radzell

‘Cemburu‘ nya rasa dalam hati bila melihat wanita lain memiliki kulit wajah yang anjal,cerah, kekal lembap dan cantik berseri-seri berbanding kulit wajah sendiri. Apa lah agaknya rahsia kecantikan yang diamalkan. Sebenarnya nak kulit wajah cantik tak susah mana. WAJIB ikut 5 perkara asas yang dikongsikan dibawah ini.

1. Minum Air Secukupnya

Cara paling mudah untuk wajah kekal lembap dan berseri adalah minum air kosong secukupnya. Ia perkara yang paling senang tapi paling susah jika nak cukupkan keperluan 3L sehari. Ini kerana setiap 25kg badan manusia memerlukan 1L air setiap hari. Jika berat badan 50 kg maka keperluan air anda sehari adalah 2L. Jadi kiralah sendiri keperluan air ikut berat badan masing-masing.Minum air juga boleh membuang toksin dari badan, malah ia juga adalah kunci utama untuk menjana sel-sel baru.

5 Rahsia Bagaimana Wanita Boleh Miliki Kulit Wajah Yang Anjal,Cerah, Kekal Lembap & Cantik Berseri!

2. Rajin Buat Rawatan Semula Jadi

Nak cantik kena rajin usaha. Salah satunya juga dengan rajin membuat rawatan kecantikan sendiri menggunakan bahan-bahan semula jadi. Boleh cuba macam-macam petua kecantikan wajah yang ada. Antaranya cuci muka dengan air beras untuk cerahkan kulit wajah, sapu muka dengan lendir lidah buaya untuk anjalkan kulit muka, Sapu muka dengan pes buah tomato untuk merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam, serta macam-macam lagi. Nak hasil yang berkesan kena konsisten iya!

5 Rahsia Bagaimana Wanita Boleh Miliki Kulit Wajah Yang Anjal,Cerah, Kekal Lembap & Cantik Berseri!

3. Tidur Malam Secukupnya

Memahami wanita bila dah bergelar mak-mak memang agak payah nak dapatkan tidur malam yang berkualiti dan cukup. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil. Namun sebolehnya cuba dapatkan tidur malam secukupnya 6-8 jam setiap hari. Ini kerana, jika sering berjaga malam dan kurang tidur akan mengakibatkan kulit wajah kelihatan kusam tak berseri, cepat berkedut serta mengakibatkan kehadiran lingkaran gelap bawah mata (eyebags). Oh No! Mesti tak nak kan, bila wajah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

IKLAN

5 Rahsia Bagaimana Wanita Boleh Miliki Kulit Wajah Yang Anjal,Cerah, Kekal Lembap & Cantik Berseri!

4. Pastikan Cuci Solekan Sebelum Tidur

Kebiasaan wanita memang suka bersolek, namun jangan sesekali rasa malas untuk cuci kulit wajah sebelum tidur. Ini kerana kulit wajah kita ni ada liang atau pori-pori yang bukan je tugasnya membenarkan kulit kita mengeluarkan peluh tapi juga untuk hasilkan sebum yang membantu melembapkan dan melindungi kulit kita secara semulajadi.

Tapi kalau kita tak cuci make up, pori-pori tadi tertutup dan menghalang sebum untuk menjalankan tugasnya. Bila sebum berkumpul, itu yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat dan pelbagai masalah kulit yang lain.

Antaranya:
Kulit jadi kering dan cepat berkedut
Kulit jadi kemerahan
Pori-pori wajah semakin membesar
Bulu mata gugur & Iritasi pada mata
Bibir kering & pecah-pecah

IKLAN

5 Rahsia Bagaimana Wanita Boleh Miliki Kulit Wajah Yang Anjal,Cerah, Kekal Lembap & Cantik Berseri!

5. Pemilihan Produk Bersesuaian & Selamat Digunakan

Pemilihan produk kulit wajah yang bersesuaian juga amat penting bagi menjaga kecantikan wajah. Pastikan selamat digunakan dan perlu ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Ini kerana jika tersalah pilih, bersedialah menanggung akibat, pelbagai masalah kulit nanti.

Oleh itu, memahami, fitrah wanita yang inginkan kulit wajah sihat, segar, kekal anjal dan berseri-seri serta mampu kekal lembap sepanjang hari, jangan bimbang pemilihan produk yang tepat seperti ”Radzell Intensive White Radiance” mampu merealisasikan impian ini. Paling penting produk ini dijamin selamat digunakan dan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Untuk makluman “Radzell Intensive White Radiance” merupakan produk kecantikan yang diformulasi dari ekstrak bunga-bungaan & buah-buahan bagi wanita yang inginkan kulit yang gebu, anjal serta putih berseri. Seindah namanya “Radzell” yang bermaksud “kecantikan”. Produk ini diakui mampu menyerlahkan lagi kecantikan wanita agar tampil menawan dan berseri-seri setiap hari. Ia dapat menaikkan keserian wajah seawal 14 hari dan melembapkan kulit sehingga 24 jam.

IKLAN

Di dalam set lengkap ini mempunyai (5) lima produk iaitu Intensive Facial Cleanser (100ml), Intensive Astringent Toner (100ml), Intensive Day Cream (30gm), Intensive Brightening Serum (30ml), Intensive Night Repair Cream (30gm).

5 Rahsia Bagaimana Wanita Boleh Miliki Kulit Wajah Yang Anjal,Cerah, Kekal Lembap & Cantik Berseri!

Radzell Intensive White Radiance Set:

Mencerahkan kulit dan merawat kulit wajah
Meratakan tona kulit wajah
Menghilangkan pigmentasi, bekas jerawat dan jeragat
Meningkatkan keanjalan kulit
Menghindratkan dan melembutkan kulit
Memperbaiki sel kulit yang rosak
Mengurangkan garis halus di wajah
Mengecilkan liang-liang pori
Mengecutkan jerawat
Menggunakan “bio based natural skin moisturiser” yang dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah.

Boleh dapatkan maklumat lanjut;

Radya Beauty & Cosmetics
Hotline: 011-1002 8582
Website: www.radzell.com.my

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI