Bercinta kan nak suruh anak-anak kita bersolat. Kadang tu sampai berbuih-buih mulut mak ayah, anak-anak boleh buat ‘dek’ je. Anak malas solat inilah dilema yang mak ayah terpaksa lalui.
Walhal kewajiban mengerkakan solat jatuh pada setiap muslim yang berakal. Dan selepas umurnya 7 tahun, jika anak gagal melaksanakannya, mak ayah berhak merotan dengan kadar tak mencederakan dan untuk tujuan mendidik.
Apa pun, rotan itu biarlah solusi yang paling akhir sekali. Sebenarnya ada cara yang lebih baik tanpa perlu menggunakan pendekatan rotan ataupun pukul.
Yang mana pendekatan ini akan buatkan anak rajin melaksanakan ibadah wajibnya. Dan kekal istiqomah sampailah usianya dewasa.
Begitulah yang dipraktikkan oleh ibu bernama Siti Aminah Sulaiman dalam mendidik anak-anaknya rajin mengerjakan solat 5 waktu. Seterusnya membuang rasa malas dalam diri anak-anak.
Pegang 4 Nasihat Luqman Ini
“Kenapa kita perlu solat Ibu?”
“Kita tak nampak Allah pun.. kenapa kena solat pada sesuatu yang tak nampak?”
Seorang ibu mengadu pada saya soalan anaknya.
Anak yang berusia 8 tahun itu keberatan untuk solat.
Terus terngiang-ngiang di telinga saya suara Ustaz Syaari masa kelas Ibrah Surah Luqman yang lepas
Jawapannya ada dalam Surah Luqman.
Luqman mendidik anaknya mentauhidkan Allah dahulu, kemudian baru anak itu disuruh bersolat. Kalau kita lihat nasihat Luqman pada anaknya dari ayat 12 ke 17, langsung tak sentuh pasal solat.
Sebelum bersolat, Luqman perintahkan anaknya untuk:
1) Bersyukur kepada segala nikmat yang Allah berikan.
Ads
2) Jangan syirikkan Allah.
3) Buat baik kepada kedua Ibu Bapa.
4) Percaya pada perkara yang ghaib iaitu Hari Pembalasan.
Luqman beri analogi perbuatan yang baik atau buruk yang walaupun seberat biji sawi, kemudian ia tersembunyi di celah batu besar. Allah al Khabir mampu untuk keluarkan apa yang tersembunyi itu untuk dihakimi dan dan diberi balasan.
Ajarkan Ketika Anak Usia 0-6 Tahun
Melalui nasihat Luqman ini, kita boleh bayangkan Islam ini ibarat sebuah pohon.
AKAR bagi pohon ini ialah pendidikan akidah.
Asas akidah yang perlu kita ajar pada anak ketika usia 0-6 tahun ialah:
siapa Allah?
Iaitu Nama dan Sifat Allah dalam Asma ul Husna
Nikmat Allah yang ada pada tubuh kita dan sekeliling yang boleh anak lihat, rasa dan dengar.
Ads
Apabila benih akidah dah berjaya disemai dan menjalar menjadi akar yang kuat,
maka akan lahirlah pohon berbatang kuat, berdaun rimbun dan berbuah.
Batang yang kuat ini ialah IBADAH (yang wajib seperti solat, puasa dan lain)
Daun yang rimbun ialah Ibadah Sunnah.
Buah ialah AHLAK yang cantik.
Pentingnya untuk kita sebagai ibu bapa untuk faham perkara ASAS dalam pendidikan anak.
Dalam Fasa Pendidikan anak,
Allah perintah kita sebagai ibu bapa untuk suruh anak bersolat pada usia mereka 7 tahun,
perintah solat akan jadi mudah jika benih akidah SUDAH DITANAM pada usia 0-6 tahun.
Ads
Tak Ada Istilah Terlambat, Jom Mak Ayah Kita Mula Semula
Bagaimana jika kita terlepas untuk semai akidah pada usia 0-6 tahun?
Jangan risau ibu ayah.. tiada istilah terlambat untuk anak-anak kita.
