bukan Adik-Beradik Atau Saudara Mara

Simpan kemas dalam minda, pasangan anda adalah isteri atau suami anda, bukan adik atau abang atau kakak atau anak. Bermaksud, anda perlu layan pasangan anda selayaknya sebagai pasangan. Berkongsi suka, duka, masalah, cerita dan lain-lain. Anda boleh berkawan dengan pasangan tetapi tak boleh jadikan pasangan anda sebagai saudara atau anak anda.

Tips Keempat : Terima Kelebihan Dan Kelemahan Pasangan

Jika pasangan anda lebih muda atau lebih tua, selalunya tabiat dan minat berbeza. Anda perlu terima perbezaan tersebut sebagai kelebihan atau kelemahan yang tersendiri. Kecuali tabiat dan minat yang negatif, berusahalah untuk mengubahnya secara perlahan-lahan. Jangan bandingkan diri anda dan dia untuk mencari perbezaan sebaliknya usahakan untuk mencari keserasian dalam minat yang berbeza tersebut. Kebahagiaan bukan terletak pada persamaan tetapi keserasian.

IKLAN

Tips Kelima : Umur Bukan Alasan

Jangan jadikan umur sebagai alasan walau dalam apa juga perkara. Mungkin pasangan anda terlupa dan lupa itu tak boleh dikaitkan dengan usianya yang lebih tua atau menyindir usianya yang muda tetapi mudah lupa. Usia cuma angka yang tak berikan apa-apa manfaat dalam hubungan anda. Biar usia muda tetapi jika bertindak matang, itu lebih baik daripada usia tua tetapi bersikap sebaliknya.

5 Tip Kekal Bahagia Bersuami Lelaki Jauh Lebih Tua, Usah Diragukan Jodoh Itu Kerja Tuhan
Kredit foto : Onedio

Sematkan Sifat Ini

1. Ikhlaskanlah Hati..

Perlu ikhlas tika menerimanya sebagai pasangan, bukan terima sebab rupa atau harta atau lain-lain. Ikhlas terima dia seadanya, terima kelebihan dan kelemahannya juga. Perlu juga bersikap sabar.

Beza usia memungkinkan pelbagai perbezaan lain yang berkaitan. Maka, sabar penting bagi memastikan setiap perbezaan yang wujud dapat diatasi sebaiknya.

IKLAN

2. Sabar Kenali Pasangan

Perlu juga bersikap sentiasa bersemangat untuk terus belajar sebab anda perlu lebih banyak belajar untuk mengenali pasangan anda dan tidak boleh mudah putus asa.

Anda tak perlu jadikan pasangan anda seperti anda tetapi anda boleh sebatikan diri anda bersamanya agar lebih mudah untuk berkomunikasi.

3. Jangan Nak Melenting Sangat

Tak boleh cepat melenting atau marah walaupun anda lebih berusia. Berapa pun usia anda, anda tetap seorang suami atau isteri yang perlu berbincang dan mencari jalan keluar bagi setiap masalah yang berlaku. Jangan mencari siapa yang salah sebaliknya carilah kesilapan dan kesalahan kemudian usahakan jalan penyelesaian bersama-sama.

4. Doa Paling Penting

Paling utama, sentiasa berdoa agar kasih sayang pasangan kekal di hati dan hubungan diberkati.

Sumber : Facebook Suzana Ghazali

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI