Menonton program dokumentari khas berjudul 5 Tahun Pemerintahan Al-Sultan Abdullah di rangkaian televisyen swasta malam tadi memberi kesan yang mendalam terhadap rakyat jelata melihat bagaimana Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memikul tanggungjawab sepanjang lima tahun memerintah negara dan penuh rasa tanggungjawab dan menyelinap di hati setiap rakyat jelata.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengakui tidak mengambil gaji Yang di-Pertuan Agong sepanjang lima tahun memerintah negara.
15 Hari Jadi Sultan Pahang
Memetik laporan dari Harian Metro, Baginda mendedahkan detik awal memikul tanggungjawab sebagai ketua negara yang bukan saja dalam keadaan sukar akibat pergolakan politik ketika itu, malah berada dalam kekaburan dengan jawatan dan peranan yang perlu disandang.
Al-Sultan Abdullah memasuki Istana Negara pada tanggal 31 Januari 2019. Baginda turut berkongsi momen awal apabila dilantik memegang jawatan penting itu.
Al-Sultan Abdullah Terus Dilantik Menjadi Yang di-Pertuan Agong
“Ketika dilantik, saya baru 15 hari menjadi Sultan Pahang, banyak perkara yang saya masih tak tahu dan kemudian terus dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Memang ia agak sukar bagi saya kerana tiada pengalaman, tetapi saya belajar perlahan-lahan.
Ads
Pemerintahan baginda turut mencipta sejarah tersendiri apabila digandingkan bersama empat Perdana Menteri sepanjang lima tahun memegang tampuk pemerintahan negara.
“Sepanjang lima tahun, saya bergandingan dengan empat Perdana Menteri. Siapalah saya dibandingkan dengan mereka yang berpengalaman, tetapi saya banyak bertanya, belajar dan membaca,” titah baginda pada sesi bersama media di Istana Negara, sebelum menamatkan pemerintahan selama lima tahun berkuat kuasa hari ini.
Susulan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam selama lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari ini.
Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga selama lima tahun dan mulai dari tarikh sama.
Sementara itu, baginda gembira untuk pulang ke Pahang dan menyantuni rakyat di negeri berkenaan dan mengakui peranan terbabit berbeza ketika memimpin negara.
Ads
“Saya suka berjumpa dan membantu rakyat kerana ia memberi semangat kepada saya. Sebenarnya banyak kerja yang perlu dilakukan di Pahang nanti sebab saya hanya sempat menjadi Sultan Pahang selama 15 hari saja sebelum ini.
“Kini rakyat menantikan saya sebagai sultan, jadi saya dan isteri, akan melawat setiap daerah untuk bertemu rakyat dan membantu mereka yang miskin.
“Bagi saya, mungkin saya bukan raja Malaysia lagi selepas ini, tetapi saya tetap akan jadi raja di hati anda semua selamanya,” titah baginda.
Foto: Koleksi Bernama & Istana Negara
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tangisan tertahan. Jiwa yang luluh. Tiada kata yang cukup untuk menggambarkan kehilangan satu keluarga dalam sekelip mata. Kisah enam beranak yang ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta yang terjunam ke Sungai Korok, Kedah, bukan sekadar berita kemalangan. Ia adalah cerita cinta terakhir sebuah keluarga yang berpaut nyawa bersama hingga ke hujung.
Enam beranak itu dipercayai cuba keluar menyelamatkan diri sebaik kereta jenis Proton Saga Iswara yang dinaiki terjunam ke dalam Sungai Korok, di sini namun usaha mereka itu gagal.
Menurut Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd. Rahim, kesemua mangsa dijumpai berkumpul di tempat duduk belakang kenderaan tersebut berkemungkiann dalam usaha terakhir untuk keluar dan menyelamatkan diri. Namun, takdir mendahului segala-galanya.
“Berkemungkinan mereka cuba keluar, tapi gagal. Semua ditemui di bahagian kiri belakang kereta,” ujar Penguasa Kanan Bomba, Ahmad Aminuddin Abd. Rahim.
