Empat beradik termasuk bayi 10 bulan kena halau dengan nenek, ditinggalkan depan pejabat kerajaan. Entah di mana hati nurani seorang wanita berusia yang bertindak menghalau empat cucunya termasuk bayi berusia 10 bulan.
Dalam kes menyayat hati ini, dalam usia yang belum pun baligh, empat beradik di bawah umur ditemui ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah, Kampung Gajah, di sini, semalam.
4 Beradik Termasuk Bayi 10 Bulan Kena Halau Dengan Nenek
Memetik laporan Harian Metro, kejadian kira-kira 10.50 pagi itu membabitkan kanak-kanak lelaki masing-masing berumur 11 tahun, tiga tahun dan bayi 10 bulan serta seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat Kampung Gajah pada jam 5.39 petang.
Ditinggalkan Depan Pejabat Kerajaan
Hasil siasatan awal, katanya, pengadu dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bahawa semua mangsa ditinggalkan di hadapan pondok pengawal keselamatan kompleks pentadbiran itu oleh seorang perempuan yang tidak dikenali yang menaiki kereta jenis Toyota.
“Hasil pertanyaan kepada kanak-kanak berumur 11 tahun berkenaan, dia mendakwa mereka dihalau dari rumah oleh nenek di Kampung Kuchai, Bota di Parit.
Ads
“Mereka dihantar ke tempat kejadian menaiki kereta oleh seorang perempuan yang tidak dikenali.
“Pengadu kemudian menghantar kanak-kanak itu ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Gopeng untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hafezul Helmi berkata, polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bapa atau waris kanak-kanak itu.
“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden ini boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Inspektor Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452,” katanya.
Kenapa Ada Pasangan Yang Cari Skandal Di Luar? | Borak Kelamin
9/10 kes cerai selalunya melibatkan orang ketiga. Seringkali kita terdengar mengenai isu curang di antara lelaki dan wanita. Lebih menakutkan, berlakunya juga kes perhubungan sulit antara suami dan isteri orang.
Apakah punca perkara ini terjadi? Sekadar nak “have fun” atau terdapat tujuan lain ?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penyanyi popular Indonesia, Afgan mengakui teruja apabila buat pertama kalinya bakal menjayakan konsert yang dipimpin oleh orkestra penuh dari Malaysia.
Afgan atau nama lengkapnya Afgansyah Reza ketika ditemui di majlis sidang media konsert Afgan Live In Concert with Orchestra yang bakal diadakan esok di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ia akan melibatkan kira-kira 25 orang pemuzik orkestra tempatan.
“Saya baru sahaja menjayakan konsert di sini (Malaysia) pada Disember tahun lalu di lokasi yang sama. Namun untuk konsert kali ini, saya akan tampil bersama pemuzik orkestra dari Malaysia. Ini merupakan kali pertama persembahan saya di sini akan diiringi pemuzik dari Malaysia. Saya tidak sabar menjayakannya,” katanya nyata teruja untuk membuat persembahan di hadapan para peminatnya di Malaysia.
Pada masa sama, penyanyi berusia 34 tahun itu turut memuji kualiti pemuzik orkestra Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
“Saya hanya sempat menjalani sesi latihan bersama pemuzik Malaysia semalam. Sejujurnya saya memang kagum melihat kualiti yang dipamerkan mereka. Apa yang membuatkan saya kagum, pemuzik baru sahaja mendapat nota muzik untuk konsert saya dan mereka sudah boleh memainkannya dengan baik,” ujar pelantun lagu Bawalah Cintaku itu.
Afgan yang ditemui semasa sidang media Afgan Live In Concert With Orchestra di sini, hari ini bakal membawakan sebanyak 25 buah lagu, termasuk lagu oleh penyanyi tempatan yang dirahsiakan.
Menariknya, untuk konsert kali ini, Afgan turut mengundang penyanyi terkenal Indonesia, Raisa yang turut memeriahkan persembahan esok.
Sementara itu, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, pihaknya berbesar hati kerana Afgan sekali lagi menerima pelawaan dan bersetuju untuk menjayakan konsert di sini. Difahamkan, sebanyak 3,000 tiket konsert yang dibawakan oleh penganjur, Renjana Idea telah pun habis terjual.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tahniah buat selebriti Alif Satar di atas pengiktirafan daripada KNKV Award selepas mencetus fenomena luar biasa melalui gerakan Geng Subuh Macam Jumaat yang diusahakannya.
