40 tahun hidup bersama tiba-tiba suami ‘pergi’. Allahu sedihnya luahan dari seorang wanita yang suaminya ‘pergi’ menghadap Ilahi.
Rindu yang paling sakit adalah merindui orang yang telah tiada. Apatah lagi selepas 40 tahun tinggal sebumbung sebagai suami isteri.
40 Tahun Hidup Bersama Tiba-Tiba Suami ‘Pergi’
Sememangnya perkongsian dari Ustaz Hanafi Malek menerusi akaun Facebooknya mengenai seorang wanita yang kehilangan suami begitu syahdu. Wanita berkenaan sukar melupakan arwah suaminya walau arwah sudah meninggalkannya setahun yang lalu.
“Ustaz, dulu setiap pagi saya buat kopi untuk suami saya. 40 tahun hidup dengan dia, tiap-tiap hari saya buat kopi untuk dia.
“Sekarang ni, walaupun dah lebih setahun dia pergi, saya tak boleh lupa. Saya tak boleh tengok kopi, saya kan teringat pada suami saya.”
Saya tengok kain pelikat dia, saya teringat dia lagi. Saya tak boleh ustaz. Saya tak tahu macam mana nak hilangkan rasa sedih ni.”
Ada seorang wanita, datang jumpa saya. Cerita kesedihan yang dia alami selepas suaminya meninggal dunia.
Dia tanya, macam mana nak hilangkan sedih bila suami tercinta pergi menghadap Illahi?
Saya tanya dia balik,
“Anak-anak balik ziarah tak?”
“Ada ustaz. Anak-anak ada juga balik ziarah.” Jawab wanita ni.
Ads
Alhamdulillah..
Ujian Paling Besar Adalah Kehilangan Orang Tersayang
Tuan puan,
Ujian paling besar yang menimpa manusia adalah ujian kehilangan orang tersayang. Boleh jadi suami atau isteri, mak ayah atau anak-anak yang pergi meninggalkan kita.
Saya juga pernah alami pengalaman yang sama beberapa kali.
Emak saya telah meninggal dunia. Begitu juga dengan dua anak perempuan saya yang meninggal dunia ketika usia 1 tahun 4 bulan dan 7 bulan.
Sedih tu payah nak cerita. Rindu yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata.
Apa yang saya boleh kongsi. Bila rindu dan teringatkan orang yang telah pergi, ada beberapa perkara yang kita boleh buat.
Pertama, tenang
Usaha untuk tenang, tuan puan. Tenang bila hadapi apa-apa ujian.
Bila hati tenang, kita mampu kawal emosi dan bertindak melulu. Tak salah nak bersedih dan menangis, tapi jangan berlebih-lebih.
Cara nak tenang, kena banyakkan zikrullah. Banyak ingat Allah.
Ads
Yakin setiap apa yang kita ada adalah pinjaman dan Allah berhak mengambil bila-bila masa saja yang Dia kehendaki.
Kedua, tingkatkan amal ibadah.
Bila sedih, banyakkan ibadah kepada Allah. Banyakkan baca Al-Quran, bersedekah, solat terutamanya qiamulalail.
Salah satu cara nak kuatkan jiwa adalah solat malam.
Ketika kita bersendiri, mohonlah pada Allah dengan sesungguh hati. Mohon Allah kuatkan jiwa kita dalam menghadapi ujian. Allah swt pemilik hati kita, dan padaNya jua kita minta kekuatan.
Ketiga, banyakkan sedekah dan amalan baik dan diniatkan untuk orang yang lebih dulu meninggalkan kita.
Ada tiga talian hayat bagi orang yang dah meninggal dunia.
Sedekah jariah,
ilmu yang bermanfaat,
dan anak soleh yang selalu mendoakan.
Ads
Jika si dia yang telah pergi ada meninggalkan harga, infaqlah sebahagiannya di jalan yang Allah redhai.
Sebarkan ilmu bermanfaat yang diajarkan si mati, dan didiklah anak-anak yang tinggalkan dengan ajaran agama yang sebaiknya.
Keempat, sibukkan diri dengan menuntut ilmu.
Hanya dengan ilmu agama yang benar, banyak rahsia-rahsia kehidupan akan tersingkap. Iman dan keyakinan kita kepada Allah swt juga akan bertambah.
Ini menjadikan kita lebih tenang dan lapang menghadapi pemergian insan yang tersayang.
Tuan puan, setiap yang hidup pasti akan melalui kematian.
Jika hari ini, insan yang kita sayang telah pergi menghadap illahi, entah esok lusa kita pula yang menyusul.
Tuan puan, kematian bukanlah pengakhiran dan titik akhir hidup kita. Ada perjalanan panjang dan destinasi abadi yang menanti setiap manusia.
Moga Allah kumpulkan kita dengan keluarga tercinta di syurga sana,” kongsi Ustaz Hanafi.
Wanita ini, Shaella RayyanDamia Azlan kongsi amalannya, lakukan solat taubat setiap hari sehingga hati jadi benar-benar lapang. Sebaiknya lakukan pada malam hari sebelum tiduratau sebelum subuh. Waktu sunyi malam itulah mengundang fokus.
“Solat taubat Kena buat selalu. Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat.
Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok. Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu Insha-Allah tanda taubat ALLaH dah terima.”
Begini Cara Solat Taubat
Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.
Bersihkan diri. Amek wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki). Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu..
Istighfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
Selepas Niat, Buat Macam Ini
Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.
Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yang tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.
“La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dalam keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..
Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam. Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit..
AstaghfiruLLaHhal’adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.
Baca seberapa banyak yang kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah…
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.. Bila berdo’a, kita kena bebetul menyesal dengan dosa-dosa kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita.
Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam bahasa melayu.. Luahkan apa yang terbuku kat hati tu..
Menangislah.. Merayulah..
Mohon Allah ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan Allah..
Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati..
Agak-agaknya apa kita akan mohon pada Allah?
Istighfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.
Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan; Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar.
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam, [1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah. [2] hilang kemanisan beribadah [3] hati tak makan nasihat
Terlampau sakit hati, isteri nekad simbah asid ke muka suami yang curang di belakangnya. Benarlah bila emosi menguasai diri, apa saja mampu dilakukan.
Jika tidak mana mungkin seorang isteri sanggup menyimbah asid ke wajah suami sendiri. Bila emosi tak terkawal, seseorang tidak mampu membezakan yang mana baik dan mana buruk.
Terlampau Sakit Hati
Seorang wanita di Jakarta, nekad menyimbah air campuran cuka dan asid ke muka suaminya sehingga mangsa mengalami cacat kekal selepas mengetahui lelaki itu berlaku curang, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Suspek bernama Fitriyani, 41, dilaporkan melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di Gudang Pupuk Dusun Lingga Kuamang, Kabupaten Bungo dalam wilayah Jambi.
Isteri Nekad Simbah Asid Ke Muka Suami Yang Curang
Menurut laporan polis, Fitriyani berasa marah selepas mengetahui suaminya curang dengan wanita lain dan merancang perbuatan itu dengan niat.
“Ketika disoal siasat polis, suspek berkata bahawa dia tidak sanggup menanggung rasa sakit hati kerana dicurangi dan tidak menyesal menyimbah campuran cecair itu ke muka suaminya.
“Berdasarkan pemeriksaan doktor, mangsa mengalami kesan melecur serius di bahagian mata dan wajahnya,” kata Ketua Polis Kabupaten Bungo, Asisten Komisioner Besar, Guntur Saputro. – Agensi
Mingguan Wanita : Bila rasa marah menguasai diri isteri, suami perlu berhati-hati. Jangan disangka isteri yang selama ini lemah-lembut tidak mampu berbuat sesuatu di luar jangkaan. Betul tak?
Biarpun sedih dengan kehilangan mak, ayah tetapi kena kawal perasaan. “Walau apapun terjadi, saya akan jaga adik-adik.” luah anak sulung daripada lapan beradik ini.
Walaupun berat tanggungjawab yang digalas, namun gadis ini betul-betul kuat semangat demi menjaga adik-beradiknya.
Sedih Tetapi Kena Kawal Perasaan
“Rasa sedih dan rindu timbul setiap kali selepas solat,” kata Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, yang kehilangan ibu bapanya akibat Covid-19 pada Julai lalu.
Nazurah Nabilah berkata, dia bagaimanapun dapat mengawal perasaan tersebut untuk menjaga tujuh adiknya selepas kematian ayah, Benyajeed Bernie, 45, dan ibu, Noraini Ibrahim, 43.
Pindah Politeknik
Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Politeknik Mersing itu juga sudah dipindahkan ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak pada minggu lalu bagi memudahkannya menjaga adik-adiknya.
“Sebelum ini saya pernah jaga mereka, jadi bukan satu masalah kepada saya untuk berbuat demikian.
Saya akan teruskan pelajaran saya sampai akhir semester.
“Walau apa pun terjadi, saya tetap akan jaga adik-adik saya,” katanya.
Jelas Nazurah Nabilah, adiknya, Muhammad Muzakkir Benyajeed, 18, turut ditawarkan bekerja di Boustead Holdings selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan melawat mereka lapan beradik pada Julai lalu.
Bagaimanapun, katanya, Muhammad Muzakkir menolak tawaran tersebut kerana ingin bekerja di sekitar kawasan rumah bagi membantunya menjaga adik-beradik lain.
“Tapi kalau dia rasa boleh menggalas tanggungjawab walaupun bekerja di tempat yang jauh, dia akan pergi juga nanti,” ujarnya.
Kehilangan Ibu Bapa Kerana Covid-19
Pada Julai lalu, episod duka menimpa lapan beradik itu bermula apabila bapa mereka menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada 16 Julai lalu, diikuti ibu mereka dua hari selepas itu, kedua-duanya akibat jangkitan Covid-19.
Selain Nazurah Nabilah dan Muhammad Muzakkir, enam lagi ialah Nurhani Nabilah, 16, Numasuhah Nabilah, 14, Muhammad Benjamin, 13, Muhammad Bennazir Sulaiman, 10, Nur Rawdhah Nabilah, 8 dan Nur Qurratu Ain Nabilah, 4.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Dalam usia yang masih begitu muda, dia menggalas beban terlalu besar. Semoga Nazurah Nabilah terus cekal menghadapi ujian mendatang di samping adik-adiknya.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.