Bayangkan di saat kereta mulai tenggelam, suami isteri ini tidak sempat lari menyelamatkan diri dahulu. Mereka kekal bersama anak-anak, mungkin cuba melindungi, mungkin cuba membuka pintu. Mungkin hanya sempat berdoa.
Memetik laporan Kosmo, anggota bomba terpaksa memecahkan cermin dan membuat pemotongan badan kereta bagi mengeluarkan ksemua mangsa.
“Apabila mangsa berada dalam air untuk tempoh tertentu, jasad mangsa akan mereput dan mengembang, jadi sukar untuk mengeluarkan melalui pintu secara biasa.
“Sehubungan itu, kita potong dan memecahkan cermin belakang kereta untuk mengeluarkan mangsa,” ujarnya. Tambahnya, jarak kereta itu tenggelam dan kawasan tebing yang terdapat kesan brek kira-kira satu meter.
Semoga Allah mengangkat roh mereka semua ke dalam kalangan hamba yang dicintai-Nya. Semoga yang masih hidup diberikan kekuatan menanggung duka kehilangan yang begitu besar ini. Kerana kehilangan satu ahli keluarga itu pedih, tapi kehilangan semua sekali… itu benar-benar meruntuhkan. Al Fatihah.
Gagal Dihubungi
Sebelum ini media melaporkan enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi oleh ahli keluarga yang lain sejak Sabtu lepas.
Kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun itu disedari apabila tidak pulang ke rumah di Jerlun selepas bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Jitra. Difahamkan anak sulung pasangan berusia 12 tahun tidak mengikut sama di dalam kenderaan ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bau bukan sekadar aroma, tetapi satu elemen penting yang mampu mencipta kenangan, membangkitkan emosi, dan melengkapkan personaliti seseorang. Menurut pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran, setiap individu membawa cerita tersendiri melalui wangian yang mereka pilih, menjadikan bau sebagai ekspresi unik identiti diri.
“Bau memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Ia bukan sahaja mencerminkan siapa kita, tetapi juga mampu mencipta pengalaman yang berharga. Sebab itulah Perfume Paradise direka untuk menghasilkan wangian yang bukan sahaja tahan lama, tetapi juga mampu meninggalkan kesan mendalam pada sesiapa yang menghidu,” ujar Nur Afiqah.
Setiap kunjungan ke kedai kek biasanya meninggalkan memori yang manis—aroma kek yang baru dibakar, gula yang hangat, dan nota vanila yang memikat. Bagi Perfume Paradise, pengalaman ini melangkaui sekadar nostalgia.
Pengasasnya, Nur Afiqah Amran, menjadikan bau harum kedai kek sebagai ilham utama untuk mencipta koleksi wangian unik yang kini menjadi kegemaran ramai.
Mencipta kelainan, kali ini inspirasi wangian Perfume Paradise dengan aroma kek lahir daripada kenangan manis dan momen kebahagiaan yang dirasakan melalui deria bau. Pengasas Perfume Paradise, yang juga pencinta seni kulinari, menjadikan kisah peribadi dirinya sebagai peminat desserts sebagai ilham.
Aroma kek yang baru masak, dengan gabungan vanila, mentega, dan sedikit hint karamel, mengingatkan pada saat-saat keenakan menikmati manisan yang penuh kasih sayang.
“Aroma kek melambangkan kemanisan hidup, kebahagiaan, dan momen-momen indah yang ingin kita abadikan. Wangian ini dihasilkan untuk memberikan pengalaman unik kepada pemakai, seolah-olah mereka sedang berada di tengah suasana yang menggembirakan, dikelilingi bau kek yang memikat.
Dunia Wangian Tampil Berbeza
Perfume Paradise juga ingin menghadirkan sesuatu yang berbeza dalam dunia wangian, menghubungkan pemakai dengan emosi positif dan mencipta kenangan baharu setiap kali semburan dilakukan.
