5 beradik bergelar yatim piatu, sebulan selepas ibu meninggal bapa maut kemalangan. Kemalangan maut penunggang motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 213.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada awal pagi Isnin mengakibatkan lima beradik bergelar yatim piatu.
Menyedihkan, sebulan sebelum itu, lima beradik berusia 13, 11, enam dan sembilan tahun serta bayi sembilan bulan lebih dahulu kehilangan ibu dikasihi, Normala Paisaluddin yang juga seorang guru berusia 40 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada 5 Jun lalu akibat sesak nafas.
5 Beradik Bergelar Yatim Piatu
Semalam bapa mereka, Mohd Firdaus Md Ramli, 38 yang juga Penolong Pegawai Tanah Daerah Tanah Melaka Tengah maut dalam kemalangan di Kilometer 213.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada awal pagi Isnin selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan yang tidak dikenali pasti.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, arwah yang menunggang motosikal jenis Yamaha MT09 Tracer meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kaki dan perut selepas digilis kenderaan terbabit.
Sebulan Selepas Ibu Meninggal Bapa Maut Kemalangan
Pemergiannya mengakibatkan anak-anak yang masih kecil bergelar anak yatim piatu di mana anak yang kecil berusia sembilan bulan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian mangsa yang beralamat di Masjid Tanah dalam perjalanan dari arah utara menghala ke selatan lebuh raya.
Menurutnya, setiba di lokasi motosikal mangsa dipercayai telah terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti nombor kenderaannya.
Mayat mangsa yang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan tidak dikenal pasti nombor kenderaannya.
“Akibat kemalangan itu mangsa terjatuh di atas permukaan jalan lalu badan mangsa telah digilis dengan kenderaan terbabit sehingga separuh anggota badan hancur.
“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian perut hingga ke bawah kaki disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.
Ads
Anak-anak menatap pilu jenazah bapa mereka yang meninggal- Foto :- Mr Wancai Official
Dalam pada itu, kakak kepada arwah Mohd Firdaus, Nur Hayaty dalam perkongsian memaklumkan, kali terakhir dirinya bertemu jam 5 petang sebelum arwah bertolak ke Kuala Lumpur kerana mengikut bosnya.
“Kami menyangka arwah ke sana dengan menaiki kereta. Saya ada hantar mesej kepadanya pada jam 10.47 bertanya sama ada sudah balik ke rumah ke belum dan mesej dibalas pada jam 11 malam di mana arwah memaklumkan masih di KL.
“Bagaimanapun, saya hanya sempat membacanya kira-kira jam 5 pagi tadi selepas emak memberitahu bahawa arwah masih belum balik,” katanya.
Nur Hayaty memaklumkan selepas kematian isteri, adiknya sekeluarga berpindah ke rumah ibu mereka di Sungai Udang.
“Sayalah yang membantu adik menguruskan hal anak-anaknya, termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah kerana arwah sudah bertukar tempat kerja dari PDT Alor Gajah ke PDT Melaka Tengah di Ayer Keroh.
“Selain menguruskan persekolahan dan kebajikan, saya juga sedang mencari pengasuh untuk anak bongsu arwah yang berusia sembilan bulan.
Ads
“Pemergian adik memang amat mengejutkan di kala kami sekeluarga masih bersedih atas kehilangan adik ipar pada bulan lalu,” katanya yang bertekad untuk menjaga anak saudaranya itu dengan sebaik mungkin.
Anak-anak yang masih kecil mengiringi jenazah bapa mereka. Foto:- Mr Wancai Official
Beliau berkata, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Pusara Abadi, Batu 11 1/2 Sungai Udang, jam 4.15 petang tadi, dan mereka sekeluarga turut merayu saksi kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat termasuk rakaman papan pemuka kenderaan jika ada, bagi membantu siasatan polis. Sumber :- Berita Harian.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Selepas kerajaan baru, sudah pasti rakyat akan jadi pemerhati. Walau masih baru, tetapi memang nampak ada pihak terus menyokong dab sudah berpuas hati dengan perubahan yang dibuat oleh kerajaan.
Namun wujud juga golongan yang asyik mencari salah. Lihat contohnya, apabila diisytiharkan Pakatan Harapan menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun. Maka bisinglah sesetengah netizen yang konon niatnya nak menuntut janji.
