4 Langkah Membentuk Roti Jala Lobak & Tembikai, Sedap ‘Bak Hang’ Dicicah Kuah Serawa

Share

Kreatifnya roti jala lobak dan tembikai dari hasil air tangan Puan Nor Fatihah ini. Bentuk tradisional tu macam rupa popiakan. Hebat tak hebat wanita ini, dia mengubah bentuk roti jala jadi lobak dan tembikai. Beliau kongsikan sekali 4 langkah cara membuatnya.

Hari ni kite makan buah tembikai dengan lobak merah je…hihihi.. Akhirnye terjebak juga buat roti jala bentuk lobak merah ni. Yang bentuk tembikai tu kite reka sendiri. Tak tiru kat mana-mana tau. Tengok orang buat roti jala bentuk lobak hari tu tercetusnye idea nak buat bentuk tembikai ni

.”

Kata Puan Nor Fatihah lagi, beliau lebih suka makan dengan kuah serawa. Akuinya anak-anaknya pun ‘excited’ dan bertambah selera nak menikmati hidangan kreatif roti jala lobak dan tembikai tu.

Bahan-bahan Roti Jala Lobak & Tembikai

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna merah, oren dan hijau

Cara Membuat

1. Satukan semua bahan-bahan. Kacau dan tapiskan.

2. Bagaikan kepada 3 bahagian dan campur pewarna merah, oren dan hijau. Masukkan ke dalam botol/ acuan roti jala.

3. Corakkan bentuk lobak merah dan tembikai @bentuk yang disukai di atas non stick pan dan biar masak. Lipat/gulungkan.

4. Hidangkan dengan kuah serawa @ kari.

Bahan-bahan Kuah Serawa

1 cawan santan pekat
1 caran air
1/2 cawan nissng/ gula Melaka
Gula pasir secukupnya
1 helai daun pandan – disimpul
1 biji telur dipukul
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum dan sedikit air (untuk pekatkan kuah)

Cara Membuat

1. Satukan santan, air, nissang/ gula Melaka, gula pasir dan daun pandan. Kacau dan didihkan di atas api.

2. Masukkan telur, garam dan kacau.

3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dengan air. Kacau hingga kuah pekat.

4 Langkah Membentuk Roti Jala Lobak Dan Tembikai Secara Bergambar

Mudahnya Membentuk Roti Jala Tembikai, Original Idea Dari Puan Nor Fatihah

Ini Pula Membentuk Roti Jala Lobak Yang Pernah Dikongsi Oleh Netizen

Sumber/Foto: FB Nor Fatihah

IKLAN