Kombinasi wangian ini bukan sahaja memberi rasa nyaman, tetapi juga menggambarkan sisi feminin yang lembut dan manis, sesuai untuk wanita yang ingin tampil lebih memikat dengan cara yang unik.
Wangian-wangian keluaran Perfume Paradise, termasuklah aroma berinspirasikan kek dan manisan, membangkitkan rasa bahagia dan nostalgia. Falsafah ini menjadi tunjang utama dalam setiap ciptaan Perfume Paradise, di mana setiap semburan bukan sekadar haruman, tetapi satu perjalanan emosi yang dirasai bersama.
“Manisan bukan sahaja memuaskan selera, tetapi aromanya juga mencipta suasana yang penuh keceriaan dan nostalgia. Saya mahu membawa perasaan itu ke dalam setiap semburan Perfume Paradise, supaya setiap pengguna dapat merasai kehangatan dan kebahagiaan yang sama,” kongsinya dengan penuh semangat.
Edisi Terhad
Edisi khas ini menampilkan wangian berinspirasi daripada pelbagai pencuci mulut popular seperti Confetti rainbow, Strawberry cheesecake, Lemon toast dan Blueberry tart. Aromanya lembut, manis, dan mewah – seolah-olah membawa anda ke dalam dunia manisan yang menggoda.
Perfume Paradise Dessert Edition bukan sahaja menyerlahkan keunikan jenama ini, tetapi juga membuktikan bahawa inspirasi boleh datang daripada perkara-perkara kecil yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan.
Melalui Dessert Edition, Perfume Paradise berjaya menzahirkan aroma pelbagai pencuci mulut popular ke dalam bentuk wangian yang tahan lama. Setiap botol dirumus untuk membawa kegembiraan, kehangatan, dan rasa nostalgia, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk mereka yang menghargai keindahan aroma manisan dalam kehidupan seharian.
Perfume Paradise terus memukau dengan koleksi Dessert Edition yang membawa kenangan indah pencuci mulut ke dalam dunia wangian. Pengasasnya, Nur Afiqah Amran, mengakui bahawa kecintaannya terhadap manisan seperti Lemon Toast, Strawberry Cheesecake,Blueberry Tart dan Confetti Rainbow menjadi titik tolak utama untuk menghasilkan aroma istimewa ini.
“Setiap manisan memiliki keunikan tersendiri. Bau Lemon Toast, misalnya, memberikan kesegaran citrus yang menghidupkan mood, sementara Strawberry Cheesecake menawarkan sentuhan manis dan lembut. Blueberry Tart pula membawa aroma buah-buahan yang mendalam, dan Confetti Rainbow menyerlahkan keceriaan melalui bauan yang playful dan berwarna-warni,” katanya penuh semangat.
Gabungan aroma ini bukan sahaja memenuhi kehendak pencinta wangian tetapi juga menyentuh jiwa, mengingatkan mereka kepada detik-detik bahagia bersama keluarga atau meraikan saat-saat istimewa.
Setiap semburan membawa keajaiban manisan ke dalam rutin harian, menjadikan koleksi ini pilihan istimewa untuk mereka yang menghargai aroma yang bukan sekadar wangi, tetapi penuh cerita dan emosi.
Melalui edisi Nely Dessert Edition, Perfume Paradise berkolaborasi dengan pempengaruh media sosial Nelysa Norazlan yang sememangnya menjadi pengguna setia Perfume Paradise sejak beberapa tahun yang lalu. Keanggunan dan personaliti memukau Nelysa menjadikannya pilihan sempurna untuk mewakili semangat dan visi Perfume Paradise dalam dunia wangian.
Menurut Nor Afiqah lagi, “Kolaborasi ini adalah peluang untuk melahirkan satu koleksi yang memberi makna mendalam kepada para peminat manisan dan wangian di mana Nely membawa aura luar biasa yang ditonjolkan dalam setiap botol wangian.”