Rahmat Allah tu luas sekali..bila kita dah faham mengenai perkara ASAS dalam pendidikan anak,
Kita bermula semula dari perkara yang paling BASIC,
iaitu bagaimana nak tanam benih dan semai akar yang kuat..
tak kisah anak tu umur 8 tahun ke, 15 tahun atau 18 tahun sekalipun.
Ajar semula anak mengenal Allah dan kejadianNya.
Anak perlu selalu merasakan kewujudan Allah dan adanya Hari Pembalasan
Tiada istilah terlambat dalam kembali semula pada Allah.
Saya yang dah berumur ni pun sedang belajar semula isi kandungan Al Fatihah..sebab nak lebih khusyuk dalam solat.
Semoga penulisan saya dapat menjawab persoalan kenapa anak menolak atau malas untuk bersolat apabila meningkat usia 7 tahun dan keatas.
Saya doakan setiap yang membaca post ini dikurniakan anak yang soleh yang kekal bersolat walau dalam apa jua keadaan.
Amin Ya Rabb.
Jika anda rasakan penulisan ini bermanfaat, mohon SHARE pada sahabat yang lain supaya ramai lebih faham kenapa anak malas/tak nak bersolat.
Boleh TAG pasangan anda untuk sama-sama didik anak mudah bersolat di rumah nanti.
Tegas tapi penyayang dengan orang sekeliling! Itulah sikap Yusuf Azmi.
Terbaru, bekas Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi, 28 ada memuat naikkan status panjang mengenai pandangannya tentang kehidupan, malah dia juga sering memuji isteri dan menghargai masa bersama anak-anaknya.
Ternyata dunia bersama anak-anak yang dia miliki sangat membahagiakan. Malahan netizen juga mendoakan yang baik-baik di setiap ruangan komen Instgram miliknya. Ikuti secebis luahan lelaki ini dengan kehidupannya hari ini dan cuba rebungkan…
Luahan Yusuf Azmi Buat Isteri Dan Anak-anak
Dia yang dikagumi dengan sikap lantang bersuara sebenarnya memiliki aura romantik bila meluahkan perasaan kepada orang rumahnya. Ini jelas dalam kenyataan bertulis terkini dengan sekeping gambar bersama isterinya, Sebrina Hamdan.
“Kebahagian yang paling membahagiakan apabila melihat isteri tercinta dan anak anak tercinta bahagia. Itu membuatkan naluri dari dalam hati menjadi bahagia. Pemimpin bernama ayah. Beliaulah laluan untuk penerima segala kebahagian..Hatinya di dalam tiada siapa yang tahu. Tetapi Pemimpin yang bergelar ayah sentiasa memberikan senyuman untuk anak anak nya. Kerana beliau tahu yang semua itu amanah dari Allah.
Kita tidak harus merasa sedih tetapi apa yang kita lalui. Sesungguhnya ramai lagi manusia yang menderita kerana tidak mempunyai kebahagian seperti kita. Jangan melihat di langit kerana isi dan kulitnya jauh berbeza dan membuatkan kita tidak merasai nikmat yang Allah beri. Lihatlah si pejalan semut sentiasa bersyukur apa yang mereka perolehi. Mudah mudahan memberi manfaat kepada semua Ayah dan suami. Ayah cintakan semua anak anak ayah. Dan bidadari syurga ayah satu satunya baby manja Sebrina Hamdan.”
Selalu Baiki Diri
Jangan risaukan kata-kata orang kerana setiap orang membaca dunia dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeza.
Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik. Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.
Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.
Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.
Kita Bukan Siapa-siapa Untuk Menilai Sesiapa, Eratkan Silaturahim.
Walau sekadar berdoa untuk semua ahli keluarga..jiran & sahabat
Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh.
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh…. Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama.
Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta. Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.
Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.
Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.
Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian… sedar lah diri segala yang kita miliki termasuk diri kita milik ALLAH SWT.
Doa Lelaki Ini Sempena Hari Jumaat
Pesan Yusuf Azmi lagi, rebutlah berbuat kebaikan pada hari Jumaat, kalau mampu gandakan alhamdulillah. Itu rezeki…
Semoga kita mendapat rahmat yang baik pada hari ini, Penghulu segala Hari. Berjalanlah kamu dengan merasa malu melihat ke langit dan rasa malu memijak ke bumi. Itu la dinamakan Tawadhuk. Apa percapaian pun di dalam hidup kita itu semua milik Allah. Dan bila kita mati kita kembali pada Allah. Jangan merasakan diri itu aku.. Kerana aku itu tiada. Berilah sedekah kepada sesiapa walaupun kita tiada apa apa. Kerana Sedekah itu bukan pada nilai wang yang besar. Carilah permata di sunggai yang mengalir. Jangan kita khuatir kita kehilangan. Kerana janji ALLAH itu pasti.
Salam Jumaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila senang dan asyik dapat untung dalam segala hal, ramai mula dekat dengan sikap buruk yang sebenarnya boleh jerat diri. Contoh mudah dalam urusan bisnes.
Ini yang ramai orang tak sedar, konon dapat untung sebab atas usahanya. Malah makin berduit, semakin berkira nak berkongsi rezeki. Nauzubillah…
Untuk jentik sedikit emosi kita dalam segala hal, jemput baca perkongsian Puan Nur Liyana Farahin ini…
Kerana Tuhan dah berkata, dalam kesulitan itu ada kesenangan.
Teringin nak share apa yang Syeikh share dengan aku semalam, yang rasanya sangat dalam maksud dan besar manfaatnya.
Syeikh orang lama dalam bisnes, aku pun banyak belajar dari beliau. Zaman-zaman muda di Canada dulu, Syeikh ada bisnes printing kitab yang sangat maju. Bahkan ada kilang dan pekerja yang ramai.
Pada masa tu, bisnes Syeikh paling maju dan semua orang beli kitab dan berbisnes dengan Syeikh. Sampai satu masa, company gergasi mula bawa masuk teknologi printing yang sangat maju, yang memberi kesan sangat teruk kepada bisnes Syeikh.
Ikutkan frust, memang frust kata Syeikh. Tapi kita tak sedar, ada hikmah disebaliknya.
“Allah beri dan Allah ambil. Allah ambil dan Allah beri, kata Syeikh”
Berpunca dari dropnya bisnes di Canada, isteri Syeikh mengambil keputusan untuk balik ke Lubnan. Syeikh kata rupanya hikmah lebih besar adalah, kalau bisnes Syeikh terus maju dan berjaya waktu tu pasti Syeikh tak ada masa nak dakwah seperti harini ke serata dunia.
Allah nak Syeikh sebar manfaat dan berdakwah, sebab tu Allah tutup peluang bisnes di Canada dulu.
Dengan sebab balik ke Lubnan, Syeikh mula ada masa buka pengajian dan merantau sebar manfaat kepada seluruh muridnya di serata dunia. Rezeki pula, tak putus-putus dengan usaha bisnes yang tak pernah berhenti.
Syeikh kata, Allah akan mula menguji apabila kita mula merasakan semua bergerak atas sebab usaha kita.
Ini Sikap BURUK Yang Ramai Di Kalangan Kita Buat Tanpa Sedar
1. Dapat customer sebab aku paling pandai iklan. Sedangkan Allah yang hantar customer kepada kita.
2. Rasa semua kejayaan datang atas usaha sendiri, bukan dari Allah.
3. Apabila sudah terlalu senang, jadi kurang bahkan tiada pergantungan kepada Allah walaupun sifat hamba itu adalah memerlukan Tuannya.
4. Bergaduh, bersaing dan membenci atas kelebihan duniawi.
5. Merasakan diri sangat hebat kerana Allah kurniakan banyak kejayaan.
Bayangkan, semua kebencian, hasad dengki, bermasam muka pasti sebab dunia, tentunya bukan sebab akhirat. Mana ada orang hasad dengan orang yang banyak solat, kan?
Orang pasti hasad kerana cantik rupa, kejayaan harta, kekayaan, hidup mewah, terkenal dan pengaruh kuasa. Semuanya kerana dunia.
Malaikat pernah berkata kepada Allah, “Aku ingin terbalikkan gunung dan langit atas hambaMu.” Apabila ditanya kenapa…
Malaikat menjawab, “Engkau yang memberi makan tapi mereka sembah selain dari Mu!”
Sepertinya kita, dapat macam-macam nikmat kesihatan, rezeki dan kehidupan yang baik tapi tetap membelanjakan tidak ke jalan yang diredhai.
Bila difikir kembali, cukup banyak hikmah hidup ini. Tidak sia-sia orang yang yakin dan bergantung dengan Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kecantikan seorang wanita dan bijak menguruskan diri, rumah serta anak-anak adalah kelemahan bagi setiap lelaki. Namun begitu, kecantikan ini berbeza dari pandangan seorang suami dengan suami yang lain. Hal ini termasuklah, senyuman yang menawan, penampilan diri, layanan dan juga mempunyai bau-bauan yang indah. Tetapi tahukan anda, di sebalik selekeh seorang isteri, terlalu banyak perkara yang dirinya lakukan saban hari. Bukan sengaja dia selekeh sebaliknya bersebab.
Secara tidak langsung, bau-bauan mampu membuka dan merangsang deria dan selera seseorang lelaki untuk mendampingi isteri masing-masing. Isteri yang selekeh akan menutup selera suami untuk bersama isteri dan ini boleh dilihat melalui layanan yang kurang daripada seorang suami terhadap isteri. Jika isteri selekeh dan kurang menarik pada pandangannya, suami hanya mampu melihat dan tidak mahu menegur kerana mungkin takut disalah ertikan teguran tersebut sebagai menghina. Jika suami menegur, ia adalah tanda-tanda awal untuk sang isteri berubah sebelum suaminya pula berubah perhatiannya.
Kesimpulannya, isteri ni selekeh bersebab. Kalau nak cantik-cantik sepanjang masa, mungkin anak-anak tak terurus. Rumah jadi tunggang langgang. Tidak dinafikan,setiap ibu memang sanggup berkorban apa sahaja untuk anak sehingga lupa untuk menghias diri mereka sendiri. Tetapi, penjagaan anak tidak boleh dibuat sebagai alasan untuk tidak menjaga diri.
Jelas, Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forensic Psychologist, Change Management Specialist, Self Hypnotist & Hypnotherapist, adakalanya seorang isteri menjaga anak-anaknya sehingga tidak mengindahkan dirinya. Ini mungkin disebabkan si isteri terlampau sibuk atau tidak ada masa untuk menjaga diri demi suami. Perkara seperti ini adalah tidak sihat dalam perhubungan suami isteri.
Perkara ini sama sekali tidak mendatangkan masalah jika sang suami jua selekeh dan tidak mengindahkan dirinya untuk isteri dengan alasan dia tidak ada masa. Jadi secara umumnya, berkeadaan selekeh itu boleh diterima kerana masing-masing mengalami situasi yang sama dan selesa dengan situasi tersebut. Walau bagaimanapun, berkeadaan selekeh melambangkan sikap pengotor dan malas.
Punca Isteri Selekeh
Tambah Dr Ben Fadzil lagi, setiap isteri akan rasa selesa dengan keadaan selekehnya atau dirinya memang sengaja melengah-lengahkan masa untuk membersihkan serta menyiapkan diri disebabkan tiada orang yang berani menegurnya dan tiada sesiapa yang menegur tentang tabiat butuknya itu. Sikap malas atau suka melewatkan serta melambatkan masa berhias ini akan mendorong si isteri merasa amat selesa kerana telah memperolehi suami dan memberinya anak. Namun begitu perlu diingat, seorang isteri yang selekeh tidak dapat menjanjikan yang suaminya senang dengan penampilannya.
Oleh itu, suami perlu memberi teguran yang positif serta membina dan bukan memberi teguran seperti menghina dan mengecilkan hati seorang isteri. Isteri pula perlu mengambil teguran ini sebagai sesuatu yang positif yang boleh mengeratkan lagi kasih sayang. Teguran daripada sang suami tidak boleh dibuat dalam keadaan marah atau mengugut kerana ini akan disalah tafsir oleh penerima dan sesiapa yang mendengar.
