“15 minit sebelum nahas, arwah suami mesej mengantuk, hantar swafoto” – Isteri Lans Koperal Damarrulan. Haswati Rosdi, 44, isteri kepada Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, masih terkesan dengan perbualan terakhir mereka hanya 15 minit sebelum suaminya terlibat dalam kemalangan tragis di Teluk Intan, yang turut meragut nyawa lapan lagi anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

“15 Minit Sebelum Nahas, Arwah Suami Mesej Mengantuk, Hantar Swafoto” – Isteri Lans Koperal Damarrulan 

Menurut Haswati, arwah sempat berkongsi gambar swafoto dan situasi terkini penugasannya di Teluk Intan melalui WhatsApp, selain memberitahu rasa mengantuk sewaktu berada dalam trak FRU yang sedang berkonvoi pulang ke Ipoh.

“15 Minit Sebelum Nahas, Arwah Suami Mesej Mengantuk, Hantar Swafoto” – Isteri Lans Koperal Damarrulan
FOTO Bernama

“Sekitar jam 8.35 pagi hari kejadian, abang mesej bagi tahu mereka dalam perjalanan balik. Lepas hantar gambar, dia cakap dia rasa mengantuk… lepas tu kami tak sambung bersembang,” katanya.

Tidak lama selepas itu, Haswati cuba menghubungi suaminya semula namun terkejut apabila diberitahu oleh anggota bawahan bahawa trak yang dinaiki terbabit dalam kemalangan.

“Waktu tu saya belum tahu keadaan sebenar dia… sehinggalah ibu mentua bertanya pada saya di pejabat, baru semuanya jelas,” tambahnya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ads

Haswati turut menceritakan perubahan sikap suaminya yang dilihat berbeza beberapa hari sebelum tragedi berlaku. Antaranya, arwah tidak mencium dahinya seperti kebiasaan, lebih banyak mendiamkan diri dan sempat membeli sabun dalam jumlah yang agak banyak.

Katanya lagi, mereka sempat menikmati sarapan pagi bersama sehari sebelum kejadian, dan arwah memilih untuk makan rojak sotong – hidangan kegemarannya – di Greentown, Ipoh.

“Masa tu dia juga sempat beli barang dapur untuk stok seminggu, termasuk tiga pek sabun besar seberat 15 kilogram,” jelasnya sambil menyifatkan arwah sebagai seorang suami dan bapa yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarga.

Ads

Sementara itu, Datuk Seri Saifuddin memaklumkan bahawa pasukan kaunselor telah dikerah untuk membantu waris anggota yang terkesan dari segi emosi. Beliau turut memberi jaminan bahawa segala bentuk bantuan, termasuk bantuan kewangan, akan dipermudahkan bagi keluarga mangsa.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Anak Istimewa Sarjan Mohd Roslan Runtun Hati Warga Maya, Muhd Raqin Rapat, Tidur Bersama Bapanya

Ads

Nahas FRU, Anak Umur 12 Tahun Imamkan Solat Jenazah Bapa

Koperal Muhamad Akmal Kongsi Gambar Bersama Keluarga, Posting Terakhir Sebelum Terkorban Kemalangan

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI