Empat dekad melakar sejarah dalam dunia seni bukan satu perjalanan mudah, namun Datuk Sheila Majid membuktikan kehebatan dan daya tahan seorang wanita bernama legenda.

Dalam konsert Sheila Majid: 40 Years In Music yang berlangsung Sabtu lalu, penyanyi kesayangan ramai itu bukan sekadar meraikan muziknya, tetapi juga perjalanan hidup, cinta dan dedikasi kepada seni yang menjadi darah dagingnya.

40 Tahun Dalam Muzik, Sheila Majid Buktikan Sinarannya Tak Pernah Padam

Karya Malar Segar

Bertempat di hadapan ribuan peminat setia, Sheila menutup persembahan selama tiga jam dengan lagu ikonik “Sinaran”, karya yang kekal malar segar dan masih ‘berhantu’ hingga kini.

Walaupun pernah terpalit kontroversi isu royalti, semangat penonton tidak sedikit pun luntur. Malah mereka berdiri, menari dan bernyanyi beramai-ramai, menjadikan malam itu pesta penuh kasih dan kenangan!

40 Tahun Dalam Muzik, Sheila Majid Buktikan Sinarannya Tak Pernah Padam

“Saya tidak pernah terfikir akan dapat melakukan apa yang saya cintai selama ini. Semuanya takkan berlaku tanpa sokongan anda semua. Malam ini adalah parti ulang tahun kita bersama. Anda semua adalah keluarga saya,” luah Sheila dalam nada penuh emosi, disambut sorakan dan tepukan gemuruh.

Sepanjang persembahan, penerima Anugerah Sri Wirama (AIM ke-22) itu menyampaikan 25 buah lagu termasuk karya yang jarang sekali dibawa secara langsung seperti Catat, Warna, Dia, Antara Anyer dan Jakarta, Lagenda dan Ku Mohon.

Setiap lagu diiringi pencahayaan dramatik, letupan bunga api dan taburan kelopak mawar yang menambah magis malam nostalgia itu.

Ads

40 Tahun Dalam Muzik, Sheila Majid Buktikan Sinarannya Tak Pernah Padam

Konsert turut diserikan dengan kehadiran komposer tersohor Indonesia, Tohpati, yang pernah berkolaborasi dengan Sheila melalui album Boneka dan lagu Cinta Jangan Kau Pergi. Momen paling menyentuh hati pula hadir apabila anak sulungnya, Kayda, tampil membuat persembahan istimewa, simbol kesinambungan bakat seni dalam keluarga ini.

40 Tahun Dalam Muzik, Sheila Majid Buktikan Sinarannya Tak Pernah Padam

40 Tahun Dalam Muzik, Sheila Majid Buktikan Sinarannya Tak Pernah Padam

Antara selebriti yang turut hadir memberi sokongan termasuk Anuar Zain, Datuk M. Nasir, Jaclyn Victor dan penyanyi Indonesia Afgan, yang masing-masing turut berkongsi rasa bangga terhadap ikon wanita yang tidak pernah pudar sinarnya

Ads

40 Tahun Dalam Muzik, Sheila Majid Buktikan Sinarannya Tak Pernah Padam

40 Tahun Dalam Muzik, Sheila Majid Buktikan Sinarannya Tak Pernah Padam

Empat puluh tahun dalam muzik, namun Sheila Majid masih sama elegan, berkarisma, dan mengalirkan aura keanggunan yang menginspirasi wanita bahawa usia bukan batas untuk terus bersinar.

Usia Bukan Halangan!

Pada usia 60 tahun, Datuk Sheila Majid terus membuktikan bahawa bakat dan aura tidak mengenal usia. Stadium yang sesak dengan peminat lama yang setia sejak era 80-an dan generasi muda yang baru jatuh cinta pada lagunya, menjadi saksi bagaimana muzik Sheila terus merentasi zaman.

Ads

Setiap alunan lagu seperti Lagenda dan Sinaran menggamit nostalgia, namun dibawa dengan tenaga baharu, seolah-olah masa hanya menambah keindahan auranya. Keanggunan dan ketenangan Sheila di usia emasnya menjadi inspirasi bahawa wanita tidak pernah tua selagi hatinya masih menyala dengan semangat dan cinta terhadap apa yang dilakukannya.

Menggayakan tiga busana merah rekaan pereka fesyen popular Michael Ong, diva legenda ini tampil penuh bertenaga, anggun dan memukau, seolah-olah masa tidak pernah mengusiknya.

40 Tahun Dalam Muzik, Sheila Majid Buktikan Sinarannya Tak Pernah Padam

Stadium yang dipenuhi ribuan penonton, daripada peminat lama yang membesar dengan lagu-lagu klasiknya hingga generasi baharu yang baru mengenal keindahan suaranya, menjadi saksi bahawa pesona Sheila masih utuh.

Setiap nota, setiap senyuman dan setiap gerak tari kecilnya membawa makna lambang seorang wanita yang bukan sekadar penyanyi, tetapi ikon ketabahan, keanggunan dan kecintaan sejati terhadap seni.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Foto: KREDIT ALTUS PROHOUSE

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI