Ngeri sungguh dah sungguh tak tercapai dek akal fikiran macam mana pemegang motorsikal boleh tersumbat berada didalam rahim dalam tempoh yang panjang.Tak terbayang azab dan kesakitan yang perlu ditanggung.
Memetik laporan agensi, seorang wanita di Bhopal, India selamat menjalani pembedahan mengeluarkan pemegang motosikal yang tersumbat dalam rahimnya.Wanita berusia 30 tahun itu dimasukkan ke Hospital MY di Indore di negeri Madhya Pradesh pada Isnin lalu selepas mengadu sakit perut.
Pemegang motosikal yang berjaya dikeluarkan dari dalam rahim
Doktor yang melakukan imbasan x-ray terkejut selepas mendapati satu objek asing berada dalam rahim wanita tersebut. Pemegang motosikal itu tersumbat di antara usus kecil dan pundi kencing.
Lapor media tempatan, sepasukan 19 doktor terlibat dalam proses pembedahan yang mengambil masa selama empat jam bagi mengeluarkan objek tersebut. Keadaan ibu enam itu kini dilaporkan stabil.
Ads
Kredit Gambar: Cover Asia Press
Suami Masukkan Ketika Mabuk
Jurucakap hospital, Dr Sonia Moses berkata, wanita terbabit memaklumkan pemegang motosikal itu tersumbat dalam rahimnya selepas dimasukkan secara paksa oleh suaminya yang mabuk.
“Dia telah diugut untuk tidak menceritakan perkara itu kepada orang lain atau dia disakiti.
Ads
“Objek itu telah berada di dalam rahimnya selama hampir dua tahun.
“Rahimnya telah terjejas teruk dan harus dibuang, tetapi kami berjaya memulihkan pundi kencingnya,” kata Sonia.
Ads
Tambahnya, wanita malang itu tidak mampu melahirkan anak lagi selepas ini. Dia telah melaporkan pada polis, dan suaminya kini telah ditahan.
MW: Ngeri sungguh memikirkan, macam mana pemegang motosikal boleh disumbat dalam rahim selama hampir dua tahun. Kejam sungguh suami wanita ini, menyeksa isteri sebegini rupa.
Dalam instagramnya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi bil elektrik di rumahnya yang mencecah sehingga RM8142.90.
Dengan caption, “Macam makin naik je bil umah saya. Ada cara tak nak kurangkan bil elektrik rumah.. bulan ni kena berjimat skit guna api kat rumah.”
Pertanyaan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Ada yang membandingkan jumlah bil itu bersesuaianlah dengan keperluan rumah agam, Aliff Syukri Palace miliknya.
Selepas pakai barang-barang elektrik, pastikan soket dicabut. Jangan biar soket menyangkut walaupun suis off. Cadangan, pakai auto/timer soket. Set economy setting bagi sesetengah barang yang berkaitan. @oneal94
√ Bukan kata rumah Dato je sekarang. Sejak tukar meter baru, semua rumah bil naik. Yang saya dengar termasuk rumah saya. Tapi yang lain saya tak tahu lah. @dakwawa_abdjalil
√ Bil lektrik rumah saya bulan lepas pun sama. Naiknya mendadak. @princessfarah88
√ Memang tarif elektrik naik Dato. Bukan Dato je terkesan. Kami yang smekin ni pun merasainya. @norizanrabit
√ Umakaihh Dato.. bil rumah saya bulan ni naik RM200, tapi terpaksa ansur-ansur seratus dulu Dato oii.. poning den tengok bil. @ika_norchiey
√ Memang elektrik naik since bulan lepas. @siri_mariam_yaacob
√ Tau tak pe.. la ni air pun sama juga. Dah 2 bulan ni air dari 40 ringgit sebulan terus naik seratus lebih. Ramai yang merungut kenapa bil api dan air mendadak tetiba. Rumah kampung je. @lk_fresh_shida
√ Saya punya bil api pun naik Dato. Lepas tukau smart meter mendadak naik. Selalu bawah bawah RM130. Tapi dah 2 bulan pakai smart meter teruk. Bulan pertama RM187. Bulan kedua RM200. Ni bil bulan depan nak tengok macam mana. Dah report TNB pun tak guna. Dia cakap cuaca panas. Jadi penggunaan aircond jadi kuat. Apa kena mengena elektrik dengan cuaca. @merah_inai
√ Betul saya perasan bil air kat rumah naik tak tau kenapa. Bil api lambat bayar kena denda pulak. @zetyzuhairah
√ Memang ramai complain cakap bil TNB naik. Ramai dah buat aduan. @adibahnorfarah
√ Bil sekarang memang pun naik. Rumah tak ada aircond pun mencecah RM300. Ni kes km batu 3 Temerloh Pahang. Tak tau masalah dekat mana. Rumah kecil, aircond tak ada tapi bil 1 bulan boleh sampai RM300. @ynnyqaseh
MW : Haa.. jangan main-main dengan kos sara hidup sekarang ini. Memang kalau dikira satu persatu boleh buat sakit kepala. Kenapalah semua benda semakin naik.
Kejadian menyayat hati ini berlaku di Krabi Thailand. Tergamaknya meninggalkan bayi yang masih bertali pusat dalam sebuah mesin basuh selama 4 hari tanpa setitik susu.
Ini kisahnya.. Sejak Jumaat lalu, Sangduen Khaorueng, 47 menutup premis perniagaannya, kedai dobi layan diri. Sebaik pulang dari urusan perniagaan di tempat lain, dia kembali ke kedai.
Hati perempuannya rasa tak keruan dengar tangisan yang semakin panjang. Tergerak hatinya mahu menjenguk ke dalam mesin basuh yang ada di kedainya.
Alangkah terkejutnya apabila suara tangisan itu milik bayi lelaki yang masih lengkap bertali pusat dengan berbalut tuala semata. Dia tergamam..
Bayi itu menangis semakin galak. Segera dia menghubungi pihak polis dan paramedik untuk mendapatkan bantuan dan memeriksa bayi yang ditinggalkan sendirian dalam mesin basuh itu.
Dipercayai bayi itu berusia lima hari. Fizikalnya dalam keadaan baik namun dia teramat kelaparan.
Kejam sungguh pelakunya sanggup meninggalkan anak yang tidak berdosa itu sendirian. Tak boleh bayang si comel ini bergelap, bersendirian dalam mesin basuh pulak tu.
Syukurlah, bayi itu masih hidup walaupun empat hari tidak menerima walau setitik susu.
Selepas empat hari ditinggalkan sendirian, bayi ini sudah pun selamat dihantar ke hospital untuk dirawat.
Pihak polis Krabi, Leftenan Sanya Kaewnui memaklumkan pihaknya akan memeriksa kamera rakaman berhampiran untuk mencari ibunya.
Jika ibunya tak dapat ditemui, bayi itu akan diserahkan ke rumah anak yatim untuk dijadikan anak angkat.
MW : Semoga ibu dan ayah bayi berkenaan dapat ditemui dengan segera.
Sumber/Foto : Kosmo , Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Takutnya bila cerita bab pedofilia ini. Lagi-lagi mak ayah yang ada anak perempuan. Sebab wajah pedofilia kita memang susah nak kenal. Pedofilia tak ada ‘muka’ tapi lelaki ini, BroOhsem Akhtar Syamir bantu mak ayah cam ciri-ciri si pedo, lagi-lagi di media sosial (socmed).
Apakah itu Pedofilia? Ibu-bapa wajib baca dan belajar cara melindungi anak-anak kita.
What is Pedophilia? A must read article for parents and learn how to protect our children.
Pedofilia ini adalah satu gangguan mental di mana seseorang itu mempunyai tarikan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur. Sama ada lelaki atau kanak-kanak perempuan.
