5 Cara Alami Hilangkan Strech Mark, Mak 30-an Lepas Bersalin Boleh Cuba Tip Ini

Sakitnya mata melihat strech mark! Masalah ini sering terjadi kepada wanita selepas bersalin. Ia juga membelenggu golongan yang berdepan dengan masalah berat badan. Biasanya strech mark atau masalah selulit terjadi di bahagian perut, paha dan betis.

Sudah pasti masalah ini membuatkan wanita runsing. Sebenarnya selain melakukan rawatan di pusat estetik, ada cara alami yang berkesan dan selamat untuk mengatasi strech mark.

Jom cuba!

Cuba 5 Cara Alami Hilangkan Strech Mark

Minyak Zaitun

Kandungan zat linoleic acid di dalam minyak zaitun membantu mengekalkan kelembapan kulit. Minyak zaitun juga banyak mengandung antioksidan yang disebut polifenol yang membantu meregenerasi kulit.

Untuk menghilangkan strech mark, campurkan satu sudu madu bersama minyak zaitun. Sapukan pada bahagian tubuh yang bermasalah. Lakukan setiap hari, strech mark akan berkurangan dan hilang perlahan-lahan.

Cocoa Butter

Kandungan potasium, mangan dan Vitamin E dalam cocoa butter membantu melembutkan dan melembapkan kulit. Ia juga mengurangkan masalah strech mark. Sapu cocoa butter dua kali sehari pada kulit, hasilnya pasti membuatkan anda gembira.

Lulur Coklat

Coklat bukan sahaja enak dimakan malah ia juga merawat pelbagai masalah kulit. Oleskan lulur coklat pada tubuh dua kali seminggu. Biarkan lulur kering, kemudian bilas dengan air putih. Jika mahukan hasil yang lebih berkesan, gosok bahagian bermasalah dengan air perahan lemon.

 

5 Cara Alami Hilangkan Strech Mark, Mak 30-an Lepas Bersalin Boleh Cuba Tip Ini

Skrub Kopi

Bagi menghilangkan selulit, sel kulit mati dan mengatasi strech mark, skrub tubuh dengan kopi. Ia membuatkan kulit lebih halus dan anjal. Parut-parut juga akan pudar dan hilang secara semula jadi.

IKLAN

Lidah Buaya

Bagi menganjalkan kulit, sapukan lendir lidah buaya. Ia membantu menghilangkan strech mark dan membuatkan kulit cerah serta lembap. Biarkan lendir lidah selama 15 minit pada bahagian bermasalah, kemudian bilas dengan air bersih.

Ini 4 Faktor Cepatkan Penuaan

 

5 Cara Alami Hilangkan Strech Mark, Mak 30-an Lepas Bersalin Boleh Cuba Tip Ini

Tidur Tanpa Bersihkan Solekan

Walau penat sekali pun, jangan tidur tanpa membersihkan solekan pada wajah. Ia akan menyebabkan kulit menjadi kusam, liang roma tersumbat dan tumbuh jerawat. Kotoran pada wajah juga boleh menyebabkan jangkitan kulit.

 

5 Cara Alami Hilangkan Strech Mark, Mak 30-an Lepas Bersalin Boleh Cuba Tip Ini

Berkepit Dengan Telefon Bimbit

Telefon bimbit dan gajet mempunyai kesan radiasi, ia tidak baik untuk kesihatan dan kecantikan wanita. Kesan yang paling ketara adalah penuaan berlaku dengan cepat.

IKLAN

Seboleh-bolehnya elakkan menggunakan telefon dengan kerap. Elakkan menggunakan telefon sebelum tidur, sebaik-baiknya jauhkan jarak telefon saat anda tidur.

Telefon bimbit juga antara alatan yang penuh dengan kuman kerana seharian kita membawanya ke merata tempat. Kuman ini boleh merebak ke wajah anda juga. Jadi hati-hati ya.

 

5 Cara Alami Hilangkan Strech Mark, Mak 30-an Lepas Bersalin Boleh Cuba Tip Ini

Emosional

Wanita yang selalu meroyan akan terlihat lebih tua. Daripada anda marah-marah dan mengundang stress lebih baik anda mengukir senyuman dan ketawa. Ia merangsang otot wajah, ia rahsia awet muda secara semula jadi.

 

IKLAN

5 Cara Alami Hilangkan Strech Mark, Mak 30-an Lepas Bersalin Boleh Cuba Tip Ini

Kurang Tidur

Ketika tidur malam, sel-sel kulit akan diperbaharui. Ia membuatkan tubuh dan wajah lebih segar. Namun jika anda kurang tidur, wajah akan menjadi kusam dan pucat. Wajah juga tampak tidak berseri dan kelihatan tua.

RAWAT DIRI DENGAN RENDAMAN ALAMI

Air rendaman ini buang toksin dalam tubuh. Toksin memberi kesan buruk kepada tubuh. Ia boleh menjejaskan kesihatan dan menghakis kecantikan.

Justeru, atasi segera masalah ini. Caranya amat mudah, anda boleh lakukan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur.

 

5 Cara Alami Hilangkan Strech Mark, Mak 30-an Lepas Bersalin Boleh Cuba Tip Ini

Bahan-bahan

1 cawan sea salt
1 cawan Epson salt
2 cawan baking soda
Sedikit essential oil

Cara Rawatan

1. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam besen yang berisi air panas.
2. Biarkan seketika sehingga air suam.
3. Kemudian, rendamkan kaki selama 30 minit.

Nota : Kaki akan berasa gatal kerana toksin keluar daripada tubuh.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI