5 Tip Didik Anak Tidur Awal Setiap Malam, 3 Doa Ini Buat Usaha Lebih Mudah

Share

Anak-anak bila tak dikawal jadual tidurnya, mereka boleh saja bermain sampai jauh malam. Walhal esok hari, perlu bangun awal bersiap ke sekolah. Sebab itu kena biasakan anak tidur awal.

Tak cukup jam tidur inilah buatkan anak mengantuk dan tak fokus dalam kelas. Sebaik-baiknya, anak yang bersekolah rendah perlu tidur sekurang-kurangnya 9 jam. Jadi, taklah nanti dia mengantuk, moody atau letih lesu sepanjang hari di sekolah.

Puan Ain, ibu kepada dua orang putera ini berkongsi tip memastikan anak tidur awal secara konsisten.

Rutin Ini Dilakukan Agar Anak Tidur Awal

  1. Tetapkan waktu tidur pukul berapa…ianya mestilah masa yang sama setiap hari.
  2. Hentikan aktiviti/permainan anak 30 minit sebelum waktu tidur yang telah ditetapkan.
  3. Suramkan lampu bilik anak anda.
  4. Mandi, gosok gigi, baca buku atau bercerita ringkas setiap kali sebelum tidur
    adalah ‘clue’ bagi anak anda bahawa selepas itu dia perlu tidur.
  5. Puji anak anda keesokan paginya kerana mematuhi waktu tidur.

Kalau Nak Berjaya, Kena..

Mulakan rutin ini sejak anak peringkat ‘toodler’ (merangkak dan mula hendak bermain sendiri).

Bila Anak Sukar Tidur Awal, Mak Amal

  • Surah Al-fatihah dan Ayatul Kursi 1x – dihembus ke seluruh badan anak.
  • Surah 3 Qul – 3x berturut-turut – hembus ke tapak tangan anda, kemudian usap tubuh anak

Baca Surah Bila..

Sebaiknya amalkan sebelum tidur setiap malam, termasuk doa hendak tidur dan bangun tidur di waktu pagi.

Sumber: Puan Aini

IKLAN