Empat tahun setengah lalu, kisah anak buah saya Mohamad Hafizuddin ini pernah saya siarkan dalam ruangan Kisah Masyarakat di majalah Mingguan Wanita. Anak kecil ini yang cukup mesra di kalangan sepupu dengan nama Apik, menderita penyakit kanser darah, Leukemia.
Lepas tamat belajar dalam darjah lima, mata Apik dikesan kekuningan. Dia alami demam yang tak kebah-kebah. Sejak itu, kakak ipar saya, Kak Huda sering saja berulang alik ke Klinik Kerajaan di Lenggong. Sampailah akhirnya Apik meneruskan rawatannya di Hospital Ipoh.
Sampailah ujian demi ujian, radioterapi, kemoterapi yang entah berapa banyak kali anak kecil ini perlu lalui. Sakitnya usah cerita, badan Apik yang bersaiz paling besar di kalangan adik-beradiknya telah bertukar menjadi yang paling kecil sekali. Tulang saja yang tinggal.
Apik amat cintakan pelajaran. Walau dirawat di hospital, berkali juga dia kata mahu ke sekolah. Sayang kudratnya tak mampu. Sampaikan peperiksaan UPSR dulu pun Apik ambil di dalam wad.
Bila dia diuji dengan penyakit darah ini, hati kecil kami selalu terasa berat dan sarat memandang derita fizikalnya.
7 Beradik Yang Saling Menyayangi
Pernah ketika di bulan Ramadan, Apik tak dapat makan mahupun minum air kosong. Bibirnya pecah berdarah. Air disedut dari straw, jalannya berpapah, makan minumnya bersuap. Semua itu kesan kemo yang menyakitkan.
Tapi tiba 1 Syawal, Apik datang juga rumah ibu mentua saya, rumah neneknya. Dalam longlai dia ceria, sebab dia mahu bertemu sepupu-sepupunya yang ramai tu. Saya masih tak dapat lupa wajahnya yang ditutup ‘mask’, mata cengkungnya, kulit hitam terbakarnya (kesan kemo) dan dia cuma mampu duduk diam-diam di kerusi.
Ads
Bila saya tanya, “Apik dah ok?” Apik mengangguk. Dalam hati saya berkata, kuatnya anak kecil ini. Selalu saya interview ibu bapa lain yang anaknya alami penyakit leukemia sebegini. Tapi bila anak saudara sendiri yang alami, sedihnya lain macam!
Syukurlah, kakak ipar saya ini kuat dan tabah sekali orangnya. Dia sering saja minta anaknya melawan sakit leukemianya.
Jangan lemah, jangan putus harap. Biarpun keluarga Apik sendiri bukanlah dari kalangan orang senang. Adik-beradiknya ramai, dekat 7 orang. Ketika awal sakitnya, kakak ipar saya terpaksa meninggalkan anak kecilnya yang seusia 6 tahun di bawah jagaan ahli keluarga yang lain.
Kadangkala dia bergilir menjaga Apik dengan anak-anak lelakinya. Kalau tak abang sulungnya berkampung di hospital, abangnya Mohamad lah yang bermalam menjaga Apik.
Apik (berbaju biru no.13) sewaktu sihatnya.
Walau Sakit Apit Dapat No. 1 Dalam Kelas
Sampailah Apik memasuki tingkatan 2, penyakit Leukemia yang dideritai tak menghalangnya untuk ke sekolah. Dia ke sekolah seperti biasa dengan berkerusi roda.
Ads
Teman-teman saling berebut untuk menolak kerusi Apik. Guru-guru menyayanginya, mengasihi tubuh kecil dan keringnya. Dia belajar semampu dirinya, sampai kakak dan abangnya memaklumkan awal tahun dan pertengahan tahun ini, Apik dapat nombor 1 dalam kelas.
Kalau adik-adik tak faham pelajaran Bahasa Inggeris, Apiklah yang akan tolong.
Dua minggu lalu, sakit Apik makin merosot. Dia dikejarkan ke hospital. Dalam serba kepayahan, Apik bertarung dengan derita Leukemianya itu. Kata, kakaknya dua minggu sebelum dia pergi, doktor dah beritahu yang Apik tinggal 20 peratus hayatnya mampu bertahan.
Bila tahu begitu, mereka saling mengasihinya. Apa yang Apik mahu mereka tunaikan. “Kak Chik manjakan Apik Mak Su. Dia nak apa semua kami beri.”