Secara telitinya, seorang penghidap Pedofilia mempunyai corak keghairahan seksual dan minat yang berterusan melalui pemikiran seksual. Mereka sering berfantasi dan kanak-kanak boleh menaikkan nafsu mereka. Penghidap Pedofilia selalunya gagal membezakan daya tarikan kanak-kanak belum baligh dan yang sudah baligh. Ia juga sering dikaitkan dengan penderaan seks kanak-kanak.
Penghidap Pedofilia ini tidak terhad kepada lelaki sahaja. Wanita juga ada yang mempunyai masalah mental yang sama tetapi tidak seramai lelaki.
Buat masa ini, tiada penawar untuk Pedofilia, tetapi terdapat terapi yang boleh mengurangkan kebarangkalian seseorang pedofilia itu melakukan penderaan seksual kepada kanak-kanak.
Penghidap Pedofilia seringkali memuaskan nafsunya dengan pornografi dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.
Namun, pada masa kini, mereka juga boleh menjadikan gambar serta video yang dimuat naik oleh ibu-bapa sendiri sebagai bahan pemuas nafsu mereka.
Sebagai contoh, tular baru-baru ini apabila seorang pedofilia yamg menyamar sebagai wanita di Telegram, Whatsapp dan Facebook menawarkan diri untuk bercerita dan berkongsi masalah keputihan kanak-kanak di awal usia bawah 5 tahun.
Nampak pelik bukan? Namun, terlalu ramai ibu-bapa yang lurus bendul terpedaya dan dengan rela hati memberi gambar kemaluan anak kepadanya. Akhirnya, gambar-gambar itu dijadikan pemuas nafsu mereka dan ada kebarangkalian dijual ke laman web pornografi.
Ada juga kes di mana penghidap Pedofilia meminati kanak-kanak yang memakai legging. Ini dinamakan fetish. Fetish bermaksud, suatu bentuk nafsu seksual di mana kepuasan dikaitkan dengan minat yang tidak normal untuk objek tertentu, barang, pakaian, bahagian tubuh dan lain-lain.
Si penghidap Pedofilia ini akan “request friend” kepada ramai wanita yang mempunyai anak kecil terutamanya yang ada gambar anak memakai legging. Pesakit mental ini kemudiannya akan komen serta tag diri sendiri tepat di bahagian “bawah badan” gambar tersebut untuk dirujuk semula bagi memuaskan nafsunya.
Di Youtube pula sedang kecoh dengan pedofilia muncul di video kanak-kanak penari Balet yang sudah semestinya memakai seluar yang ketat. Mereka dengan beraninya tag masa bila video untuk ternampak bahagian sulit kanak-kanak tersebut di komen untuk memudahkan penghidap pedofilia lain skip ke bahagian yang “utama” sahaja di video tersebut.
Situasi di atas dikaitkan penghidap Pedofilia yang menyendiri dan tidak melibatkan sentuhan fizikal kerana ianya berlaku di alam maya.
Malaysia pernah dikejutkan dengan kes Pedofilia yang besar pada tahun 2018 di mana seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa atas 16 pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap 12 kanak-kanak perempuan berusia antara 8 hingga 12 tahun di Kuala Terengganu dan Marang.
“… yang juga penganggur, didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak berkenaan termasuk pornografi, menyentuh buah dada dan kemaluan serta melakukan seks oral terhadap tertuduh.”
Dari sini, kita boleh lihat ada dua jenis penghidap Pedofilia yang utama iaitu yang bersendiri dan yang terus tidak boleh mengawal nafsunya dan melakulan penderaan seksual terhadap kanak-kanak secara fizikal terus.
Apa yang kita boleh buat sebagai ibu-bapa untuk melindungi anak-anak?
1. Jangan menjadi lurus bendul dan terpedaya dengan pujuk rayu orang yang tidak dikenali.
2. Jangan layan bualan orang yang tidak dikenali walaupun dia seorang wanita kerana jantina di internet ini tidak dapat dipastikan secara 100%. Semua lelaki yang menggunakan gambar profil wanita boleh menjadi wanita.