Itu belum dengar cerita GST yang akan dihapuskan esok hari, pastinya tetap ada yang kurang berpuas hati. Begitu juga dengan isu PTPTN yang boleh ditangguh bayarannya bagi golongan yang berpendapatan RM4 ribu ke bawah, tetap ada yang meluahkan rasa tak puas hati. Tak pelik pun, dah biasa!
Namun pernah tak kita berfikir secara positif apabila semua perkara ini berlaku? Ini seperti yang ditulis Abu Hurairah Asifa di laman facebook miliknya, mungkin anda boleh renungkan…
Saya tanya mak tentang politik. Tentang kerajaan baru.
Tentang betapa risaunya 20 hari di pimpin oleh sesuatu yang baru.
Dan paling dirisaukan adalah tentang agama islam kita sendiri.
Adakah nanti islam akan hilang dan di pinggirkan satu persatu?
Jawapan Seorang Ibu
Mak jawab begini.
“Betul kita rasa takut kalau dengan kerajaan baru ni, islam macam tertindas. Islam seperti di gunakan dan macam-macam andaian kita, tapi sebenarnya Tuhan nak bagitahu kita sesuatu”
“Bagitahu apa umi?”
“Yang islam kita sendiri pun masih belum baik. Islam yang kita amalkan pun masih belum cantik. Kita yang islam ni pun, bulan Ramadhan masih mengata orang, bulan Ramadhan ni pun tak tahu nak jaga akhlak. Nak jaga ibadah. Maka, sebelum risaukan islam taraf negara ni, risaukan dan baiki dulu islam dalam diri tu”
Ya betul.
Sebagai rakyat, tugas utama kita adalah menjadi rakyat yang baik.
Rakyat yang baik itu, satu sahaja dia selalu buat.
Mendoakan Malaysia.
Selepas itu, bersungguh dalam bekerja dan memberikan khidmat buat negara, dalam apa jua bidang kerjanya.
Kemudian, dia tidak akan bercakap buruk tentang negaranya. Tidak menyebarkan segala perkara yang boleh menjadika ia fitnah dan mencetuskan sengketa.
Itulah rakyat yang baik.
Mohon Doakan Yang Baik-baik
Doakan Malaysia pun tak pernah. Kutuknya di media tak henti dan setiap masa. Mengulas tiap isu bagai dia seorang yang tahu semua.
Dirinya? Tetap lah begitu sahaja. Masih di tahap lama dan sembang kencang buatnya tak juga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak basuh baju pun kena ada cara sebab pakaian yang lembut akan membuat si pemakai rasa selesa. Kadang ada bahan pakaian memang nampak bagus tetapi tak selesa dipakai. Kain yang keras juga akan menyusahkan anda untuk melakukan aktiviti.
Usah bimbang, kali ini anda boleh dapatkan tip mudah menjadikan T-shirt lebih lembut hanya dengan menggunakan garam. Semak tip lengkap ini…
Sediakan bahan:
2,5 liter air
100 gram garam
Caranya:
1. Siapkan air dalam baldi.
2. Tambahkan garam dan kacau rata.
3. Rendam pakaian yang ingin dilembutkan di dalam cairan lebih kurang 3 hari.
4. Cuci dengan sabun seperti biasa dan keringkan.
Cara mudah ini akan membuat pakaian anda lebih lembut dan tidak keras ketika sarung. Garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada kain. Selamat mencuba dan semoga informasi ini bermanfaat, ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Luqman Hafidz dan isteri yang bakal menimang cahaya mata pertamanya bulan hadapan. Isterinya kini sedang sarat mengandung.
Terdahulu Luqman telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi pada bulan Mac lalu ketika negara dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkongsian gembira ini dibuat oleh Luqman, 30, menerusi perkongsian di laman Instagramnya dengan memuatnaik foto terbaharu bersama isteri beberapa hari lalu.
“Doakan baby keluar dengan selamat Februari ini, insya-ALLAH. Harapnya kita semua masih dapat peluang bercuti dengan famili lepas pengumuman. Amin,” ujarnya.
Berita tersebut menarik perhatian rakan-rakan dan para pengikut di laman Instagrammnya yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan menitipkan doa buat keluarga pelakon filem Ola Bola itu.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.