Perfume Paradise kini menawarkan promosi istimewa yang pastinya memikat hati penggemar wangian! Dapatkan 5 pen 10ml pada harga RM48 sahaja dan 3 botol 30ml pada harga RM100. Pelanggan berpeluang menikmati wangian premium dengan harga yang sangat berbaloi.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mencuba pelbagai haruman menarik dari Perfume Paradise, yang sesuai untuk setiap mood dan gaya hidup anda. Segera dapatkan promosi ini sebelum ia berakhir dan biarkan wangian kegemaran anda menemani hari-hari istimewa!
Kini, Perfume Paradise bukan sekadar jenama wangian, tetapi sebuah pengalaman deria yang membawa pelanggan menyelami keindahan bau kedai kek—di mana sahaja, bila-bila masa.
Untuk info lanjut, sila layari media sosial Perfume Paradise di Facebook : Perfume Paradise – HQ, Instagram : @perfumeparadisehq dan TikTok : @perfumeparadisehq untuk mendapatkan promosi istimewa Perfume Paradise!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap kali Ramadan semenjak enam tahun lalu, Majalah RASA tidak pernah gagal melunaskan program CSR dengan mengagihkan bubur lambuk dengan kerjasama
beberapa rakan penaja.
Terbaharu, program ini dianjurkan bersama AJI-SHIO® dan FGV Holdings Berhad (FGV) melibatkan penyediaan 2,000 mangkuk bubur lambuk dan lebih 8,000 kuih-muih
tradisional, yang diedarkan secara percuma untuk penduduk Shah Alam dan kawasan sekitarnya.
Acara yang berlangsung di Central I-City, Shah Alam baru-baru merupakan inisiatif bukan sahaja menyantuni komuniti Shah Alam, malah turut menyasarkan kumpulan petugas hospital dan pegawai agensi beruniform. Pengedaran khas kepada kedua kumpulan ini adalah sebagai tanda penghargaan bagi bakti mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat di bulan Ramadan.
Program sehari ini mencerminkan tekad Majalah RASA, AJI-SHIO®, dan FGV dalam memenuhi tanggungjawab sosial mereka selain menjalinkan ukhuwah dan persahabatan, selari dengan sambutan bulan Ramadan yang mulia. Seawal pagi segala persiapan memasak disediakan dan aktiviti rewang sebagaimana kita pernah saksikan dalam majlis perkahwinan di kampung dapat disaksikan.
Program ini juga menyajikan bubur lambuk dijamin sedap kerana menggunakan Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa daripada Aji-Shio serta beras wangi Malaysia daripada SAJI Aroma. Sebelum ini, program yang sama telah berjaya dijalankan pada 16 Mac 2024 di AEON Mall Shah Alam dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan.
Program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan 2024 menyaksikan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Halimi EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor merangkap Adun Kota Anggerik dan turut diiringi barisan pengurusan Ideaktiv Sdn Bhd, FGV dan juga AJI-SHIO®.
Bagi menghangatkan lagi acara memasak bubur lambuk ini, selebriti Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil dan Siti Elizad turut diundang. Artis Mila Jirin turut menyumbang suara merdunya di program ini.
Selebriti Turut Hangatkan Suasana
Bagi memastikan kualiti, kelazatan dan keenakkan bubur lambuk, pihak RASA telah bekerjasama dengan Chef Fikree dan Chef Naem, pakar dalam bidang masakan untuk proses memasak bubur lambuk.
Istimewa pada tahun ini, orang ramai turut disajikan dengan pertunjukan fesyen baju raya inspirasi kuih-muih tradisional. Siapa sangka, rupa bentuk, tesktur dan warna kuih tradisional kita mampu memberi inspirasi kepada 6 pereka fesyen muda yang digayakan oleh 17 model dari QM Model House.
Sementara itu, AJI-SHIO® dan FGV turut melahirkan rasa bangga dan kesyukuran kerana dapat menyumbang kepada masyarakat melalui program ini untuk menyatakan komitmen mereka dalam terus menjalankan tanggungjawab sosial korporat dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.
Pengedaran Bubur Lambuk telah diadakan di beberapa lokasi dengan edaran tertumpu kepada petugas-petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.