3. Jangan berkongsi hal peribadi dan sulit anak-anak. Jika ada masalah, terus rujuk Doktor dan bukannya “kawan” di media sosial.
4. Berhati-hati apabila memuat naik gambar atau video anak-anak. Pastikan aurat dan aib anak-anak dijaga. Secara mudahnya, jagalah aurat anak sebagaimana anda menjaga aurat anda sebagai seorang wanita Muslim.
5. Buang mentaliti “bayi tidak apa”. Jangan sekali-kali memuat naik gambar bayi dengan lampin sahaja. Ini antara kegemaran penghidap pedofilia. Mereka akan berfantasi mengenai kulit bayi yang lembut dan lain-lain.
6. Peka dan buka mata mengenai Pedofilia ini. Jika kita peka, kita boleh sedar bila ada sesuatu yang tidak kena. Sebagai contoh, di media sosial, ada orang tawarkan untuk cakap perkara sulit atau ternampak seorang yang sudah dewasa bercakap mengenai betapa cantiknya anak memakai legging. Sepatutnya perkara ini terus mendatangkan syak.
7. Jika terjumpa orang sebegini di media sosial, terus laporkan dan block. Kongsikan juga dengan kawan-kawan supaya anak mereka tidak dijadikan mangsa.
8. Jaga aurat dan aib anak-anak walaupun dengan saudara mara. Ini selalu terjadi apabila berkumpul terutamanya semasa perayaan. Si ibu secara terang-terangan menukar lampin anak di hadapan orang lain. Aurat dan aib anak dipamerkan dan kita tidak boleh tolak kebarangkalian ada mata jahat yang memerhati dan berfantasi mengenai anak kita.
9. Peka dengan perubahan pada anak-anak. Penghidap pedofilia ini boleh berada di mana-mana. Berdekatan sekolah dan di rumah pengasuh atau jiran serta saudara-mara sendiri. Perlu berkomunikasi dengan baik bersama anak supaya mereka sedia berkongsi apabila ada masalah.
Kita tidak mampu untuk merubah penghidap pedofilia ini. Tetapi kita mampu mengawal dan melindungi anak-anak kita. Jangan pula takut untuk berkongsi di media sosial, cuma perlu tahu batas yang sesuai.
Dan akhirnya, belajarlah cara berkomunikasi dengan anak dan didik anak dengan cara mereka boleh berkomunikasi dengan betul.
Saya sarankan anda yang membaca artikel ini belajarlah dari Dr. Taufiq Razif, seorang pakar dalam ilmu keibubapaan. Beliau dan Puan Wawa Shauqi baru sahaja menerbitkan EBook Kit Didik Anak Hebat Komunikasi. Lebih 80 mukasurat yang menerangkan secara terperinci mengenai perbualan, bahasa tubuh, cara berkomunikasi, merapatkan hubungan, cara menangani masalah dan konflik serta cara bersosial anak lelaki dan perempuan.
Semoga kita sebagai ibu-bapa sedar akan masalah Pedofilia ini dan mula melindungi dan mempunyai ilmu untuk lebih bijak berkomunikasi dengan anak-anak.
Perlu ingat, jika anak anda tidak suka berkongsi cerita dengan anda ibu-bapa, ini bermakna anda telah gagal berkomunikasi dengan anak dan ianya bakal mendatangkan masalah di masa hadapan.
Semoga artikel panjang yang ditulis sendiri oleh saya ini dapat memberi ilmu dan mendatangkan manfaat buat semua orang.
Sila semak friend list anda mulai hari ini. Jika terdapat perkara yang meragukan, sila unfriend atau block terus.
Kongsilah penulisan ini supaya lebih ramai orang membuka mata mengenai masalah Pedofilia dan bahaya penghidap Pedofilia terhadap anak-anak kita.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa dan berkongsi di Supergroup Telegram BroOhsem Fans di http://t.me/broohsemfans
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!