Ads
Moga Kau Tenang Di Sana
Dua hari sebelum kehilangannya, ibunya menghubungi kami. Maklumkan Apik 50-50. Allah.. Allah.. dia anak buah yang dekat di hati kami. Saya pula masih berperang dengan deadline yang menggunung tinggi.
Tanggal, 24hb jam 3 lebih suami memaklumkan Apik sudah tiada. Dia sudah kembali ke kampung akhirat… kampung abadi. Menemui Ya Rabb yang selama ini melindungi dan merahmati Apik yang tak banyak kerenah ini.
Pergimu di malam Jumaat dengan iringan hujan renyai yang dingin. Allahu seakan alam juga mengalu-alukan kepulanganmu nak.
Pergilah Apik, semoga kau tenang dalam taman syurga yang Allah janjikan untukmu. Nanti Apik bawalah ibu dan adik-beradik Apik duduk bersebelahan di perkampungan abadi.
Al Fatihah untuk anak saudara saya, Muhammad Hafizuddin (Apik) yang maksu dan paksu sayangi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bau najis kucing, buat kita ‘hangin’ je, cari merata tempat tak pula jumpa. Itu kalau jenis kucing yang suka berak tempat tersembunyi. Satu hal pulak kan!
Ada juga bau najis kucing yang datang dari rumah jiran yang pelihara. Angin lalu yang membawa bau-bau itu jadikan kita rasa ‘loya’ dan menusuk hidung. Kadang, ingat itu dari kawasan rumah kita pula.
Kalau pemilik kucing yang guna pasir khas mungkin tidaklah berbau. Tapi bila kucing stray cat yang tiada pemiliknya. Mahunya buang merata-rata. Nak-nak kalau itulah tempat yang dah biasa dijadikan ‘port’ untuk berak.
Bagaimana nak hilangkan bau najis kucing ni? Mak-mak boleh cuba kaedah yang dikongsikan ini. Mungkin boleh membantu.
Bau inilah yang boleh membuatkan tuan rumah, jiran dan tetamu datang rasa kurang selesa. Ada satu cara yang mudah untuk menyerap bau tersebut tanpa perlu nak berbelanja besar. Bahan yang digunakan hanyalah arang.
Caranya ialah letakkan sebekas arang di sebelah tandas kucing kita. Arang memiliki fungsi penyerapan yang sangat luar biasa iaitu dapat menyerap pelbagai jenis kuman dan juga bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara.
Anda hanya perlu meletakkan sebekas arang di sebelah litter box mereka. Kemudian, buat lubang pada bekas arang untuk ia menyerap bau kurang enak itu.
Mingguan Wanita : Cara paling senang dan jimat belanja. Guna arang saja.
Harga RM4 Untuk Satu Tingkap, Pasang Sendiri ‘Tinted’ Memang Cantik, Auto Nampak Macam Kondo! Jika tingkap rumah terlalu ‘transparent’ dan nampak dalam rumah, memang membuatkan kita kurang selesa dan rasa kurang privasi. Penyelesaiannya boleh diatasi dengan memasang ‘tinted’ pada tingkap mahupun sliding door di rumah.
Dengan kos RM4sahaja bagi satu tingkap kita boleh buat sendiri je pasang tinted ni. Lebih jimat kos dan berbaloi bila DIY sendiri berbanding upah professional pasang.
Saya suka DIY misalnya rumah sewa saya ini tingkap dapurnya visible dari luar. Kadang nampak orang lalu lalang dan mereka juga boleh nampak kita yang kat dalam rumah ni. Malu la juga takut jiran-jiran nampak otot-otot yang berketak-ketak ni risau kena gangguan.
Saya decide untuk pasang sendiri tinted rumah ini mudah saja saya beli di Shopee. Search je tinted rumah macam-macam brand keluar.
Memang cantik tingkap terus jadi macam mirror lookalikes. Rumah yang asalnya flat kos rendah auto nampak macam kondo.
SEBELUM
Macam rumah saya ini saya pakai tinted warna Silver Black dan Matt White.
SELEPAS
Tips beli dan pasang DIY tinted rumah:
1) Warna Silver Black ini kadar ketelusan dia ~80%, kalau waktu malam dalam rumah pasang lampu boleh nampak bayang-bayang. Untuk warna Silver Black ini tintednya akan tapis cahaya dan haba rumah pun jadi redup tidak panas sangat sesuai musim El-Nino ini. Ia sesuai dipasang di bilik tidur dan ruang tamu.
2) Kalau mahukan 100% privasi dan masih mahukan cahaya masuk, saya ambil warna Matt White. Warna Ini orang luar memang tak nampak. Cahaya pun masih tembus bilik tidak gelap. Sesuai untuk dipasang di dapur ada privasi dan cahaya masih masuk.
3) Beli size yang betul. Ukur size tingkap kemudian potong sendiri mengikut size sebenar tingkap. Bagi sedikit extra 5-10mm supaya cermin cover habis ketika pemasangan.
4) Sewaktu pasang pastikan pakai air sabun yang banyak barulah cantik tintednya tak kedut-kedut. Kalau takde sabun tinted akan mudah melekat dan berkedut.
5) Untuk beginner saya sarankan beli extra 2-3 keping tinted sebagai trial. Harga RM4 je untuk satu tingkap. Murah sangat kalau panggil tukang professional mahal juga rasanya mau beratus ringgit.
Kalau macam saya suka belajar dan DIY banyak kali juga try baru menjadi itulah harga nya try and error. Tetapi skill sampai ke tua kita ada sangat berguna.
Untuk tutorial pemasangan tinted ini search di Youtube; “How to install window tint”. Saya kongsi actual photos rumah saya before and after.
Semoga bermanfaat dan selamat bertukang
Mesti Baca:Pasang PVC Fence Edge Supaya Rumah Lebih Privasi, Jimat Bajet Berbaloi!
Baca Lagi Di Sini:Nak CANTIK & JIMAT KOS, Tutup Dinding Porch Kereta Guna ‘Shera Plank’!
Kebanyakan daripada kita yang ambil cuti dah nak masuk kerja semula & anak-anak pun dah nak mula sekolah. Baju-baju pula banyak yang nak kena basuh & gosok, kalau sikit-sikit tak pe, ni berpasang-pasang yang nak kena gosok..memang boleh stress mak-mak dibuatnya. Ada cara mudah dan pantas yang dikongsikan oleh Puan Afnee Baker, bagi mempercepatkan proses menggosok yang renyah ni iaitu dengan menggunakan Aluminium Foil.
Dengan cara ini mak-mak akan dapat menggosok kedua-dua bahagian secara serentak! Tak perlu nak diterbalikkan lagi. Boleh siap dalam masa yang pantas. Tak perlu ‘upgrade’ seterika mahal dan hanya menggunakan bahan yang murah!Apa yang pasti ia jimat masa, mudah, murah dan sangat berkesan!
Jom ikut langkah dibawah ini.
Bahan Bahan:
Aluminium Foil
Kain / Sarung seterika
Stapler / Double sided tape
* Saiznya bergantung pada papan seterika (ironing board) masing-masing.
Cara-Caranya:
1. Tetapkan Saiz Aluminium Foil
Ambil ukuran papan seterika dan saizkannya mengikut aluminium foil yang perlu digunakan. Kebetulan, aluminium foil yang digunakan ini memang dah memang cukup saiznya. Jadi, senanglah!
2. Balutkan Dengan Aluminium Foil
Bila dah sama saiz, balutkan aluminium foil dan tampalkan dengan ‘double sided tape’. Guna aluminium foil bahagian yang berkilat di atasnya ya. Kalau nak guna cara lain pun boleh, asalkan ianya melekat dengan kukuh.
3. Sarungkan Dengan kain
Lepas dibalut dengan Aluminium Foil, balutkan pula dengan sehelai kain lain. Kalau nak mudah, gunalah sarung seterika yang dah sedia ada. Kalau tak ada, carilah apa-apa kain untuk membalutnya. Piihan terbaik adalah kain cotton atau kain batik pun boleh. Kemudian, stapler saja hujungnya untuk memperkemaskannya. Senang cerita!
Itu saja langkahnya.
Siap!
Oleh kerana aluminium foil sangat berkesan menyerap haba, maka apabila gosok baju bahagian depan, bahagian belakang pun akan ‘tergosok’ sekali tanpa sengaja. Macam dalam gambar di bawah ini.
Kisah mengharukan tentang Dr Siti Ruqyah Adnan yang kehilangan ayahnya beberapa jam sebelum konvokesyen, namun tetap bangga menunaikan impian ayah untuk melihatnya bergelar doktor.