Di samping itu, teguran daripada suami adalah seperti menerima isyarat bendera merah untuk isteri melakukan perubahan terhadap dirinya sendiri agar suami tetap bersamanya daripada mengambil keputusan atau alasan untuk tidak pulang ke rumah atau mencari penganti yang lain. Selain itu, apabila suami mulai sakit mata melihat penampilan isteri yang tidak mahu memperbaiki dirinya atau tidak berhias untuk suami, si suami mungkin akan mencari jalan keluar dengan mencari apa yang dia hendak di luar rumah, seperti sesuatu yang menyenangkan pemikiran.
Sang suami juga pasti akan mencari pemandangan yang tidak membuat mindanya kusut dan stres. Malahan, jika dibiarkan berlarutan si suami pasti akan mula membuat alasan demi alasan untuk tidak berada dengan isteri yang selekeh. Tidak ada suami yang akan merasa bangga terhadap isterinya sendiri jika isterinya selekeh. Isteri yang selekeh adalah isteri yang tidak menjaga hati suami, maruah dan kedudukan suami itu sendiri.
Saranan dan Nasihat Kepada Isteri.
Di samping itu, menurut Dr Ben Fadzil lagi, adakah anda ingin “menarik minat suami pada anda atau menolak suami daripada anda”? Untuk berjaya menarik minat suami pada anda, setiap isteri perlulah mempelajari pelajaran “Cara Memiliki suami untuk diri sendiri” yang tidak diajar dimana-mana universiti. Ini termasuklah pelajaran common sense.
Setiap isteri perlulah menjaga penampilannya terhadap suami. Ini termasuklah dari menjaga diri sendiri, dari segi perwatakan, penampilan dan perangainya. Penampilan yang manis, tidak terlalu gemuk tetapi sedap mata memandang, menjaga kebersihan diri dari pakaian serta amalan harian adalah amat penting. Bau badan, bau mulut, bau rambut dan bau pakaian juga adalah penting untuk menambat hati suami.
Salah satu ciri-ciri yang penting adalah layanan isteri terhadap suami yang pulang dari kerja yang dalam keadaan penat dan stres. Dalam keadaan begini suami hanya mahu melihat senyuman isteri di muka pintu sambil menyambut suaminya pulang serta mendapat layanan kasih sayang.
Tidak ada suami yang suka di beri leteran, bebelan dan juga mendengar rungutan tentang perkara-perkara yang remeh. Perkara-perkara begini hendaklah disampaikan pada suami di masa dan waktu yang betul. Ianya hendaklah didalam bentuk mengadu, berbual dan berkongsi maklumat dan bukan memarahi suami atau memaksa suami melakukan sesuatu secara paksa. Berbual, berbincang adalah percakapan adalah penting dalam aspek perhubungan komunikasi. Berkomunikasi hendaklah dilakukan selalu.
Disebabkan ego lelaki adakalanya dilihat sebagai besar, ini bermakna ia tidak boleh dikawal. Setiap lelaki tidak suka disuruh atau menjadi budak suruhan untuk isteri. Tadbirlah dengan sebaik mungkin.
Selain dari kebersihan diri, kebersihan rumah juga memainkan peranan yang penting. Rumah yang tidak teratur akan hanya merunsingkan kepala suami dan menambahkan stres.
Isteri tidak boleh sentiasa bergayut di telefon dan melayan semua jenis media sosial hingga tidak memberi perhatian pada suami. Perhatian hendaklah diberi kepada suami semasa bersantai, di meja makan sehinggalah ke bilik tidur.
Setiap suami suka diberi perhatian dan diutamakan dalam semua perkara. Jangan membelakanginya. Cara yang terbaik adalah merujuk kepada suami dahulu.
Akhir kata, isteri hendaklah menjauhkan perangai suami yang sering melihat isteri dan rumah sebagai “Sakit dimata dan Sakit di hati”. Cara begini akan menjauhkan suami dari isteri, anak-anak dan rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.