Alif Satar telah menerima pengiktirafan sebagai penerima trofi anugerah khas pilihan juri iaitu KNKV Laureate Influencer Award 2024 menerusi KNKV Viral Award 2024. Trofi berkenaan merupakan pengiktirafan untuk Alif di atas usaha dan komitmen beliau dalam memupuk kesedaran serta penyatuan umah dalam usaha mengimarahkan masjid untuk solat subuh secara berjemaah.
Lebih membanggakan, Alif berjaya membawa fenomena ini bukan sahaja di Malaysia, malah kempen tersebut mendapat sambutan dari Singapura, Indonesia, Dubai malah Korea Selatan.
Menurut penganjur KNKV Viral Award 2024, trofi khas turut diberikan kepada tiga lagi figura yang banyak mencipta kejayaan dalam industri hiburan tempatan.
Penerbit dan pengarah filem Adrian Teh terpilih menerima pengiktirafan KNKV Laureate Fiilm Director menerusi kejayannya dalam filem Malbatt: Misi Bakara di mana filem tersebut berjaya mengutip kutipan sebanyak RM34 juta sejak ditayangkan pada Ogos 2023.
Manakala satu lagi trofi KNKV Viral Laureate Film Influencer Award 2024 menjadi milik vloger Zhafvlog yang merupakan pempengaruh popular khususnya dalam bidang filem di media sosial. Nama penpengaruh Sofyank tidak ketinggalan menerima trofi KNKV Viral Laureate Content Creator Award 2024.
Sebanyak 16 kategori dipertandingkan termasuklah Pempengaruh Nasional Terbaik (Best National Influencer), Pencipta Kandungan Nasional Terbaik (Best National Content Creator), dan Platform/Saluran Nasional Terbaik (Best National Viral Page/Channel).
Mingguan Wanita turut tersenarai sebagai finalis Gold Award Best National Viral Page Channel di majlis berprestij itu yang bakal berlangsung pada 20 Februari di Zepp Kuala Lumpur jam 8 malam.
KNKV Viral Award 2024 dipersembahkan oleh KNKV Group dan RTM dianjurkan bersama KNKV Studios dan Eventopedia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berita yang dinantikan oleh semua mak, ayah adalah tarikh sebenar peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini. Keputusan KPM membatalkan UPSR dan PT3 adalah satu langkah yang dipuji berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Setakat ini menurut Kementerian Pendidikan, satu kaedah yang baharu akan diperkenalkan untuk menentukan kemasukan pelajar ke sekolah khusus. Kaedah baharu ini dikatakan tidak bersandar kepada keputusan peperiksaan semata-mata.
Peperiksaan Dibatalkan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid, sama juga PT3.
“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata,” katanya pada sidang media, hari ini.
Kaedah Baharu Diperkenalkan
Beliau berkata, satu kaedah baharu untuk PT3 akan diperkenalkan.
“Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya.
Sumber: Berita Harian
INFO:
Rumusan ringkas sidang media bersama YBM KPM :
✅KPM akan umumkan pembukaan sesi persekolahan dua minggu lebih awal.
✅Spm dan sijil vokasional ditunda ke suku pertama tahun hadapan.
✅Peperiksaan Semester 2 dan Semester 3 STPM diubah kepada Ogos 2020 dan suku pertama 2021.
✅Tarikh masuk IPT bagi program diploma dan matrikulasi adalah pada Julai 2021 dan program ijazah pada September 2021.
✅UPSR dan PT3 dibatalkan
✅Pembatalan UPSR dan PT3 tidak jejaskan penilaian murid. Penilaian kaedah baru akan dibuat.
✅KPM akan pastikan akses murid kepada PDPc diutamakan.
✅Pembelajaran dirumah secara atas talian perlu ambil kira kekangan guru dan murid dalam sampaikan pelajaran.
✅Perubahan tertakluk kepada hasil perbincangan (mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid).
✅Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan.
✅Penjarakan sosial tetap akan dilaksanakan di sekolah.
MW: Pengumuman ini membuatkan mak, ayah berasa lega kerana sesi persekolahan yang terganggu akibat arahan PKP. Harapnya selepas ini tarikh peperiksaan yang telah dirancang dapat berjalan lancar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tragedi kemalangan van kilang di Jalan Mount Erskine meragut nyawa seorang wanita dan mencederakan tujuh yang lain. Kisah sebak suami dan keluarga ini menyentuh hati ramai.